Air
mata kebahagiaan yang menitis dikesat. Bibir tarik menguntum senyuman
yang mekar. Pelukan, ucapan dan ciuman dari anak-anak tidak henti
diterima Norlia. Kebahagiaan yang terpancar dimuka ibunya itu
mencerminkan apa yang dirasai bukan saja Kira tetapi semua yang turut
hadir memberi kejutan sambil menyambut hari jadi ibunya itu.
Berbulan
mereka merancang hari itu. Bertahun lama mereka sudah menanam niat
untuk membuka kedai bunga khas untuk hari jadi ibu mereka, tetapi
tidak ada masa yang sesuai. Bila masanya sudah tepat, pelabagai
masalah yang terpaksa mereka harungi. Dari masalah yang menimpa Kira
sekeluarga sehinggalah ke masalah yang tumbuh seperti cendawan semasa
pengubah suaian sedang berlangsung. Tetapi semua itu semua telah
berlalu. Nasib baik, Isha dan adik-beradik yang lain dapat menolong
dengan apa yang patut sementara Kira tidak dapat melakukannya. Kalau
tidak memang tidak menjadilah hadiah kejutan mereka untuk ibu mereka
itu.
Memang
terkejut beruk ibu mereka dibuatnya bila penutup mata dibuka. Mahu
ketawa terburai sampai tergolek sekali pun ada, tetapi ditahan
mereka. Melihat ibu mengalir air mata membuat mereka turut menitiskan
air mata. Anak mana yang tidak tersentuh bila melihat dengan mata
sendiri ibu mereka yang membesarkan mereka menghargai apa yang telah
dilakukan mereka selama ini. Walaupun sehingga akhir hayat mereka
tidak akan dapat membalas budi ibu mereka itu, melihat senyuman
kegembiraan terpancar dimuka Norlia itu lebih dari cukup buat mereka
adik-beradik.
“Ibu
benar-benar tak sangka kamu semua buat ini semua untuk ibu.”
Lamunan Kira mati bila suara Norlia bergema.
Pinggang
Norlia dirangkulnya lantas memberi ciuman dipipi gebu yang sedari
tadi sudah menjadi sasaran bibir adik-beradiknya yang lain.
“Ini
tanda terima kasih dari kami semua sebab ibu bertahan dengan karenah
gila setiap satu anak ibu ini.” Gurau Kira disambut tawa mereka
berdua. Kedai bunga Lia akhirnya menjadi sebuah realiti akhirnya.
Hisham
yang mencuri dengar pembicaraan kedua wanita itu menyampuk. “Ibukan
pernah cerita yang semasa ibu muda salah satu cita-cita ibu adalah
untuk membuka kedai bunga ibu sendiri. Lagipun ibukan hantu bunga.
Jadi kami hadiahkanlah kepada ibu.” Jelas Hisham sebelum
dihadiahkan pukulan daripada Norlia ke tangannya.
Kira
dan adik-beradik yang mula mampir angguk setuju. Sejak kecil lagi,
mereka semua sedia maklum tentang hobi ibu mereka yang suka menanam
pokok bunga. Hobi yang bukan sahaja dipupuk kepada arwah ayah mereka,
tetapi mereka juga. Mana tidak? Setiap hari minggu itulah aktiviti
mereka sekeluarga, berjemur dibawah matahari menanam dan menyiram
pokok bunga.
“Apa
yang kita lakukan ini tidak akan dapat membalas jasa ibu dan arwah
ayah yang sanggup menjaga kami tanpa meminta apa-apa balasan,
apatahlagi merungut.” Suara Mazwan yang disetujui semua.
Sedari
tadi bibir Norlia tidak lekang senyumannya. Mendengar kata-kata
anak-anaknya itu membuat hatinya mekar, bangga. Hujung matanya
diseka, tiba-tiba merasa sebak melihat setiap satu anak-anaknya.
“Ibu
benar-benar bangga mendapat kamu semua sebagai anak-anak ibu.
Walaupun ibu tidak melahirkan kamu semua, ibu sayang setiap satu
daripada kamu seperti macam mana ibu sayangkan Hisham dan Isha.”
Hisham
dan Isha memandang satu sama lain. Tidak pernah sekali mereka rasa
kasih sayang orang tua mereka tidak adil. Malah kepada mereka, kasih
sayang yang diberi mereka terlalu banyak sehingga mereka tidak kisah
kalau dikongsinya dengan yang lain.
“Apa
saja masalah atau dugaan yang terpaksa kamu semua harungi, sentiasa
ingat, ibu akan sentiasa berada didalam hati kamu. Dimana saja kamu
semua berad. Jangan kamu semua sekali-sekala lupa itu.” Pesan
Norlia membuat anak-anaknya itu tersenyum. Dari yang besar kepada si
kecil yang sedang lena tidur dalam dukungan Isha.
“Group
hug!” Jerit Fahmy dan Dali yang memeluk erat Norlia sebelum
satu-persatu turut serta dalam pelukan berkumpulan itu.
Tetamu
yang hadir turut merasa kebahagiaan keluarga itu. Melihat dan
mendengar sendiri luahan kasih sayang seorang ibu terhadap
anak-anaknya membuat mereka mengingati orang tua mereka sendiri.
Faizal
yang berdiri bersama keluarganya mengucup pipi Atiqah yang sedang
mengalirkan air mata. Bila mata dia dan Kira bersatu, dia mengucapkan
rasa kasih sayang dan cintanya kepada wanita yang suatu hari nanti
akan sendiri merasa apa yang dilalui kedua orang tua mereka. Cinta
seorang ibu yang tulus dan ikhlas terhadap anak mereka.
**
Jari-jemari
menari tanpa henti diatas meja sementara menanti diberi lampu hijau
untuk memasuki ruang seterusnya. Jam tangan diliriknya. Sudah hampir
sepuluh minit dia berada disini. Baru saja dia ingin mengetuk kakinya
dilantai pula, pegawai yang menemannya masuk muncul dan diberi
anggukan. Lampu hijau yang dinantikannya dengan penuh sabar.
Pintu
besi ditolak si pegawai dan dia membolos diri ke dalam. Sebaik saja
dia menjejak kaki ke dalam, matanya bertemu dengan mata yang sudah
beberapa bulan tidak ditemuinya. Senyuman herot lelaki itu sepertinya
tidak lekang.
Dia
melangkah menghampiri ke kerusi yang tersedia untuknya. Gagang
telefon dicapai dan diletaknya ke telinga.
“Dahlia.
Dahlia. Dahlia.”
Mendengar
namanya disebut lelaki itu membuat Dahlia meluat di dalam hati tetapi
tidak ditunjuknya. Seperti bekas lelakinya itu dia turut
menghadiahkan senyuman herot terkenalnya.
“Rauf.
Rauf. Rauf.” Balas Dahlia mencermin kata-kata Rauf tadi.
Rauf
yang sedang duduk dengan santai dikerusi gelak sinis. Melihat wanita
yang menghancurkan rancangannya itu membuat kemarahannya membara.
“You
look beautiful seperti selalu, baby. I miss the good times we had.
Just you and me baby.” Panggilan manja Rauf untuk Dahlia dikatakan
berulang kali.
Dahlia
tahu apa yang sedang dilakukan bekas suaminya itu tetapi dia tidak
akan sekali jatuh dalam perangkap itu. Malah dia juga boleh main
permaian yang sama.
“Thank
you baby. I ingin sangat mengatakan perkara yang sama, tetapi apa
yang I lihat dan rasa adalah sebaliknya. Nampaknya penjara memang
cucuk sekali untuk you. Seperti dulu.” Baju oren yang dikenakan
Rauf sudah lali dengan matanya.
Wajah
lelaki itu yang kelihatan berisi dan tidak terkejut sama sekali bila
tiada langsung rasa bersalah yang terpancar diwajah lelaki itu. Malah
sepertinya lelaki itu tidak takut dengan kematian yang akan tiba.
Semua yang berlaku tidak sasma sekali merubah lelaki yang tidak
mempunyai perikemanusiaan langsung. Tiada hati. Tiada emosi.
“Sepertimana
cincin itu cucuk dijari you.”
Cincin
pertunangan dari Deen dipandang Dahlia. Dia tersenyum mengenangkan
lelaki yang dicintainya itu. Malah, tanpa rasa bersalah langsung,
cincin dijari itu diusapnya lembut. Dia dapat merasa renungan tajam
dari lelaki disebalik cermin pemisah itu.
“Cantikkan?
Tidak lama lagi kita akan bernikah. Akhirnya seorang suami yang I
kahwini tanpa rasa benci dan dendam. Tapi terima kasih jugalah pada
you sebab temukan kita.” Tanpa rasa belas terhadap lelaki itu
langsung bila dia katakan sebegitu.
Ramai
yang mengutuknya sebab mengahwini Rauf hanya kerana dendam. Tetapi
kalau dia tidak buat sebegitu dia sendiri tidak akan dapat
menghancuri Rauf dari dalam. Walaupun dia harus menjalankan tugasnya
sebagai seorang isteri, tetapi dia tidak kisah langsung. Apa yang
penting adalah dia dapat memantau setiap gerak-geri lelaki itu.
Tambah lagi kalau dia tidak mengambil keputusan yang bodoh itu, dia
tidak akan jumpa dengan Deen. Lelaki yang dicintainya.
Rauf
mengensot tubuhnya mendekati cermin pemisah. Pegangan gagang telefon
dieratkannya. Selama dia dipenjara, dia memikir kembali semua yang
berlaku. Dia sedar bahawa sepertimana harta kekayaan dan kuasa adalah
kelemahannya, perempuan juga adalah sebabnya juga.
Dia
suka berfoya dengan perempuan sejak muda lagi. Dia melakukan
perempuan seperti sebuah permainan. Bila dia suka dia ambil, bila dia
sudah bosan dia cari yang baru. Perempuan juga adalah sebab dia
mempunyai sebab untuk melakukan apa yang dirancanganya selama ini.
Kalau dia tidak berjumpa dengan Dina, dia tidak akan ada Lisa.
Perempuan yang memberinya sebab untuk menghancurkan keluarga Rizman
dan menguasi segala-gala milik mereka.
Akhirnya
kerana perempuan juga dia hancur. Dina muncul dalam kehidupannya.
Seseorang yang sungguh beza daripada perempuan yang sentiasa
mengelilinginya. Lirikan mata yang nakal, suara yang merdu, senyuman
yang mencairkan dan tubuh yang menggoda. Tetapi apa yang membuat dia
terpaut dengan Dahlia adalah sebab wanita itu tidak mudah dimiliki.
Dia terpaksa berkerja lebih keras daripada biasa untuk menarik
perhatian perempuan itu. Seperit perempuan lain, Dahlia akhirnya
jatuh ke dalam tangannya tetapi dengan ikatan yang sah.
Semua
yang keluar daripada mulut perempuan yang sudah digelar isteri itu
adalah satu tipu helah. Dia hanya mampu gelak bila memikirkan
perkahwinan yang bertahun lama itu. Dia fikir tiada sesiapa yanga
dapat menjatuhkannya. Tetapi dia silap, orang yang paling
dipercayainyalah yang menghancurkannya sehingga lumut.
“Kau
memang licik Dahlia. Licik daripada aku.”
Dahlia
mendekati Rauf. Mata tidak langsung lari dari pandangan maut lelaki
itu. “I learn from the best, and the best is you baby.” Balasnya
dengan suara yang sengaja dimerdukan.
“Okaylah,
I sebenarnya datang sini bukan untuk mengingati masa silam. Cuma I
nak you tahu bahawa I sudah maafkan you. I sudah maafkan you atas apa
you lakukan kepada Dina, Deen dan I.”
“I
tak perlu kata maaf dari you. Apatahlagi dari si pembelot tu.”
Dahlia
mengeluh. Lelaki ini masih angkuh. Terperangkap dalam penjara dan
menanti hari kematiannya, lelaki itu tetap sama. Sombong.
“Bertaubatlah
Rauf. Belum terlambat lagi untuk you melakukannya. Selamat tinggal
Rauf.”
Tanpa
menanti kata balas dari Rauf, Dahlia meletak gagang telefon kembali
ditempatnya dan bangkit dari kerusi. Lelaki yang masih berada
diposisi yang sama ditatapnya. Sesaat, dua saat, tiga saat. Senyuman
kecil dilakar sebelum dia menoleh membelakangi Rauf dan mengorak
langkah keluar tanpa sekali pun menoleh ke belakang.
Lelaki
itu adalah masa lalunya. Sebaik saja membolos keluar, pintu tertutup
rapat. Senyuman kecil tadi menarik lebar bila melihat masa depannya.
“Semua
okay?” Soal Deen.
Dahlia
angguk. “Semua lebih daripada okay.” Ujarnya lantas mengeluarkan
telefon bimbit dari beg tangannya.
Dahinya berkedut seribu bila melihat beberapa panggilan dari Umi yang tidak
diangkatnya. Tanpa menunggu sesaat dia menelefon kembali kawan
baiknya itu. Deen yang berada disebelahnya menanti dengan penuh tanda
tanya.
“Umi,
maaf aku baru perasan kau telefon aku. Kenapa Umi?” Soal Dahlia
sebaik saja panggilan bersambung. Langkah tidak henti bergerak
menjarakkan dirinya dari Rauf.
“Li..Lisa,
Lia.”
“Kenapa
dengan Lisa?” Nama itu mendapat perhatian Rauf juga. Mendengar
suara Umi yang cemas dia dapat merasakan sesuatu buruk telah berlaku.
“Lisa
sudah larikan diri.”
Kakinya
henti mendadak dan matanya membuntang besar dengan apa yang baru
disampaikan Umi.
“Oh
no!”
**
Satu
persatu pokok berlari laju meninggalkan pandangannya. Setiap pokok
yang dilepasinya, dia semakin jauh dari tempat yang menjarakannya.
Tetapi setiap pokok yang dilepasinya itu juga membawa dia hampir
kepada sasarannya.
Sebelum
dia dapat menghampiri sasarannya itu, dia harus melakukan sesuatu
terlebih dahulu. Dari ekor mata dia melirik Ghani si pengawal serta
penolongnya itu. Dia ketawa kecil bila memikirkan betapa mudah
sekalinya untuk memerangkap lelaki itu. Lelaki, bila diperhatian dan
memberi janji manis, dengan mudah mereka akan jatuh ke dalam
tangannya.
“Berhenti
dekat situ.” Arah Lisa kepada Ghani, yang sudah beberapa jam
memandu tanpa merungut. Mereka hanya melakukan beberapa saja
perhentian sebab takut kalau mereka akan dijejaki.
Tanpa
menyoal arahan Lisa, Ghani memandu ke arah sebuah pondok terbiar
yang ditunjuk Lisa, tanpa menyedari apa yang sedang bermain difikiran
anak muda itu berulang kali. Senyuman yang ditayang Lisa pada Ghani
bila dia menoleh memandang perempuan itu membutakannya.
Nafas
pertama ditarik dalam oleh Lisa bila mereka semakin menghampir pondok
itu. Kedua belah tangan yang berada diatas riba naik memeluk tubuh.
Nafas
dalam kedua diambilnya. Dari ekor mata dia melihat tangan Ghani
mencapai kucni kereta lantas mematikan enjin.
Nafas
ke tiga diambilnya. Sebelum lelaki itu dapat melepaskan
jari-jemarinya dari kunci kereta, Lisa bertindak.
Satu
tikaman.
Jeritan
Ghani mengisi ruang kereta itu.
Dua
tikaman.
Mata
Ghani membulat besar melihat alat pemutar skru didalam genggaman
Dahlia. Dia tidak sangka perempuan yang berjanji manis sanggup
melakukan itu bila dia sudah menolong.
Tiga
tikaman.
Ghani
tercungap-cungap sambil menolak tubuh Lisa. Sudah lambat untuk
menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia sudah terperangkap.
Dia sudah membuat kesalahan dan ini adalah balasannya.
Empat
tikaman.
Ghani
mengambil nafas terakhir dan Lisa senyum lebar.

No comments:
Post a Comment