Saturday, 30 January 2016

Jangan Dustai Cinta Bab 80


Bab 80
Keluhan lega dilepaskan semua yang berada diruang tamu itu sebaik saja akad yang dilafazkan Anafi akhirnya sempurna. Mahu gelak bila pertama kali, abangnya itu terbelit lidah menyebut nama Mia. Kali kedua pula salah sebut jumlah mas kahwin. Nasib baiklah kali ketiga sudah sah. Kalau tidak, Kira dapat merasa bukan Anami dan Anaqi yang akan menberi siku pada abangnya itu, tetapi Mia sendiri akan melakukannya tanpa segan silu sama sekali.
Pelukan Mia dan Kira terlerai bila Umi Fida bersuara bahawa Anafi sedang menghampiri. Salam diberi dan salam dijawab oleh Mia. Senyuman yang sedari tadi lekang dibibir Kira menarik panjang bila cincin disarung oleh kedua mempelai. Tangan Anafi dicium Mia sebelum dahi dikucup si suami pula.
Setiap bibit ditangkap bukanhanya oleh jurugambar yang telah dibayar, tetapi oleh jurugambar yang tidak dibayar juga. Maklumlah, sebagai kenangankan.
“Nasib baiklah tiga kali saja. Kalau lepas tiga kali, Mia tak tahulah apa Mia buat dekat abang.”
“Mesti kena karate choplah kau Fi.”gurau Anami yang memeluk leher kembar terakhirnya itu.
“Mia Sarafina! Ada cakap macam tu dekat suami kamu.”
Umi Fida mencubit lengan pemaisuri sehari itu. Mia hanya senyum kambing disebelah Anafi. Tidak rasa bersalah sama sekali, sebab Anafi pun tahu apa yang akan dilakukan Mia kalau kali ketiga itu dia gagal juga.
“Iyalah Umi. Sejak seminggu lagi Mia dah suruh abang practice berulang kali. Jadi lidah tu dah biasa. Mesti tak practice ni.”
Kira melihat abangnya itu mengerlingkan mata dengan tuduhan Mia itu. Jari telunjuk Mia yang menunding ke muka abangnya itu digigit oleh Anafi. Mia terjerit kecil, tambah lagi muka pula sudah berkerut sambil memanah tepat pada Anafi yang sedang gelak sakan.
“Mana Mia tahu? Bukan Mia ada dengan abang pun dua puluh empat jam pun. Kalau Mia nak tahu sebelum tidur pun abang practice tau. Dekat tandas tengah mandi, masa makan pun abang practice.”
Jari yang digigit Anafi tadi dibawa ke bibir. Kira yang berada disisi Faizal memandang satu sama lain. Teringat pula bila Faizal melakukan perkara yang sama.
“Abang Qi saksi dia. Sebab ada sekali tu, dengan klien dia boleh terlepas cakap akad dia tau. Terperanjat klien dibuatnya.”
Semua ketawa sementara Anafi mengurut lehernya yang tidak sakit itu. Melihat dan mendengar tawa yang riang pada saat itu membuat Kira gembira. Bahagia. Pada masa yang sama matanya jatuh pada bingkai gambar orang tuanya ditembok dihadapannya. Serta-merta, tangan Kira naik ke loket berbentuk hati dilehernya.Kalau orang tuanya ada bersama mereka sekarang, pasti papa dan mamanya itu bangga dengan mereka semua.
“Jom sayang, mereka semua nak ke belakang tu. Baik sayang makan sikit dahulu sebelum kita bertolak untuk ke majilis resepsi.”
Kira angguk akur mengikut langkah suaminya ke belakang dimana makanan sudah tersedia untuk mereka semua. Faizal menolong Kira duduk dimeja yang telah tersedia sementara suaminya itu pergi untuk mengambilkan makanan untuknya.
Jemima yang sedang meggendong anak buahnya Kira menghampiri. Kira hampir terjerit kecil bila melihat betapa comelnya anak buahnya itu. Tubuh kecil Ifra Khalisah atau nama manjanya Alis, diambil Kira dari tangannya Jemima. Pipi tembam macam kuih pau Alis dikucup Kira berkali-kali membuat anak kecil itu gelak riang. Geram sungguh dia dengan anak buahnya yang satu itu.
“Kal mana?”
“Pergi kereta ambil beg si Alis ni hah. Aku suruh dia bawa sekali tadi, tapi tak nak. Bila budak ni meragam tadi baru kelam-kabut dia pergi ambil.”jelas Jemima pada teman baiknya itu.
Sebelum Kira dapat membalas kelibat Haikal muncul dari arah dalam rumah. Beg bayi Alis dibahu sementara lagi satu tangan memegang botol susu yang sudah dibancuh.
“Hah! Mesti mengumpat tentang I ni.”suara Haikal.
Alis mula memanjangkan tangannya ke arah Haikal sebaik saja melihat botol susu yang diinginkannya.
“Iyalah siapa lagi kalau bukan you.”balas Jemima mengambil beg dari tangan Haikal supaya suaminya itu dapat mengambil Alis dari ribanya Kira.
Tersenyum lebar Kira melihat pasangan suami isteri itu bersama anak sulung mereka. Dari dulu lagi kalau pasangan sejoli itu tidak bertekak memang tidak sah. Bak dikatakan Haikal, marah-marah sayang.
“Tengok tu Alis, mama marahkan papa lagi.”
Alis yang sudah beralih tangan dari Kira ke Haikal dicium pipinya berulang-kali sebelum anak kecil itu menyembam muka dibahu papanya. Melihat Haikal bersama Alis, membuat dia berangan masa depan mereka, bila Faizal bersama anak mereka pula.
“Mana mama tak marahkan kalau papa tak dengar cakap mama.”balas Jemima yang disambut dengan senyuman kambing dari Haikal.
“Zal mana Kira?”
“Dia kata nak ambilkan makan untuk aku. Sampai sekarang tak sampai-sampai.”
Kira memanjangkan lehernya mencari kelibat Faizal. Bila Haikal tanya baru dia sedar suaminya itu sudah menghilang agak lama juga. Kata mahu ambilkan makanan tetapi sampai sekarang belum nampak batang hidung. Menoleh ke kanan dan ke kiri sebelum dia terserempak kelibat suaminya sedang asyik berborak rancak dengan seorang tetamu. Nampaknya dia terpaksa tunggu lama sedikit untuk menikmati makanan yang dijanjikan suaminya itu.
Haikal dan Jemima yang mengikut pandangan mata Kira bermain isyarat mata tahu benar dengan sikap kawan baik mereka itu.
“Nampaknya lagi setengah jam baru kau dapat makan Kira.”ujar Jemima yang disambut gelak tawa mereka.
Tetapi tawa mereka mati bila Alis yang berada dalam dakapannya Haikal mula merengek minta perhatian. Jemima periksa lampin yang dipakai Alis dan dari mimik muka wanita itu, Kira sudah tahu jawapannya.
“Encik Haikal, giliran you untuk tukar lampin Alis.”
Beg yang berada dalam tangan Jemima dicapai Haikal tanpa banyak soal. Sebelum anak buahnya itu lahir lagi, Kira dapat tahu bahawa pasangan suami isteri sudah bersepakat untuk bergilir-gilir menukar lampin atau mandikan Alis.
Bagus juga idea mereka tu. Balik nanti aku kena beritahu laki aku ni. Bisik hati kecil Kira sambil mata mengekori kelibat Haikal dan Alis menuju kembali ke dalam rumah tetapi sempat dia mendengar Haikal berkata sesuatu pada Alis
“Anak papa ni, asyik buat bisnes saja. Ikut perangai siapa ni? Mesti ikut mama ni.”
Gurauan Haikal itu membuat Jemima bercekak pinggang sebelum mengekori bapa dan anak itu menuju ke arah rumah. Kira hanya mampu gelak bila dia mendengar suara Haikal menyeringai kesakitan. Hanya satu saja puncanya. Apa lagi kalau bukan sepit ketam Jemima yang mendarat ditelinganya Haikal. Ada sajalah mereka berdua ni.
Bila Kira memanjangkan lehernya sekali lagi untuk mencari Faizal, matanya jatuh pada pasangan suami isteri yang muncul tanpa diduga. Bibir Kira menarik senyuman dan dia bangkit dengan perlahan dan menghampiri mereka. Tangan mereka disalam dan kahbar ditanya.
“Lagi berapa bulan ni Kira? Semakin besar aunty tengok.”
“In Sha Allah lagi dua bulan.”balas Kira sambil meletak tangan diperutnya bila merasa si kecil menendang-nendang.
“Alhamdulillah. Maaflah, aunty dan uncle datang sini. Majilis resepsi nanti kami tak dapat hadir.” Maklum Umminya Lisa.
“Tak mengapa, Kira faham.”
“Ermm...Macam mana dengan Lisa?”soal Kira teragak-agak untuk bertanya.
Kira melihat Uminya Lisa dan suaminya memandang satu sama lain buat seketika sebelum kembali menghadapnya.
“Sebenarnya, kami datang ke mari untuk memberi kamu ini.”Sekeping kertas yang dilipat dari tas tangannya Umi dihulurkan kepada Kira.
Kerana hairan tentang isi kandungnya, tanpa banyak soal, Kira membuka untuk membacanya.
“Aunty jumpa surat ini semasa aunty sedang mengemas biliknya Lisa.”
Kira,
Entah bagaimana aku harus memulakan apa yang tersirat dalam hati aku ini. Terlalu banyak perkara yang ingin aku katakan.Terlalu banyak kata maaf yang harus aku ucapkan pada kau sekeluarga termasuk Faizal. Aku yakin kata maaf tidak cukup atas semua yang telah aku lakukan terhadap kalian semua. Tapi ini saja jalannya untuk memuaskan mereka.
Jujur, aku cemburu, marah dan kecewa sebab aku kehilangan satu-satunya lelaki yang aku cintai. Lelaki yang suatu ketika dahulu mencintai aku. Bila aku dapat tahu Faizal akan berkahwin hanya beberapa bulan kami berpisah, hati ini sakit. Aku marah Faizal dapat melupakan aku begitu sahaja sementara aku berharap satu hari nanti kami akan kembali bersama. Harapan yang aku fikirkan sudah hilang setelah Umi memberitahu bahawa kau dan Zal sedang menantikan cahaya pertama. Aku mahu melupakannya tetapi harapan yang malap itu kembali bersinar dengan kehadiran Nek Wan.
Satu-persatu dilakukan untuk memisahkan kamu berdua, tetapi cinta Faizal terhadap kau sungguh teguh. Melihat cara Faizal melayan mengingatkan aku apa yang telah aku lepasakan. Bila Nek Wan mundur, aku sebaliknya.
Mereka memberi aku idea untuk menamatkan kebahagiaan kamu berdua. Betul juga dengan idea mereka itu. Dengan kehilangannya kandungan kau dan memberitahu yang kau tidak dapat lagi menimang zuriat, Zal akan setuju untuk kahwin dengan aku, tetapi tidak sama sekali. Zal tetap memilih kau dari aku, dia sanggup menepikan mamanya sendiri untuk kau. Hati aku hancur. Aku marah. Mereka marah sebab aku gagal buat sekian kalinya.
Peluang muncul sekali lagi. Bila aku dapat tahu pertalian antara Rauf dengan keluarga kandung kau dan dendam yang masih belum lunas, kami melihatnya sebagai suatu lagi peluang. Satu peluang yang tidak akan kami sia-siakan sama sekali.
Pada Rauf, akulah segala-gala untuknya, satu saja darah dagingnya, dan sebab itu ia mudah sekali untuk aku menjalankan apa yang ingin kami semua rancangkan. Petik jari, dia akan lakukan apa saja untuk aku walaupun pada akhirnya anak kandungnya sendiri akan memainkannya. Mereka setuju dengan rancangan itu dan aku tidak sabar sekali untuk melakukannya sebab lelaki itu bodoh!
Aku berbin saja nama dia tetapi dia seorang lelaki yang tidak sama sekali layak dipanggil papa setelah apa yang telah dia lakukan kepada arwah mama. Walaupun dia berikan aku segala-galanya bila dia menjaga aku, tetapi pada aku, dia bukan sesiapa, hanya lelaki yang aku akan gunakan untuk mendapat apa yang aku inginkan. Dengan ini, aku dapat menyelam sambil meminum air. Bukan sahaja dendam antara aku dan kau sahaja akan selesai, tetapi dendam antara aku dan Rauf juga akan lunas.
Apa yang membuat ini amat mudah sekali adalah Rauf mempunyai dendam bersama orang tua kau, sementara aku bersama kau dan Zal. Sungguh ironik sekalikan? Masa silam berulang sekali lagi.
Apa yang akan aku lakukan selepas ini terhadap kau semua, aku yakin tidak akan dapat sama sekali dimaafkan kau. Tapi kata maaf bukan aku inginkan. Aku mahu kau semua rasakan apa yang aku rasakan. Rasa sakit bila cinta yang difikirkan sungguh bermakna itu hanya bertepuk sebelah tangan. Rasa marah bila cinta yang aku fikir adalah suci telah didustai. Zal tidak pernah menyayangi aku. Dia tidak pernah mencintai aku sepertimana dia mencintaikan kau. Kau telah mengambil segala-galanya dari aku. Rauf telah mengambil segala-galanya dari aku. Mereka semua telah mengambil segala-galanya dari aku.
Aku tak mahu melakukan ini semua, tetapi mereka tidak henti memberitahu aku untuk melakukannya sebab dendam hutang harus dibayar. Aku yakin setelah aku lakukan apa yang disuruh mereka, ini semua akan berakhir.
Aku telah buat keputusan. Apa yang akan aku lakukan ini akan membuat Zal benci pada aku. Tapi aku sudah tidak peduli sama sekali. Inilah yang mereka mahukan. Kalau aku tidak dapat Zal, tiada sesiapa yang akan memilikinya.
Aku mahu dia rasa kehilangan. Rasa sakit yang aku rasa. Sepertimana darah kedua orang tua kau pernah tumpah ditangan Rauf, begitu juga darah kau akan tumpah ditangan aku. Bagaimana darah arwah mama tumpah ditangan Rauf, begitu juga darah dia akan tumpah ditangan aku.
Aku janji.
Lisa.
Tapak tangan Kira lekap diata dadanya. Degupan jantung yang kuat dapat dirasainya.
“Astaghfirullahaadzim”
“Sayang.”
Faizal pantas mendapatkan Kira yang kelihatan sepertinya ingin pengsan. Kira menarik nafas dalam sebelum menggeleng kecil kepada Faizal untuk memberitahu bahawa dia tidak apa-apa. Dia mengangkat kepalanya memandang kedua orang tuanya Lisa. Dia tidak memahami mengapa mereka membawa surat itu padanya. Surat yang penuh amarah.
“Maaf kalau surat itu membuat Kira ingat kembali apa yang terjadi. Tetapi pakar psikiatris Lisa yang meyarankan kami untuk membawanya kepada kamu berdua.” jelas walidnya Lisa diangguk kecil oleh Umminya.
Dahi Kira berkerut. Satu pertanyaan bermain dibibirnya berulang kali sebaik saja membaca surat itu.
“Siapa mereka yang dimaksudkan Lisa dalam surat ni?”soalnya.
Faizal yang sedang membaca surat itu mengangkat kepalanya.
“Mereka meyuruhnya? Zal tak faham.”
“Kami pun tidak pasti pada mulanya. Bila kami menunjuk surat itu pada doktor yang merawat Lisa, dia beritahu bahawa 'mereka' yang dimaksudkan Lisa adalah sebuah halusinasi yang pada Lisa adalah benar.”
“Schizophrenia. Itulah yang dikatakan doktor dihadapi Lisa. Dari mula lagi sejak Lisa tinggal bersama kita, dia sudah menunjuk tanda-tandanya. Berbual seorang diri. Emosi yang kadang-kala tidak dapat dikawal atau dijangkau sama sekali. Tetapi kami tidak menghiraukannya. Pada kami mungkin sebab apa yang dia terpaksa lalui sejak kecil lagi, kehilangan mamanya dan selepas itu Rauf didepan matanya sendiri, membuat dia meragam, tetapi ia sebaliknya. ” jelas Walidnya Lisa.

Rasa simpati pada Lisa dan kedua orang tua dihadapnnya itu semakin menggunung dihati Kira. Tidak ada gunanya menyalahkan mereka, sebab ia bukan beban yang harus mereka tangani. Apa yang dilalui Lisa, dapat Kira rasakan. Kehilangan orang yang disayangi. Kemarahan, kesedihan, cemburu. Kira faham dan sebab itu dia sudah lama memaafkan Lisa. Lisa tidak sihat. Dia melakukan semua itu kerana dia terdesak.

“Terima kasih sebab aunty dan uncle datang ke mari untuk bawa surat ini. Sekurang-kurangnya kita tahu mengapa Lisa melakukan ini semua. This is the closure we both need. Aunty dan uncle jangan risau, apa yang terjadi bukan salah aunty dan uncle. Ingat itu.”
Kedua orang tua itu angguk kecil sebelum Kira memeluk erat wanita yang banyak mengingatkannya kepada Norlia. Tidak dapat dia jangkau apa yang dirasai wanita itu kalau dia sendiri harus melalui apa yang telah berlaku.
Orang tuanya Faizal muncul sebaik saja Kira dan Uminya Lisa meleraikan pelukan. Seakan memahami apa yang telah terjadi, Atiqah dan Khaliq mengajak kawan lama mereka itu untuk menyertai jamuan yang sudah tersedia.
“Sayang okay?” soal Faizal sebaik saja kelibat orang tua dia dan Lisa sudah mula menjauh.
Tangan Kira yang berada dalam tangannya dipegang kejap. Takut kalau isterinya itu kurang sihat setelah apa yang telah dibacanya dalam surat itu.
“Kira okay. Cuma Kira simpati sangat dengan aunty dan uncle atas semua yang terjadi. Berat beban yang mereka sedang tanggung abang. Satu-satu anak yang mereka ada, walaupun bukan anak mereka sendiri, disahkan kurang waras. Bertahun lama mereka jaga dan didik Lisa. Sekarang...”
Pipi Kira diusap Faizal membuat Kira mendongak memandang sepasang mata suaminya menikam tepat padanya.
“Abang pun kasihankan mereka sayang. Tapi apa yang kita boleh lakukan adalah doa untuk mereka. Untuk Lisa. Okay?”
Kira angguk faham dan pada masa yang sama kedua belah tangn Faizal melingkar diperut isterinya.
“Hah! Tengok tu anak papa ni tendang-tendang. Nakal macam mama dia.”suara Faizal sebaik saja kandungan Kira menendang kuat. Kira menunduk melihat Faizal mengusap perutnya.
“Macam mana tak tendang, baby tengah marah dengan papa dia ni.”
“Aik? Marah dekat papa dia kenapa pula? Bukan baby dalam perut mama dia ke? Jadi kenalah marah dekat mama dia.”
“Baby marah, sebab tadikan ada orang tu cakap nak ambilkan makanan. Tapi tunggu punyalah tunggu, tak sampai-sampai pula. Bila cari punyalah cari, risau punya pasal takut terjatuh dalam longkang mana entah, rupa-rupanya dia sedang syok berbual dengan kawan dia. Sekarang bilang Kira, macam mana baby mama tak marah?”
Faizal hanya tersenyum kambing dengan bebelan Kira yang tidak henti sepanjang perjalanan mereka untuk mengambil makanan. Haiz, terpaksalah dia menadah telinga sebab salah dia juga, tahu mak buyung tengah lapar, dia pula bertegur sapa dengan salah satu kawan lamanya menjadi berbual panjang pula. Layan sajalah.
**
Seminggu kemudian.
Angin yang dingin sungguh menyamankan sekali. Apatahlagi melihat matahari mula terbit menerangi bumi dari balkoni ditingkat atas. Mendengar bunyi burung berkicauan dan menghirup nafas yang segar membuat Kira tersenyum lebar. Syukur diucapkan kerana dapat melihat ciptaan Tuhan sekali lagi.
Meow!
Menoleh ke kiri, Pak Tam yang setia menemaninya sejak tadi dipandang. Tubuh ditunduk sedikit untuk mengusap kucing kesayangannya itu. Hampir kehilangan penemannya bila Faizal tidak berada dirumah membuat dia semakin akrab dengan Pak Tam. Apalagi Pak Tam menyelamatkannya semasa kejadian kelmarin. Berhutang budi dia pada kucing kesayangannya itu. Tubuh kembali diluruskan dan cahaya matahari yang semakin meluas itu ditatapnya buat sekian kali.
Seminggu sudah berlalu sejak hari ijab kabulnya Mia dan Anafi. Sedang berbulan madu di Australia pengantin baru berdua itu. Baru semalam mereka membuat 'video call', tidak kering gusi dia dengan telatah pasangan muda itu. Terutama sekali bila Mia ceritakan bila mereka ingin pergi 'skydiving'. Rupa-rupanya abangnya itu tidak suka sekali dengan ketinggian, sebalik sekali dengan Mia yang suka dengan aktiviti lasak sebegitu. Berbeza sekali mereka, tetapi perbezaan itulah yang melengkapi mereka. Sama seperti dia dan Faizal.
Hampir terjerit kecil dia dibuatnya bila tubuhnya dipeluk dari belakang. Tanpa dia memusing dia sudah tahu siapa yang berada dibelakangnya. Haih, siapa lagi kalau si Faizal Bin Khaliq tu.
“Miss you sayang.”suara serak basah Faizal menyapa ke telinga sebaik saja kucupan hinggap dileher jinjangnya.
Sebaik saja selesai solat subuh dia turun untuk siapkan sarapan pagi, tetapi bila dia naik atas untuk memanggil Faizal, suaminya itu sudah sedap diulit mimpi kembali. Siap bungkus ketat-ketat dengan selimut lagi tu. Mahu dikejut rasa berat pula, tambah lagi suaminya itu semalam sibuk dengan beberapa projek terbarunya. Rezeki anak katanya.
“Cantikkan abang?”soal Kira memandang permandangan yang cantik dihadapan mereka sekarang.
“Tapi isteri abang yang satu ni lagi cantik.” Hidung Kira dicuit Faizal membuat Kira mencapi tangan itu dan dibawanya ke arah kandungannya.
“Hmm...Dah mula dah dia tu.”
“Mulakan apa?” soal Faizal pura-pura tidak mengerti.
Kira menjulingkan matanya dengan reaksi suaminya itu. “Mulalah tu merepek kerepek dia pagi-pagi ni.”
“Kerepek tak merepek okay sayang. Bahasa melayu apa entah.” balas Faizal yang Kira hanya mampu menggeleng.
Pagi-pagi seperti ini malas sebenarnya dia mahu bertikam lidah dengan suaminya itu. Kalau dilayankan si Faizal ni memang tidak ada habisnya.
Melihat Kira yang tidak mahu melayannya, Faizal senyum herot sebelum memusingkan tubuh isterinya supaya memandang ke arahnya. Dagu Kira ditolaknya sehingga mata mereka bertentangan.
“Betul apa yang abang cakap. Isteri abang Ana Kira cantik sekali. Itu sebab hati abang ni terpikat dan sah menjadi permaisuri dihati. Dengar tu abang berpantun pagi-pagi buta ni.”
Gurauan Faizal membuat tawa Kira meletus akhirnya. Haih, suaminya yang satu ni. Ada-ada saja caranya untuk menghiburkan hati. Melihat senyuman dan mendengar tawa Kira membuat sekeping hati lelaki Faizal berbunga. Bangga. Itulah yang dia terpikat dengan isterinya. Senyuman yang menawan. Tawa riang yang merdu. Setiap hari memandang isterinya, setiap saat, cinta dia semakin dalam untuk Kira.
“Abang ingat tak kali pertama kita jumpa?”
“Ingatlah sayang. Mana tak ingat. Love at first sight tau sayang. Hati abang ni berdegup kencang bila nampak sayang. Tambah lagi sayang bukan main malas nak layan abang masa tu. Play hard to get tapi akhirnya abang dapat juga.”
Tangan Faizal yang berada dikandungannya diusap lembut. Mengingati pertemuan pertama mereka, akan sentiasa membuat dia tersenyum. Kalau tidak kerana Jemima dan Haikal adalah teman baik mereka tambah lagi Jemima adalah pembantu peribadi Faizal, memang mereka tidak akan bertemu. Tetapi jodoh, betapa jauh jaraknya, pasti suatu hari ia akan bertemu.
“Abang ingat masa nak ajak sayang keluar, punyalah susah. Selalunya kalau bagi bunga ros habis cair, tapi sayang tak cair-cair. Nasib baiklah Mim beritahu yang sayang tak suka bunga ros. Cliche kata orang tu.”gurau Faizal membuat Kira mencubit lengan Faizal.
“Kalau Mim tak beritahu abang macam mana?”duga Kira.
Faizal mencebik. “Alah, senang saja. Abang culik sayang lepas tu kita kahwinlah.”
Satu lagi sepit ketam Kira mengena lengannya Faizal.
“Abang ingat ni drama yang Kira selalu tengok tu ke boleh culik bagai semua.”
Hish suami aku ni. Tapi kalau dia culik aku lepas tu kahwin okay juga tu. Bisik hati kecil Kira.
Mendengar Faizal menarik nafas yang dalam membuat dialog Kira mati serta-merta. “Honestly sayang, kalau Mim tak beritahu abang, I will never give up on you. Sebab kalau hati sudah tersangkut, memang susah sekali untuk dilepaskan.”
Hah! Tengok tu, macam mana tak cair?
“Pertama kali mata abang pandang sayang, I just knew that you were the one. Memang sukar sekali untuk abang jelaskan, tapi setiap kali abang lihat Kira senyum, hati abang berbunga. Bila abang dengar sayang ketawa, telinga abang ni berlagu. You make me smile. You make me happy. You make me complete. Itu sebab abang akan lakukan apa saja untuk mendapatkan sayang. Kalau sayang nak tujuh tempayan air mata dara, abang akan dapatkannya.”
Kira gelak dengan ayat terakhir suaminya itu. Iyalah tu boleh dapatkan tujuh tempayan air mata dara.
Riak muka Faizal berubah serius membuat kening Kira bertaut.
“Kita sudah melalui pelbagai rintangan sejak kita mula kahwin lagi. Dari Opah Su, kepada Lisa dan akhirnya Rauf. Tapi kita tetap teguh. Utuh. Rintangan itu semua membuat abang ingin menjadi suami, pelindung dan pemimpin yang terbaik untuk Kira. Untuk keluarga kita.”
Hati Kira tersentuh. Tekaknya mula rasa perit dan bibir digigitnya bila merasa tubir matanya mula bergenang.
“Bila sayang kehilangan kandungan bukan hanya sekali, ia sukar untuk abang, tetapi abang tahu ia lebih perit untuk sayang. But you perservered. Lihat sayang bangkit dari itu semua buat abang mahu menjadi suami yang lebih baik untuk sayang.”
Faizal menunduk sejenak menahan sebak didada. Entah mengapa dia merasakan dia harus meluahkan apa yang tersirat dalam hati.
“Abang masih ingat bila abang kehilangan sayang untuk beberapa minit. That few minutes was torture. Te..terlalu banyak yang terlintas dalam fikiran abang. Tapi satu pertanyaan yang berulang dalam otak abang ni adalah bagaimana abang akan hidup tanpa sayang disisi. Abang panik. Sesak.”
Kira mengangkat tangannya dan jari-jemarinya menyeka air mata yang menitis dari mata suaminya.
“Tapi abang, mati itu adalah pasti.”
“Abang tahu itu. Tapi abang belum bersedia. Masa kita bersama terlalu singkat. Masih banyak yang kita belum kecapi sebagai pasangan suami isteri. Itu sebab abang panik, sesak. It was because I lost the air that I breathe everyday. That air is you sayang.”
Muka Kira diapt kedua belah tangan Faizal. Mata Kira sekarang mencermin apa yang bermain dimuka Faizal. Dua-dua kini mengalirkan air mata.
“Abang...”
“I love you so much Ana Kira. Kalau abang terpaksa ucapkannya setiap saat, abang akan lakukannya. Lantaklah sehingga telinga orang lain berdarah, abang tetap akan ucapkannya, sebab Faizal Khaliq cinta Ana Kira seorang.”

Kira tidak boleh berkata apa-apa. Luahan cinta. Luahan hati Faizal membuat dia tersentuh. Membuat air matanya yang sudah mengalir semakin keluar dengan derasnya. Dia hanya dapat memeluk suaminya itu erat, menyembam muka didada bidang Faizal. Kata-kata yang bermain difikirannya tersekat disitu, tidak tahu bagaimana untuk dia meluahkannya. Apa yang dia tahu, dia wanita paling bertuah sekali didunia sebab mendapat Faizal sebagai suami. Paling penting, dia Ana Kira cinta Faizal Khaliq seorang. Dari mula, sekarang dan buat selama-lamanya.

-TAMAT?-


2 comments:

  1. Salam Mai, apa cerita lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Di, In Sha Allah cerita selepas ni tentang Shariq dari KMAJ dan Anami :B Mai masih dlm tahap fikir jalan cerite..tapi Mai akan update tak lama lagi:B

      Delete