Lagi satu bab sebelum JDC menutup tirai:B
Death due to
suicide, self-strangulation.
“Rauf bunuh diri
sendiri?”
Pertanyaan itu
berulang kali bermain dikepala Faizal. Pertanyaan yang Faizal yakin
bermain disetiap satu fikiran yang berada di ruang tamu itu. Faizal
mendengar Anafi melepaskan keluhan. Rina, tunangnya Anafi mengusap
lembut belakang lelaki itu. Senyuman kecil diberikan sebagai
semangat.
Melihat senyuman
itu, serta-merta membuat Faizal tersenyum juga. Sejak mereka
berangkat pergi untuk bertemu dengan Deen dihospital, telefon lelaki
itu tidak lekang dari telinganya. Banyak perkara yang harus diurus
katanya.
“Maksud abang Fi,
Rauf bunuh diri semasa dalam penjara?”
Anafi angguk
mengiakan.
“Mia tak faham.
How? Why?”
Sebaik saja mereka
tiba dihospital, seorang pegawai polis menceritakan apa yang telah
berlaku. Sejak kebelakangan ini Rauf semakin tidak waras. Fikirannya
sentiasa terganggu. Bila berada dalam ruangnya, lelaki itu akan
menjerit meminta tolong. Bila mereka berada diruang Rauf, lelaki itu
kelihatan seperti tidak tentu arah. Meracau, membahayakan dirinya
sendiri. Sebab itu Rauf diletak dalam ruang yang asing dari
penjenayah yang lain selepas itu.
Kata pegawai yang
menjumpai Rauf menjelaskan bahawa setiap kali mereka mendapatkan
lelaki itu, Rauf akan berada disatu sudut ruang itu. Berpeluh, tidak
terurus dan sedang menggerakkan kedua belah tangannya sepertinya
sedang mengelak dari seseorang. Tetapi tiada sesiapa yang ada disitu.
Bila Rauf akan sedar kehadiran mereka, lelaki itu akan pantas
mendapatkan mereka. Meminta tolong, merayu dibawa ke ruang lain. Pada
mulanya, mereka mengikutinya dan memindahkan Rauf ke ruang lain,
tetapi perkara yang sama berlaku juga.
Sebaik saja Rauf
dipisahkan ke ruang khas, seorang doktor psikiatri dipanggil. Doktor
yang mereka jumpa tadi memberitahu mereka bahawa lelaki itu sentiasa
menyebut nama Lisa dan kadang-kala dia akan menangis sambil memanggil
Ana Farisha dan Dina. Tetapi setiap kali lelaki itu bersikap agresif
adalah bila dia menyebut namanya Rizman. Juga nama terakhir yang
lelaki itu sebut sebelum menghembus nafas terakhirnya.
“Dia semakin
hilang waras.”
“Mungkin sebab
tekanan berada dalam penjara?”agak Mia.
Anami yang memeluk
tubuh menggeleng kepala. Pertanyaan yang sama juga diujarnya tetapi
tidak masuk akal langsung.
“But he's been to
prison before. For five years.”
“Mungkin sebab
sudah masanya untuk dia kembali ke sang Pencipta.” Umi Fida
bersuara membuat semua memandang ke arahnya lantas angguk setuju.
Kuasa Tuhan
kadang-kala kita tidak akan dapat jelaskan sama sekali. Didunia kita
ada doktor dan pakar untuk memberi pengesahan dan penjelasan tentang
penyakit atau apa yang sedang berlaku didunia, tetapi kita tidak
boleh lupa sama sekali bahawa kita semua adalah ciptaan Tuhan.
Kadang-kala, doktor dan pakar tidak akan dapat menjelaskan sesuatu
perkara.
“Kita tidak tahu
bagaimana kita akan mati. Bila kita akan mati. Tetapi apa yang kita
tahu adalah mati itu adalah pasti. Apa yang terjadi pada Rauf, kita
boleh katakan dia tertekan dalam penjara dan rasa bersalah sebab itu
dia mula berhalusinasi. Tetapi kita tidak boleh lupa tentang agama
juga.”sambung Umi Fida membuat semua anak muda akur.
Norlia yang menjadi
pemerhati dan pendengar sedari tadi memberi buah fikirannya pula.
“Betul cakap Umi Fida. Walaupun Rauf telah menyakiti kita tetapi
kini dia sudah tiada. Maafkanlah dia, halalkan makan dan minum dia
dan doakanlah untuk dia dialam sana. Hanya itu saja cara yang kita
boleh menolongnya, walaupun dia telah menyalahkan kita.”
“Majilis Fi dan
Mia boleh ditundakan sehingga ini semua selesai. ”
Anaqi menggeleng
tidak setuju dengan cadangan Anafi.
“Majilis
pernikahan kamu berdua akan langsung seperti biasa. Selepas jenazah
selamat dikebumikan esok, kita akan bacakan yasin untuk arwahnya
sekali.Untuk arwah papa, mama dan semua yang telah kembali pada-NYA.
Tetapi pernikahan Fi dan Mia akan diteruskan seperti biasa.”tegas
Anafi.
Dia tidak mahu
menunda apa yang telah ditunda bertahun lama. Anafi dan Mia sudah
lama bersama dan sudah lama menantikan hari pernikahan mereka itu.
Dia tidak mahu hanya kerana Rauf, adiknya itu harus menangguh hari
kebahagiaannnya buat sekian kalinya. Meraka perlukan hari bahagia ini
setelah semua yang mereka telah harungi.
**
Tangan disalam
antara satu sama lain. Salam takziah diucapkan buat sekian kali. Satu
persatu beransur pergi untuk pulang sebaik saja jenazah telah selamat
dikebumikan. Peluh yang mericik didahi masing-masing diseka. Baju
yang dipakai digunakan sebagai kipas dan tuala. Panas terik sejak
pagi tadi semakin membakar tambah pula tiada angin yang meniup.
Faizal dan abang-abang iparnya melipat tikar yang dibawa mereka
sebelum melangkah pergi meninggalkan jasad Rauf dirumah terakhirnya.
“Alhamdulillah
semua sudah selesai.” suara Deen sebaik saja mereka tiba dikereta.
Semua angguk
mengiakan. Memang lega mereka bila semua sudah selamat dilaksanakan.
Memang agak sukar pada mulanya untuk mereka menerima dan melakukan
ini semua untuk lelaki yang membawa huru-hara kehidupan mereka,
tetapi kata pesan Umi Fida kepada mereka pada hari sebelumnya
berngiang difikiran masing-masing.
“Uncle dan Aunty
minta diri dulu, kami mahu jenguk orang tuanya Lisa. Takut tak sempat
pula nanti. Maaf kami tak dapat datang untuk majilis perkahwinan kamu
Fi.”
Anami menepuk bahu
Deen yang telah banyak menolong mereka itu. Lusa lelaki itu akan
bertolak ke Australia bersama isteri barunya, Dahlia. Masih segar
diingatan majilis kecil yang diadakan untuk menyambut penyatuan dua
hati itu. Ringkas sekali.
“Tak mengapa
uncle. Kami faham. Tugas uncle Deen dan aunty Dahlia sudah selesai
disini. Sudah masanya untuk uncle dan aunty mulakan hidup baru,
sepertimana kami semua disini.”
“Flight uncle jam
berapa lusa? In Sha Allah kalau sempat kami akan datang ke lapangan
terbang.”suara Hisham pula.
Deen memandang ke
isterinya disisi. “Jam lapan malam Sham. In Sha Allah kita jumpa
lusa nanti.”jawab Dahlia bagi pihak suaminya.
“Baiklah, kami
kena bergerak ni. Kirim salam Kira semua ya dekat rumah.”
“In Sha Allah.
Terima kasih uncle Deen, aunty Dahlia atas semuanya. Tidak tahulah
apa yang terjadi kepada keluarga kami kalau aunty dan uncle tak ada.”
“Kami lakukan ini
untuk orang tua kamu. Tambah lagi, untuk menebus dosa-dosa lama uncle
juga.” Balas Deen dengan suara sedikit sebak. Dahlia megusap
belakang suaminya bila dapat merasakan kesedihan dan kesesalan yang
masih berselimut didada.
Faizal melihat Deen
menoleh ke arah Dahlia dengan bibir yang menarik senyuman.
Serta-merta membuat dia tersenyum juga. Teringat dia pula pada Kira
dirumah.
Mereka berpeluk dan
berjabat tangan antara satu sama lain. Kata ucapan terima kasih
diucapkan berulang kali. Senyuman dibalas dan ucapan selamat tinggal
dan jumpa lagi sebagai kata pemisah sebelum kelibat kereta pasangan
suami isteri itu hilang dari pandangan.
**
Faizal melihat
Anaqi yang berdiri seorang diri menghadap tanah kuburan sedang
mengelamun jauh sebelum menutup mata bila tiba-tiba tiupan angin
dirasai mereka. Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Baru Faizal
ingin menghampiri sebaik saja menghulur tikar kepada Hisham, Faizal
melihat abang kandung Kira itu sudah bergerak beberapa langkah dari
mereka. Kerana bingung dengan abang iparnya yang satu itu dia menuju
ke arah Anaqi.
Sepertinya Anaqi
dapat merasa kehadiran Faizal, lelaki itu membuka mulut untuk
bersuara. “Ikut aku. Nanti aku akan jelaskan.”arah lelaki itu
sebelum mengorak langkah tidak memberi Faizal peluang untuk bertanya
apa-apa.
Sempat juga Faizal
menoleh ke belakang melihat kelibat Hisham dan bapanya sudah membolos
diri ke dalam kereta sementara Anami dan Anafi sedang menuju ke
kereta mereka pula. Tertanya juga dia kalau ke dua lelaki itu akan
mengekori mereka atau tidak.
Mulut Faizal gatal
sekali ingin bertanya ke mana mereka mahu pergi. Tetapi teringat
arahan Anaqi tadi dia terpaksa menahannya. Sekali-sekala dia
mengerling ke arah Anaqi yang hanya memandang ke hadapan dengan
senyuman bermain dibibir. Kedua belah tangan pula berada dalam kocek
baju kurung yang dipakainya.
Beberapa minit
mereka berjalan sehingga Anaqi berhenti langkah dihadapan dua tanah
perkuburan yang sama. Melihat kedua-dua nama yang tertera, Faizal
sudah tahu milik siapa tanah perkuburan itu.
“Semasa kau
outstation beberapa minggu lepas, Kira sudah kita bawa ke mari.”jelas
Anaqi sambil mengutip daun-daun kering yang berada dipermukaan
perkuburan itu.
“Kira ada
beritahu aku. Terima kasih. That is what she needs.”
Bila Kira beritahu
bahawa abang-abangnya telah membawa dia berjumpa dengan orang tua
kandungnya, dia tahu kehidupan isterinya itu sudah lengkap. Rindu
sudah berbalas dan kekosongan sudah diisi.
“Sekarang mereka
boleh tenang disana. Keluarga kita sudah bersatu kembali dan
kejahatan yang menghantui keluarga kita selama ini sudah tiada lagi.”
Faizal mendongak
bila suara Anami menyapa telinganya. Dilihat Anami dan Anafi berada
bertentangan dengan mereka, bunga ditabur dan air disiram.
Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Hari ini kita
bawa satu-satunya menantu lelaki mama dan papa. Lagi beberapa hari
lagi, keluarga kita akan tambah lagi satu. Menantu perempuan pertama
pula.”Anafi suara dengan senyuman bermain dibibir.
“Dan akan tambah
lagi satu ahli keluarga kecil molek juga. Cucu pertama mama dan
papa.”sambung Anafi.
“Mama dan Papa
jangan risau, In Sha Allah kami akan menjaga dan membesarkan keluarga
kita dengan penuh kasih sayang dan akhlak, sepertimana Mama dan Papa
membesarkan kami.”ujar Anami sebelum mereka bangkit untuk pulang ke
rumah.
**
Pinggan dan cawan
yang sudah bersih dicuci dan dilap disusun rapi oleh Kira bersama si
suami yang setia disisi sejak tadi. Sekali-sekala Faizal akan
menyuruh Kira menyuapkan buah yang sudah dipotong oleh Rina dan Mia.
Atiqah hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah anak lelakinya
itu. Manja betul sejak kecil. Segan juga dia dengan Norlia dan Umi
Fida yang turut perhatikan pasangan sejoli itu.
“Hish! Masuk
dapur pun sakit mata Ana ni Isha.” ujar Ana sebaik saja menjejak
kaki ke dapur bersama Isha.
Faizal melihat
adiknya itu menutup mata dengan tapak tangan lantas dia mencebik.
Kacau daunlah budak ni. Tak boleh tengok orang senang. Rungut Faizal
dalam hati.
“Sakit mata pergi
letak obat mata sana. Habis cerita.”perlinya.
Bahu Faizal ditepuk
Kira lembut. “Abang.”suara Kira. Tahu benar kalau dua beradik itu
mula bertekak, sampai esok tak habis.
“Betul apa
sayang. Kalau orang sakit mata lebih baik pergi periksa mata. Takut
pula rosak mata tu asyik menghadap handphone saja. Hah! Terlanjur
pergi doktor tu pergi periksa kepala sekali. Entah tembok mana
dihentak dia sejak beberapa minggu ni. Tengok fon mesti senyum macam
kambing, ketawa pula mengilai tak ingat dunia.”
Kira menampar
lengan Faizal kuat. Bila Faizal menoleh mata dia mencerlung besar
memberi amaran. Suami aku ni kalau mulut sudah berjalan, memang tak
tahu berhenti. Laju melulu saja. Apatahlagi sudah melihat muka Kira
yang sudah kelat.
“Eleh, abang tu
pun sama okay. Jangan ingat Ana tak tahu. Abang dekat ofis pun kalau
telefon bunyi saja, mesti senyum macam kambing, ketawa pula mengilai
tak ingat dunia.”
“Itu pun sebab
kak Kira ni hah yang mengacau abang dekat ofis. Ana tu? Mamat mana
entah. Abang tahu ke siapa dia ni? Tinggal mana? Kerja mana? Macam
mana kamu jumpa dengan dia? Ow! Ow! Ow!”
Semua yang berada
didapur itu cuba menahan ketawa bila Kira tiba-tiba memiat telinga
Faizal sebelum lelaki itu dapat selesai bercakap. Melihat Faizal
memegang tangan Kira sambil meminta dilepaskan sungguh melucukan.
Sempat Ana keluarkan telefon bimbitnya untuk merakamnya.
“Abang ni. Kalau
dah kena bontot ayam masa makan tadi, mulut tak boleh henti. Laju
saja jalan dia. Tak ada tengok kiri kanan. Apa Kira pula yang
mengacau abang dekat ofis? Dia yang asyik hantar mesej dekat orang. I
love youlah. Rindu sama youlah. Ni hah Kira piat telinga you.”marah
Kira. Telinga Faizal dipiatnya kuat sedikit.
“Aah! Aah!
Sakitlah sayang. Itulah siapa suruh masak bontot ayam habis tak henti
bercakap mulut abang ni hah.”rungut Faizal sambil mengusap
telinganya yang sudah merah.
Muncung dibibir
sambil menayang muka kasihannya tidak sama sekali dihiraukan Kira.
Padan muka dia.
“Dah, abang pergi
duduk sana dengan Daddy semua dekat depan. Rimas tau Kira abang
menempel saja.”
Cawan yang berada
diriba Faizal diambil Kira sambil menolak tubuh suaminya itu supaya
ke ruang depan. Bapa mertua dan abang-abangya ada didepan, satu
kumbang ni sesat pula dekat dapur.
“Alah, macamlah
abang tak tahu. Mulut saja cakap rimas, tapi hati cakap duduklah
dekat-dekat.”bisik Faizal lantas mengucup pipinya Kira.
Sebelum Kira dapat
bertindak, kelibat Faizal sudah mula meninggalkan dapur dengan hati
yang riang. Kira mengetap bibir. Boleh sakit hati kalau cakap dengan
suami aku ni. Ada saja kata balas dia.
“Faizal Khaliq!
Balik nanti kena dia.”
Langkah Faizal
terhenti dipembukaan masuk ke dapur. Dia menoleh ke belakang. “Kena
apa sayang? Kalau macam tu kita balik sekaranglah, tak sabar abang
nak tahu.” usik Faizal dengan senyuman nakal dibibir sebelum
berlari pantas bila melihat Kira membuat aksi ingin membaling cawan
yang berada dalam tangannya.
Kira melepaskan
nafasnya. Boleh sakit jantung dia dengan sikap Faizal yang satu ni.
Tangan naik mengusap perut bila merasai tendangan dari si kecil.
Serta-merta dia senyum sendiri.
“Sayang dah lahir
nanti jangan nakal sangat macam papa okay.”

Salam Mai bila nak sambung. Tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya
ReplyDeletesalam sis mai..novel ni tak dibukukan ke????
ReplyDeleteTingal lagi satu bab. Tp tak update2
ReplyDelete