Kerana Mama Aku Berjanji


Semua manusia mempunyai rahsia tersendiri.
Semua manusia mempunyai agenda tersendiri.
Semua ingin mencari jawapan disebalik teka-teki di dalam hidup ini.
Tapi jika jawapan ditemui adakah kita dapat menerimanya dengan rela hati?

Faryal Shameena. Nama tidak seindah kehidupannya. Satu-persatu ombak yang melanda terpaksa diharunginya. Kebencian dan kata hina dari lelaki yang dipanggil papa terpaksa dia menelan walaupun perit yang amat.

Kau memang bawa sial dekat hidup aku, keluarga aku! Aku tak akan sesekali maafkan kau, kerana kau aku kehilangan isteri aku. Aku tak akan pernah maafkan kau!

Bila satu-satunya tiang kekuatannya pergi buat selama-lamanya, dia mula rasa hilang arah tuju. Dia mula hilang semua yang dia sayang dan miliki suatu ketika dahulu.

Ayal tahu semua benci Ayal sebab Ayal mama meninggal. Abang Riq maafkan Ayalkan? Abang sayang Ayalkan? Abang takkan tinggalkan Ayalkan?

Tetapi bila dia fikir tiada lagi sinar harapan dalam hidupnya, Issac Daimaru muncul, membawa tawa riang dan membuat sekeping hatinya berdegup kencang setiap kali mereka bersama.

Siapa cakap it’s a key to nowhere? Didn’t I say it’s a key to unlock my heart?

Namun kebahagiannya hanya sementara bila segala rahsia yang tersimpan keluarganya selama ini, mula terbongkar satu-persatu.

Kadang-kala kehidupan ini banyak sangat kejutan. Orang yang kita sangka menyayangi kita dengan sepenuh hati, sebenarnya orang yang membenci kita.


Akankah kebahagiaan menjadi hak milik Faryal Shameena? Bolehkan dia mempercayai Issac Daimaru dengan sekeping hatinya yang penuh luka? Adakah rahsia hitam keluarganya akan melemaskan dirinya buat selama-lamanya atau akan ia membangkitkan seorang Faryal Shameena yang baru? Faryal Shameena yang penuh dendam dan amarah hanya demi keadilan.

6 comments:

  1. tak sabar nak sambungan nye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah KMAJ akan sambung dalam versi cetak :B

      Delete
  2. sudah d cetak kah....penerbit mana ya...klau ada sy nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manuskrip tlb dihantar tetapi ditolaj, tapi Mai tlh sambung KMAJ diblog lai ...kalau mahu baca, tinggalkan Mai email add dan MaI akan beri undanga. Lepas tu blhlah baca:B

      Delete
  3. Knapa xbleh masuk dh blog lagi satu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai tutup blog lagi satu buat sementara...jgn risau biler Mai buka balik Mai akan bagitau...sori:B

      Delete