
Bab 80
Keluhan lega
dilepaskan semua yang berada diruang tamu itu sebaik saja akad yang
dilafazkan Anafi akhirnya sempurna. Mahu gelak bila pertama kali,
abangnya itu terbelit lidah menyebut nama Mia. Kali kedua pula salah
sebut jumlah mas kahwin. Nasib baiklah kali ketiga sudah sah. Kalau
tidak, Kira dapat merasa bukan Anami dan Anaqi yang akan menberi siku
pada abangnya itu, tetapi Mia sendiri akan melakukannya tanpa segan
silu sama sekali.
Pelukan Mia dan
Kira terlerai bila Umi Fida bersuara bahawa Anafi sedang menghampiri.
Salam diberi dan salam dijawab oleh Mia. Senyuman yang sedari tadi
lekang dibibir Kira menarik panjang bila cincin disarung oleh kedua
mempelai. Tangan Anafi dicium Mia sebelum dahi dikucup si suami pula.
Setiap bibit
ditangkap bukanhanya oleh jurugambar yang telah dibayar, tetapi oleh
jurugambar yang tidak dibayar juga. Maklumlah, sebagai kenangankan.
“Nasib baiklah
tiga kali saja. Kalau lepas tiga kali, Mia tak tahulah apa Mia buat
dekat abang.”
“Mesti kena
karate choplah kau Fi.”gurau Anami yang memeluk leher kembar
terakhirnya itu.
“Mia Sarafina!
Ada cakap macam tu dekat suami kamu.”
Umi Fida mencubit
lengan pemaisuri sehari itu. Mia hanya senyum kambing disebelah
Anafi. Tidak rasa bersalah sama sekali, sebab Anafi pun tahu apa yang
akan dilakukan Mia kalau kali ketiga itu dia gagal juga.
“Iyalah Umi.
Sejak seminggu lagi Mia dah suruh abang practice berulang kali. Jadi
lidah tu dah biasa. Mesti tak practice ni.”
Kira melihat
abangnya itu mengerlingkan mata dengan tuduhan Mia itu. Jari telunjuk
Mia yang menunding ke muka abangnya itu digigit oleh Anafi. Mia
terjerit kecil, tambah lagi muka pula sudah berkerut sambil memanah
tepat pada Anafi yang sedang gelak sakan.
“Mana Mia tahu?
Bukan Mia ada dengan abang pun dua puluh empat jam pun. Kalau Mia nak
tahu sebelum tidur pun abang practice tau. Dekat tandas tengah mandi,
masa makan pun abang practice.”
Jari yang digigit
Anafi tadi dibawa ke bibir. Kira yang berada disisi Faizal memandang
satu sama lain. Teringat pula bila Faizal melakukan perkara yang
sama.
“Abang Qi saksi
dia. Sebab ada sekali tu, dengan klien dia boleh terlepas cakap akad
dia tau. Terperanjat klien dibuatnya.”
Semua ketawa
sementara Anafi mengurut lehernya yang tidak sakit itu. Melihat dan
mendengar tawa yang riang pada saat itu membuat Kira gembira.
Bahagia. Pada masa yang sama matanya jatuh pada bingkai gambar orang
tuanya ditembok dihadapannya. Serta-merta, tangan Kira naik ke loket
berbentuk hati dilehernya.Kalau orang tuanya ada bersama mereka
sekarang, pasti papa dan mamanya itu bangga dengan mereka semua.
“Jom sayang,
mereka semua nak ke belakang tu. Baik sayang makan sikit dahulu
sebelum kita bertolak untuk ke majilis resepsi.”
Kira angguk akur
mengikut langkah suaminya ke belakang dimana makanan sudah tersedia
untuk mereka semua. Faizal menolong Kira duduk dimeja yang telah
tersedia sementara suaminya itu pergi untuk mengambilkan makanan
untuknya.
Jemima yang sedang
meggendong anak buahnya Kira menghampiri. Kira hampir terjerit kecil
bila melihat betapa comelnya anak buahnya itu. Tubuh kecil Ifra
Khalisah atau nama manjanya Alis, diambil Kira dari tangannya Jemima.
Pipi tembam macam kuih pau Alis dikucup Kira berkali-kali membuat
anak kecil itu gelak riang. Geram sungguh dia dengan anak buahnya
yang satu itu.
“Kal mana?”
“Pergi kereta
ambil beg si Alis ni hah. Aku suruh dia bawa sekali tadi, tapi tak
nak. Bila budak ni meragam tadi baru kelam-kabut dia pergi
ambil.”jelas Jemima pada teman baiknya itu.
Sebelum Kira dapat
membalas kelibat Haikal muncul dari arah dalam rumah. Beg bayi Alis
dibahu sementara lagi satu tangan memegang botol susu yang sudah
dibancuh.
“Hah! Mesti
mengumpat tentang I ni.”suara Haikal.
Alis mula
memanjangkan tangannya ke arah Haikal sebaik saja melihat botol susu
yang diinginkannya.
“Iyalah siapa
lagi kalau bukan you.”balas Jemima mengambil beg dari tangan Haikal
supaya suaminya itu dapat mengambil Alis dari ribanya Kira.
Tersenyum lebar
Kira melihat pasangan suami isteri itu bersama anak sulung mereka.
Dari dulu lagi kalau pasangan sejoli itu tidak bertekak memang tidak
sah. Bak dikatakan Haikal, marah-marah sayang.
“Tengok tu Alis,
mama marahkan papa lagi.”
Alis yang sudah
beralih tangan dari Kira ke Haikal dicium pipinya berulang-kali
sebelum anak kecil itu menyembam muka dibahu papanya. Melihat Haikal
bersama Alis, membuat dia berangan masa depan mereka, bila Faizal
bersama anak mereka pula.
“Mana mama tak
marahkan kalau papa tak dengar cakap mama.”balas Jemima yang
disambut dengan senyuman kambing dari Haikal.
“Zal mana Kira?”
“Dia kata nak
ambilkan makan untuk aku. Sampai sekarang tak sampai-sampai.”
Kira memanjangkan
lehernya mencari kelibat Faizal. Bila Haikal tanya baru dia sedar
suaminya itu sudah menghilang agak lama juga. Kata mahu ambilkan
makanan tetapi sampai sekarang belum nampak batang hidung. Menoleh ke
kanan dan ke kiri sebelum dia terserempak kelibat suaminya sedang
asyik berborak rancak dengan seorang tetamu. Nampaknya dia terpaksa
tunggu lama sedikit untuk menikmati makanan yang dijanjikan suaminya
itu.
Haikal dan Jemima
yang mengikut pandangan mata Kira bermain isyarat mata tahu benar
dengan sikap kawan baik mereka itu.
“Nampaknya lagi
setengah jam baru kau dapat makan Kira.”ujar Jemima yang disambut
gelak tawa mereka.
Tetapi tawa mereka
mati bila Alis yang berada dalam dakapannya Haikal mula merengek
minta perhatian. Jemima periksa lampin yang dipakai Alis dan dari
mimik muka wanita itu, Kira sudah tahu jawapannya.
“Encik Haikal,
giliran you untuk tukar lampin Alis.”
Beg yang berada
dalam tangan Jemima dicapai Haikal tanpa banyak soal. Sebelum anak
buahnya itu lahir lagi, Kira dapat tahu bahawa pasangan suami isteri
sudah bersepakat untuk bergilir-gilir menukar lampin atau mandikan
Alis.
Bagus juga idea
mereka tu. Balik nanti aku kena beritahu laki aku ni. Bisik hati
kecil Kira sambil mata mengekori kelibat Haikal dan Alis menuju
kembali ke dalam rumah tetapi sempat dia mendengar Haikal berkata
sesuatu pada Alis
“Anak papa ni,
asyik buat bisnes saja. Ikut perangai siapa ni? Mesti ikut mama ni.”
Gurauan Haikal itu
membuat Jemima bercekak pinggang sebelum mengekori bapa dan anak itu
menuju ke arah rumah. Kira hanya mampu gelak bila dia mendengar suara
Haikal menyeringai kesakitan. Hanya satu saja puncanya. Apa lagi
kalau bukan sepit ketam Jemima yang mendarat ditelinganya Haikal. Ada
sajalah mereka berdua ni.
Bila Kira
memanjangkan lehernya sekali lagi untuk mencari Faizal, matanya jatuh
pada pasangan suami isteri yang muncul tanpa diduga. Bibir Kira
menarik senyuman dan dia bangkit dengan perlahan dan menghampiri
mereka. Tangan mereka disalam dan kahbar ditanya.
“Lagi berapa
bulan ni Kira? Semakin besar aunty tengok.”
“In Sha Allah
lagi dua bulan.”balas Kira sambil meletak tangan diperutnya bila
merasa si kecil menendang-nendang.
“Alhamdulillah.
Maaflah, aunty dan uncle datang sini. Majilis resepsi nanti kami tak
dapat hadir.” Maklum Umminya Lisa.
“Tak mengapa,
Kira faham.”
“Ermm...Macam
mana dengan Lisa?”soal Kira teragak-agak untuk bertanya.
Kira melihat Uminya
Lisa dan suaminya memandang satu sama lain buat seketika sebelum
kembali menghadapnya.
“Sebenarnya, kami
datang ke mari untuk memberi kamu ini.”Sekeping kertas yang dilipat
dari tas tangannya Umi dihulurkan kepada Kira.
Kerana hairan
tentang isi kandungnya, tanpa banyak soal, Kira membuka untuk
membacanya.
“Aunty jumpa
surat ini semasa aunty sedang mengemas biliknya Lisa.”
Kira,
Entah
bagaimana aku harus memulakan apa yang tersirat dalam hati aku ini.
Terlalu banyak perkara yang ingin aku katakan.Terlalu banyak kata
maaf yang harus aku ucapkan pada kau sekeluarga termasuk Faizal. Aku
yakin kata maaf tidak cukup atas semua yang telah aku lakukan
terhadap kalian semua. Tapi ini saja jalannya untuk memuaskan mereka.
Jujur, aku
cemburu, marah dan kecewa sebab aku kehilangan satu-satunya lelaki
yang aku cintai. Lelaki yang suatu ketika dahulu mencintai aku. Bila
aku dapat tahu Faizal akan berkahwin hanya beberapa bulan kami
berpisah, hati ini sakit. Aku marah Faizal dapat melupakan aku begitu
sahaja sementara aku berharap satu hari nanti kami akan kembali
bersama. Harapan yang aku fikirkan sudah hilang setelah Umi
memberitahu bahawa kau dan Zal sedang menantikan cahaya pertama. Aku
mahu melupakannya tetapi harapan yang malap itu kembali bersinar
dengan kehadiran Nek Wan.
Satu-persatu
dilakukan untuk memisahkan kamu berdua, tetapi cinta Faizal terhadap
kau sungguh teguh. Melihat cara Faizal melayan mengingatkan aku apa
yang telah aku lepasakan. Bila Nek Wan mundur, aku sebaliknya.
Mereka
memberi aku idea untuk menamatkan kebahagiaan kamu berdua. Betul juga
dengan idea mereka itu. Dengan kehilangannya kandungan kau dan
memberitahu yang kau tidak dapat lagi menimang zuriat, Zal akan
setuju untuk kahwin dengan aku, tetapi tidak sama sekali. Zal tetap
memilih kau dari aku, dia sanggup menepikan mamanya sendiri untuk
kau. Hati aku hancur. Aku marah. Mereka marah sebab aku gagal buat
sekian kalinya.
Peluang
muncul sekali lagi. Bila aku dapat tahu pertalian antara Rauf dengan
keluarga kandung kau dan dendam yang masih belum lunas, kami
melihatnya sebagai suatu lagi peluang. Satu peluang yang tidak akan
kami sia-siakan sama sekali.
Pada Rauf,
akulah segala-gala untuknya, satu saja darah dagingnya, dan sebab itu
ia mudah sekali untuk aku menjalankan apa yang ingin kami semua
rancangkan. Petik jari, dia akan lakukan apa saja untuk aku walaupun
pada akhirnya anak kandungnya sendiri akan memainkannya. Mereka
setuju dengan rancangan itu dan aku tidak sabar sekali untuk
melakukannya sebab lelaki itu bodoh!
Aku berbin
saja nama dia tetapi dia seorang lelaki yang tidak sama sekali layak
dipanggil papa setelah apa yang telah dia lakukan kepada arwah mama.
Walaupun dia berikan aku segala-galanya bila dia menjaga aku, tetapi
pada aku, dia bukan sesiapa, hanya lelaki yang aku akan gunakan untuk
mendapat apa yang aku inginkan. Dengan ini, aku dapat menyelam sambil
meminum air. Bukan sahaja dendam antara aku dan kau sahaja akan
selesai, tetapi dendam antara aku dan Rauf juga akan lunas.
Apa yang
membuat ini amat mudah sekali adalah Rauf mempunyai dendam bersama
orang tua kau, sementara aku bersama kau dan Zal. Sungguh ironik
sekalikan? Masa silam berulang sekali lagi.
Apa yang akan
aku lakukan selepas ini terhadap kau semua, aku yakin tidak akan
dapat sama sekali dimaafkan kau. Tapi kata maaf bukan aku inginkan.
Aku mahu kau semua rasakan apa yang aku rasakan. Rasa sakit bila
cinta yang difikirkan sungguh bermakna itu hanya bertepuk sebelah
tangan. Rasa marah bila cinta yang aku fikir adalah suci telah
didustai. Zal tidak pernah menyayangi aku. Dia tidak pernah mencintai
aku sepertimana dia mencintaikan kau. Kau telah mengambil
segala-galanya dari aku. Rauf telah mengambil segala-galanya dari
aku. Mereka semua telah mengambil segala-galanya dari aku.
Aku tak mahu
melakukan ini semua, tetapi mereka tidak henti memberitahu aku untuk
melakukannya sebab dendam hutang harus dibayar. Aku yakin setelah aku
lakukan apa yang disuruh mereka, ini semua akan berakhir.
Aku telah
buat keputusan. Apa yang akan aku lakukan ini akan membuat Zal benci
pada aku. Tapi aku sudah tidak peduli sama sekali. Inilah yang mereka
mahukan. Kalau aku tidak dapat Zal, tiada sesiapa yang akan
memilikinya.
Aku mahu dia
rasa kehilangan. Rasa sakit yang aku rasa. Sepertimana darah kedua
orang tua kau pernah tumpah ditangan Rauf, begitu juga darah kau akan
tumpah ditangan aku. Bagaimana darah arwah mama tumpah ditangan Rauf,
begitu juga darah dia akan tumpah ditangan aku.
Aku janji.
Lisa.
Tapak tangan Kira
lekap diata dadanya. Degupan jantung yang kuat dapat dirasainya.
“Astaghfirullahaadzim”
“Sayang.”
Faizal pantas
mendapatkan Kira yang kelihatan sepertinya ingin pengsan. Kira
menarik nafas dalam sebelum menggeleng kecil kepada Faizal untuk
memberitahu bahawa dia tidak apa-apa. Dia mengangkat kepalanya
memandang kedua orang tuanya Lisa. Dia tidak memahami mengapa mereka
membawa surat itu padanya. Surat yang penuh amarah.
“Maaf kalau surat
itu membuat Kira ingat kembali apa yang terjadi. Tetapi pakar
psikiatris Lisa yang meyarankan kami untuk membawanya kepada kamu
berdua.” jelas walidnya Lisa diangguk kecil oleh Umminya.
Dahi Kira berkerut.
Satu pertanyaan bermain dibibirnya berulang kali sebaik saja membaca
surat itu.
“Siapa mereka
yang dimaksudkan Lisa dalam surat ni?”soalnya.
Faizal yang sedang
membaca surat itu mengangkat kepalanya.
“Mereka
meyuruhnya? Zal tak faham.”
“Kami pun tidak
pasti pada mulanya. Bila kami menunjuk surat itu pada doktor yang
merawat Lisa, dia beritahu bahawa 'mereka' yang dimaksudkan Lisa
adalah sebuah halusinasi yang pada Lisa adalah benar.”
“Schizophrenia.
Itulah yang dikatakan doktor dihadapi Lisa. Dari mula lagi sejak Lisa
tinggal bersama kita, dia sudah menunjuk tanda-tandanya. Berbual
seorang diri. Emosi yang kadang-kala tidak dapat dikawal atau
dijangkau sama sekali. Tetapi kami tidak menghiraukannya. Pada kami
mungkin sebab apa yang dia terpaksa lalui sejak kecil lagi,
kehilangan mamanya dan selepas itu Rauf didepan matanya sendiri,
membuat dia meragam, tetapi ia sebaliknya. ” jelas Walidnya Lisa.
Rasa
simpati pada Lisa dan kedua orang tua dihadapnnya itu semakin
menggunung dihati Kira. Tidak ada gunanya menyalahkan mereka, sebab
ia bukan beban yang harus mereka tangani. Apa yang dilalui Lisa,
dapat Kira rasakan. Kehilangan orang yang disayangi. Kemarahan,
kesedihan, cemburu. Kira faham dan sebab itu dia sudah lama memaafkan
Lisa. Lisa tidak sihat. Dia melakukan semua itu kerana dia terdesak.
“Terima
kasih sebab aunty dan uncle datang ke mari untuk bawa surat ini.
Sekurang-kurangnya kita tahu mengapa Lisa melakukan ini semua. This
is the closure we both need. Aunty dan uncle jangan risau, apa yang
terjadi bukan salah aunty dan uncle. Ingat itu.”
Kedua orang tua itu
angguk kecil sebelum Kira memeluk erat wanita yang banyak
mengingatkannya kepada Norlia. Tidak dapat dia jangkau apa yang
dirasai wanita itu kalau dia sendiri harus melalui apa yang telah
berlaku.
Orang tuanya Faizal
muncul sebaik saja Kira dan Uminya Lisa meleraikan pelukan. Seakan
memahami apa yang telah terjadi, Atiqah dan Khaliq mengajak kawan
lama mereka itu untuk menyertai jamuan yang sudah tersedia.
“Sayang okay?”
soal Faizal sebaik saja kelibat orang tua dia dan Lisa sudah mula
menjauh.
Tangan Kira yang
berada dalam tangannya dipegang kejap. Takut kalau isterinya itu
kurang sihat setelah apa yang telah dibacanya dalam surat itu.
“Kira okay. Cuma
Kira simpati sangat dengan aunty dan uncle atas semua yang terjadi.
Berat beban yang mereka sedang tanggung abang. Satu-satu anak yang
mereka ada, walaupun bukan anak mereka sendiri, disahkan kurang
waras. Bertahun lama mereka jaga dan didik Lisa. Sekarang...”
Pipi Kira diusap
Faizal membuat Kira mendongak memandang sepasang mata suaminya
menikam tepat padanya.
“Abang pun
kasihankan mereka sayang. Tapi apa yang kita boleh lakukan adalah doa
untuk mereka. Untuk Lisa. Okay?”
Kira angguk faham
dan pada masa yang sama kedua belah tangn Faizal melingkar diperut
isterinya.
“Hah! Tengok tu
anak papa ni tendang-tendang. Nakal macam mama dia.”suara Faizal
sebaik saja kandungan Kira menendang kuat. Kira menunduk melihat
Faizal mengusap perutnya.
“Macam mana tak
tendang, baby tengah marah dengan papa dia ni.”
“Aik? Marah dekat
papa dia kenapa pula? Bukan baby dalam perut mama dia ke? Jadi
kenalah marah dekat mama dia.”
“Baby marah,
sebab tadikan ada orang tu cakap nak ambilkan makanan. Tapi tunggu
punyalah tunggu, tak sampai-sampai pula. Bila cari punyalah cari,
risau punya pasal takut terjatuh dalam longkang mana entah,
rupa-rupanya dia sedang syok berbual dengan kawan dia. Sekarang
bilang Kira, macam mana baby mama tak marah?”
Faizal hanya
tersenyum kambing dengan bebelan Kira yang tidak henti sepanjang
perjalanan mereka untuk mengambil makanan. Haiz, terpaksalah dia
menadah telinga sebab salah dia juga, tahu mak buyung tengah lapar,
dia pula bertegur sapa dengan salah satu kawan lamanya menjadi
berbual panjang pula. Layan sajalah.
**
Seminggu
kemudian.
Angin yang dingin
sungguh menyamankan sekali. Apatahlagi melihat matahari mula terbit
menerangi bumi dari balkoni ditingkat atas. Mendengar bunyi burung
berkicauan dan menghirup nafas yang segar membuat Kira tersenyum
lebar. Syukur diucapkan kerana dapat melihat ciptaan Tuhan sekali
lagi.
Meow!
Menoleh ke kiri,
Pak Tam yang setia menemaninya sejak tadi dipandang. Tubuh ditunduk
sedikit untuk mengusap kucing kesayangannya itu. Hampir kehilangan
penemannya bila Faizal tidak berada dirumah membuat dia semakin
akrab dengan Pak Tam. Apalagi Pak Tam menyelamatkannya semasa
kejadian kelmarin. Berhutang budi dia pada kucing kesayangannya itu.
Tubuh kembali diluruskan dan cahaya matahari yang semakin meluas itu
ditatapnya buat sekian kali.
Seminggu sudah
berlalu sejak hari ijab kabulnya Mia dan Anafi. Sedang berbulan madu
di Australia pengantin baru berdua itu. Baru semalam mereka membuat
'video call', tidak kering gusi dia dengan telatah pasangan muda itu.
Terutama sekali bila Mia ceritakan bila mereka ingin pergi
'skydiving'. Rupa-rupanya abangnya itu tidak suka sekali dengan
ketinggian, sebalik sekali dengan Mia yang suka dengan aktiviti lasak
sebegitu. Berbeza sekali mereka, tetapi perbezaan itulah yang
melengkapi mereka. Sama seperti dia dan Faizal.
Hampir terjerit
kecil dia dibuatnya bila tubuhnya dipeluk dari belakang. Tanpa dia
memusing dia sudah tahu siapa yang berada dibelakangnya. Haih, siapa
lagi kalau si Faizal Bin Khaliq tu.
“Miss you
sayang.”suara serak basah Faizal menyapa ke telinga sebaik saja
kucupan hinggap dileher jinjangnya.
Sebaik saja selesai
solat subuh dia turun untuk siapkan sarapan pagi, tetapi bila dia
naik atas untuk memanggil Faizal, suaminya itu sudah sedap diulit
mimpi kembali. Siap bungkus ketat-ketat dengan selimut lagi tu. Mahu
dikejut rasa berat pula, tambah lagi suaminya itu semalam sibuk
dengan beberapa projek terbarunya. Rezeki anak katanya.
“Cantikkan
abang?”soal Kira memandang permandangan yang cantik dihadapan
mereka sekarang.
“Tapi isteri
abang yang satu ni lagi cantik.” Hidung Kira dicuit Faizal membuat
Kira mencapi tangan itu dan dibawanya ke arah kandungannya.
“Hmm...Dah mula
dah dia tu.”
“Mulakan apa?”
soal Faizal pura-pura tidak mengerti.
Kira menjulingkan
matanya dengan reaksi suaminya itu. “Mulalah tu merepek kerepek dia
pagi-pagi ni.”
“Kerepek tak
merepek okay sayang. Bahasa melayu apa entah.” balas Faizal yang
Kira hanya mampu menggeleng.
Pagi-pagi seperti
ini malas sebenarnya dia mahu bertikam lidah dengan suaminya itu.
Kalau dilayankan si Faizal ni memang tidak ada habisnya.
Melihat Kira yang
tidak mahu melayannya, Faizal senyum herot sebelum memusingkan tubuh
isterinya supaya memandang ke arahnya. Dagu Kira ditolaknya sehingga
mata mereka bertentangan.
“Betul apa yang
abang cakap. Isteri abang Ana Kira cantik sekali. Itu sebab hati
abang ni terpikat dan sah menjadi permaisuri dihati. Dengar tu abang
berpantun pagi-pagi buta ni.”
Gurauan Faizal
membuat tawa Kira meletus akhirnya. Haih, suaminya yang satu ni.
Ada-ada saja caranya untuk menghiburkan hati. Melihat senyuman dan
mendengar tawa Kira membuat sekeping hati lelaki Faizal berbunga.
Bangga. Itulah yang dia terpikat dengan isterinya. Senyuman yang
menawan. Tawa riang yang merdu. Setiap hari memandang isterinya,
setiap saat, cinta dia semakin dalam untuk Kira.
“Abang ingat tak
kali pertama kita jumpa?”
“Ingatlah sayang.
Mana tak ingat. Love at first sight tau sayang. Hati abang ni
berdegup kencang bila nampak sayang. Tambah lagi sayang bukan main
malas nak layan abang masa tu. Play hard to get tapi akhirnya abang
dapat juga.”
Tangan Faizal yang
berada dikandungannya diusap lembut. Mengingati pertemuan pertama
mereka, akan sentiasa membuat dia tersenyum. Kalau tidak kerana
Jemima dan Haikal adalah teman baik mereka tambah lagi Jemima adalah
pembantu peribadi Faizal, memang mereka tidak akan bertemu. Tetapi
jodoh, betapa jauh jaraknya, pasti suatu hari ia akan bertemu.
“Abang ingat masa
nak ajak sayang keluar, punyalah susah. Selalunya kalau bagi bunga
ros habis cair, tapi sayang tak cair-cair. Nasib baiklah Mim beritahu
yang sayang tak suka bunga ros. Cliche kata orang tu.”gurau Faizal
membuat Kira mencubit lengan Faizal.
“Kalau Mim tak
beritahu abang macam mana?”duga Kira.
Faizal mencebik.
“Alah, senang saja. Abang culik sayang lepas tu kita kahwinlah.”
Satu lagi sepit
ketam Kira mengena lengannya Faizal.
“Abang ingat ni
drama yang Kira selalu tengok tu ke boleh culik bagai semua.”
Hish suami aku ni.
Tapi kalau dia culik aku lepas tu kahwin okay juga tu. Bisik hati
kecil Kira.
Mendengar Faizal
menarik nafas yang dalam membuat dialog Kira mati serta-merta.
“Honestly sayang, kalau Mim tak beritahu abang, I will never give
up on you. Sebab kalau hati sudah tersangkut, memang susah sekali
untuk dilepaskan.”
Hah! Tengok tu,
macam mana tak cair?
“Pertama kali
mata abang pandang sayang, I just knew that you were the one. Memang
sukar sekali untuk abang jelaskan, tapi setiap kali abang lihat Kira
senyum, hati abang berbunga. Bila abang dengar sayang ketawa, telinga
abang ni berlagu. You make me smile. You make me happy. You make me
complete. Itu sebab abang akan lakukan apa saja untuk mendapatkan
sayang. Kalau sayang nak tujuh tempayan air mata dara, abang akan
dapatkannya.”
Kira gelak dengan
ayat terakhir suaminya itu. Iyalah tu boleh dapatkan tujuh tempayan
air mata dara.
Riak muka Faizal
berubah serius membuat kening Kira bertaut.
“Kita sudah
melalui pelbagai rintangan sejak kita mula kahwin lagi. Dari Opah Su,
kepada Lisa dan akhirnya Rauf. Tapi kita tetap teguh. Utuh. Rintangan
itu semua membuat abang ingin menjadi suami, pelindung dan pemimpin
yang terbaik untuk Kira. Untuk keluarga kita.”
Hati Kira
tersentuh. Tekaknya mula rasa perit dan bibir digigitnya bila merasa
tubir matanya mula bergenang.
“Bila sayang
kehilangan kandungan bukan hanya sekali, ia sukar untuk abang, tetapi
abang tahu ia lebih perit untuk sayang. But you perservered. Lihat
sayang bangkit dari itu semua buat abang mahu menjadi suami yang
lebih baik untuk sayang.”
Faizal menunduk
sejenak menahan sebak didada. Entah mengapa dia merasakan dia harus
meluahkan apa yang tersirat dalam hati.
“Abang masih
ingat bila abang kehilangan sayang untuk beberapa minit. That few
minutes was torture. Te..terlalu banyak yang terlintas dalam fikiran
abang. Tapi satu pertanyaan yang berulang dalam otak abang ni adalah
bagaimana abang akan hidup tanpa sayang disisi. Abang panik. Sesak.”
Kira mengangkat
tangannya dan jari-jemarinya menyeka air mata yang menitis dari mata
suaminya.
“Tapi abang, mati
itu adalah pasti.”
“Abang tahu itu.
Tapi abang belum bersedia. Masa kita bersama terlalu singkat. Masih
banyak yang kita belum kecapi sebagai pasangan suami isteri. Itu
sebab abang panik, sesak. It was because I lost the air that I
breathe everyday. That air is you sayang.”
Muka Kira diapt
kedua belah tangan Faizal. Mata Kira sekarang mencermin apa yang
bermain dimuka Faizal. Dua-dua kini mengalirkan air mata.
“Abang...”
“I love you so
much Ana Kira. Kalau abang terpaksa ucapkannya setiap saat, abang
akan lakukannya. Lantaklah sehingga telinga orang lain berdarah,
abang tetap akan ucapkannya, sebab Faizal Khaliq cinta Ana Kira
seorang.”
Kira tidak boleh
berkata apa-apa. Luahan cinta. Luahan hati Faizal membuat dia
tersentuh. Membuat air matanya yang sudah mengalir semakin keluar
dengan derasnya. Dia hanya dapat memeluk suaminya itu erat, menyembam
muka didada bidang Faizal. Kata-kata yang bermain difikirannya
tersekat disitu, tidak tahu bagaimana untuk dia meluahkannya. Apa
yang dia tahu, dia wanita paling bertuah sekali didunia sebab
mendapat Faizal sebagai suami. Paling penting, dia Ana Kira cinta
Faizal Khaliq seorang. Dari mula, sekarang dan buat selama-lamanya.
-TAMAT?-

