Tuesday, 1 December 2015

Jangan Dustai Cinta Bab 79

Lagi satu bab sebelum JDC menutup tirai:B

Bab 79
Death due to suicide, self-strangulation.
“Rauf bunuh diri sendiri?”
Pertanyaan itu berulang kali bermain dikepala Faizal. Pertanyaan yang Faizal yakin bermain disetiap satu fikiran yang berada di ruang tamu itu. Faizal mendengar Anafi melepaskan keluhan. Rina, tunangnya Anafi mengusap lembut belakang lelaki itu. Senyuman kecil diberikan sebagai semangat.
Melihat senyuman itu, serta-merta membuat Faizal tersenyum juga. Sejak mereka berangkat pergi untuk bertemu dengan Deen dihospital, telefon lelaki itu tidak lekang dari telinganya. Banyak perkara yang harus diurus katanya.
“Maksud abang Fi, Rauf bunuh diri semasa dalam penjara?”
Anafi angguk mengiakan.
“Mia tak faham. How? Why?”
Sebaik saja mereka tiba dihospital, seorang pegawai polis menceritakan apa yang telah berlaku. Sejak kebelakangan ini Rauf semakin tidak waras. Fikirannya sentiasa terganggu. Bila berada dalam ruangnya, lelaki itu akan menjerit meminta tolong. Bila mereka berada diruang Rauf, lelaki itu kelihatan seperti tidak tentu arah. Meracau, membahayakan dirinya sendiri. Sebab itu Rauf diletak dalam ruang yang asing dari penjenayah yang lain selepas itu.
Kata pegawai yang menjumpai Rauf menjelaskan bahawa setiap kali mereka mendapatkan lelaki itu, Rauf akan berada disatu sudut ruang itu. Berpeluh, tidak terurus dan sedang menggerakkan kedua belah tangannya sepertinya sedang mengelak dari seseorang. Tetapi tiada sesiapa yang ada disitu. Bila Rauf akan sedar kehadiran mereka, lelaki itu akan pantas mendapatkan mereka. Meminta tolong, merayu dibawa ke ruang lain. Pada mulanya, mereka mengikutinya dan memindahkan Rauf ke ruang lain, tetapi perkara yang sama berlaku juga.
Sebaik saja Rauf dipisahkan ke ruang khas, seorang doktor psikiatri dipanggil. Doktor yang mereka jumpa tadi memberitahu mereka bahawa lelaki itu sentiasa menyebut nama Lisa dan kadang-kala dia akan menangis sambil memanggil Ana Farisha dan Dina. Tetapi setiap kali lelaki itu bersikap agresif adalah bila dia menyebut namanya Rizman. Juga nama terakhir yang lelaki itu sebut sebelum menghembus nafas terakhirnya.
“Dia semakin hilang waras.”
“Mungkin sebab tekanan berada dalam penjara?”agak Mia.
Anami yang memeluk tubuh menggeleng kepala. Pertanyaan yang sama juga diujarnya tetapi tidak masuk akal langsung.
“But he's been to prison before. For five years.”
“Mungkin sebab sudah masanya untuk dia kembali ke sang Pencipta.” Umi Fida bersuara membuat semua memandang ke arahnya lantas angguk setuju.
Kuasa Tuhan kadang-kala kita tidak akan dapat jelaskan sama sekali. Didunia kita ada doktor dan pakar untuk memberi pengesahan dan penjelasan tentang penyakit atau apa yang sedang berlaku didunia, tetapi kita tidak boleh lupa sama sekali bahawa kita semua adalah ciptaan Tuhan. Kadang-kala, doktor dan pakar tidak akan dapat menjelaskan sesuatu perkara.
“Kita tidak tahu bagaimana kita akan mati. Bila kita akan mati. Tetapi apa yang kita tahu adalah mati itu adalah pasti. Apa yang terjadi pada Rauf, kita boleh katakan dia tertekan dalam penjara dan rasa bersalah sebab itu dia mula berhalusinasi. Tetapi kita tidak boleh lupa tentang agama juga.”sambung Umi Fida membuat semua anak muda akur.
Norlia yang menjadi pemerhati dan pendengar sedari tadi memberi buah fikirannya pula. “Betul cakap Umi Fida. Walaupun Rauf telah menyakiti kita tetapi kini dia sudah tiada. Maafkanlah dia, halalkan makan dan minum dia dan doakanlah untuk dia dialam sana. Hanya itu saja cara yang kita boleh menolongnya, walaupun dia telah menyalahkan kita.”
“Majilis Fi dan Mia boleh ditundakan sehingga ini semua selesai. ”
Anaqi menggeleng tidak setuju dengan cadangan Anafi.
“Majilis pernikahan kamu berdua akan langsung seperti biasa. Selepas jenazah selamat dikebumikan esok, kita akan bacakan yasin untuk arwahnya sekali.Untuk arwah papa, mama dan semua yang telah kembali pada-NYA. Tetapi pernikahan Fi dan Mia akan diteruskan seperti biasa.”tegas Anafi.
Dia tidak mahu menunda apa yang telah ditunda bertahun lama. Anafi dan Mia sudah lama bersama dan sudah lama menantikan hari pernikahan mereka itu. Dia tidak mahu hanya kerana Rauf, adiknya itu harus menangguh hari kebahagiaannnya buat sekian kalinya. Meraka perlukan hari bahagia ini setelah semua yang mereka telah harungi.
**
Tangan disalam antara satu sama lain. Salam takziah diucapkan buat sekian kali. Satu persatu beransur pergi untuk pulang sebaik saja jenazah telah selamat dikebumikan. Peluh yang mericik didahi masing-masing diseka. Baju yang dipakai digunakan sebagai kipas dan tuala. Panas terik sejak pagi tadi semakin membakar tambah pula tiada angin yang meniup. Faizal dan abang-abang iparnya melipat tikar yang dibawa mereka sebelum melangkah pergi meninggalkan jasad Rauf dirumah terakhirnya.
“Alhamdulillah semua sudah selesai.” suara Deen sebaik saja mereka tiba dikereta.
Semua angguk mengiakan. Memang lega mereka bila semua sudah selamat dilaksanakan. Memang agak sukar pada mulanya untuk mereka menerima dan melakukan ini semua untuk lelaki yang membawa huru-hara kehidupan mereka, tetapi kata pesan Umi Fida kepada mereka pada hari sebelumnya berngiang difikiran masing-masing.
“Uncle dan Aunty minta diri dulu, kami mahu jenguk orang tuanya Lisa. Takut tak sempat pula nanti. Maaf kami tak dapat datang untuk majilis perkahwinan kamu Fi.”
Anami menepuk bahu Deen yang telah banyak menolong mereka itu. Lusa lelaki itu akan bertolak ke Australia bersama isteri barunya, Dahlia. Masih segar diingatan majilis kecil yang diadakan untuk menyambut penyatuan dua hati itu. Ringkas sekali.
“Tak mengapa uncle. Kami faham. Tugas uncle Deen dan aunty Dahlia sudah selesai disini. Sudah masanya untuk uncle dan aunty mulakan hidup baru, sepertimana kami semua disini.”
“Flight uncle jam berapa lusa? In Sha Allah kalau sempat kami akan datang ke lapangan terbang.”suara Hisham pula.
Deen memandang ke isterinya disisi. “Jam lapan malam Sham. In Sha Allah kita jumpa lusa nanti.”jawab Dahlia bagi pihak suaminya.
“Baiklah, kami kena bergerak ni. Kirim salam Kira semua ya dekat rumah.”
“In Sha Allah. Terima kasih uncle Deen, aunty Dahlia atas semuanya. Tidak tahulah apa yang terjadi kepada keluarga kami kalau aunty dan uncle tak ada.”
“Kami lakukan ini untuk orang tua kamu. Tambah lagi, untuk menebus dosa-dosa lama uncle juga.” Balas Deen dengan suara sedikit sebak. Dahlia megusap belakang suaminya bila dapat merasakan kesedihan dan kesesalan yang masih berselimut didada.
Faizal melihat Deen menoleh ke arah Dahlia dengan bibir yang menarik senyuman. Serta-merta membuat dia tersenyum juga. Teringat dia pula pada Kira dirumah.
Mereka berpeluk dan berjabat tangan antara satu sama lain. Kata ucapan terima kasih diucapkan berulang kali. Senyuman dibalas dan ucapan selamat tinggal dan jumpa lagi sebagai kata pemisah sebelum kelibat kereta pasangan suami isteri itu hilang dari pandangan.
**
Faizal melihat Anaqi yang berdiri seorang diri menghadap tanah kuburan sedang mengelamun jauh sebelum menutup mata bila tiba-tiba tiupan angin dirasai mereka. Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Baru Faizal ingin menghampiri sebaik saja menghulur tikar kepada Hisham, Faizal melihat abang kandung Kira itu sudah bergerak beberapa langkah dari mereka. Kerana bingung dengan abang iparnya yang satu itu dia menuju ke arah Anaqi.
Sepertinya Anaqi dapat merasa kehadiran Faizal, lelaki itu membuka mulut untuk bersuara. “Ikut aku. Nanti aku akan jelaskan.”arah lelaki itu sebelum mengorak langkah tidak memberi Faizal peluang untuk bertanya apa-apa.
Sempat juga Faizal menoleh ke belakang melihat kelibat Hisham dan bapanya sudah membolos diri ke dalam kereta sementara Anami dan Anafi sedang menuju ke kereta mereka pula. Tertanya juga dia kalau ke dua lelaki itu akan mengekori mereka atau tidak.
Mulut Faizal gatal sekali ingin bertanya ke mana mereka mahu pergi. Tetapi teringat arahan Anaqi tadi dia terpaksa menahannya. Sekali-sekala dia mengerling ke arah Anaqi yang hanya memandang ke hadapan dengan senyuman bermain dibibir. Kedua belah tangan pula berada dalam kocek baju kurung yang dipakainya.
Beberapa minit mereka berjalan sehingga Anaqi berhenti langkah dihadapan dua tanah perkuburan yang sama. Melihat kedua-dua nama yang tertera, Faizal sudah tahu milik siapa tanah perkuburan itu.
“Semasa kau outstation beberapa minggu lepas, Kira sudah kita bawa ke mari.”jelas Anaqi sambil mengutip daun-daun kering yang berada dipermukaan perkuburan itu.
“Kira ada beritahu aku. Terima kasih. That is what she needs.”
Bila Kira beritahu bahawa abang-abangnya telah membawa dia berjumpa dengan orang tua kandungnya, dia tahu kehidupan isterinya itu sudah lengkap. Rindu sudah berbalas dan kekosongan sudah diisi.
“Sekarang mereka boleh tenang disana. Keluarga kita sudah bersatu kembali dan kejahatan yang menghantui keluarga kita selama ini sudah tiada lagi.”
Faizal mendongak bila suara Anami menyapa telinganya. Dilihat Anami dan Anafi berada bertentangan dengan mereka, bunga ditabur dan air disiram. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Hari ini kita bawa satu-satunya menantu lelaki mama dan papa. Lagi beberapa hari lagi, keluarga kita akan tambah lagi satu. Menantu perempuan pertama pula.”Anafi suara dengan senyuman bermain dibibir.
“Dan akan tambah lagi satu ahli keluarga kecil molek juga. Cucu pertama mama dan papa.”sambung Anafi.
“Mama dan Papa jangan risau, In Sha Allah kami akan menjaga dan membesarkan keluarga kita dengan penuh kasih sayang dan akhlak, sepertimana Mama dan Papa membesarkan kami.”ujar Anami sebelum mereka bangkit untuk pulang ke rumah.
**
Pinggan dan cawan yang sudah bersih dicuci dan dilap disusun rapi oleh Kira bersama si suami yang setia disisi sejak tadi. Sekali-sekala Faizal akan menyuruh Kira menyuapkan buah yang sudah dipotong oleh Rina dan Mia. Atiqah hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah anak lelakinya itu. Manja betul sejak kecil. Segan juga dia dengan Norlia dan Umi Fida yang turut perhatikan pasangan sejoli itu.
“Hish! Masuk dapur pun sakit mata Ana ni Isha.” ujar Ana sebaik saja menjejak kaki ke dapur bersama Isha.
Faizal melihat adiknya itu menutup mata dengan tapak tangan lantas dia mencebik. Kacau daunlah budak ni. Tak boleh tengok orang senang. Rungut Faizal dalam hati.
“Sakit mata pergi letak obat mata sana. Habis cerita.”perlinya.
Bahu Faizal ditepuk Kira lembut. “Abang.”suara Kira. Tahu benar kalau dua beradik itu mula bertekak, sampai esok tak habis.
“Betul apa sayang. Kalau orang sakit mata lebih baik pergi periksa mata. Takut pula rosak mata tu asyik menghadap handphone saja. Hah! Terlanjur pergi doktor tu pergi periksa kepala sekali. Entah tembok mana dihentak dia sejak beberapa minggu ni. Tengok fon mesti senyum macam kambing, ketawa pula mengilai tak ingat dunia.”
Kira menampar lengan Faizal kuat. Bila Faizal menoleh mata dia mencerlung besar memberi amaran. Suami aku ni kalau mulut sudah berjalan, memang tak tahu berhenti. Laju melulu saja. Apatahlagi sudah melihat muka Kira yang sudah kelat.
“Eleh, abang tu pun sama okay. Jangan ingat Ana tak tahu. Abang dekat ofis pun kalau telefon bunyi saja, mesti senyum macam kambing, ketawa pula mengilai tak ingat dunia.”
“Itu pun sebab kak Kira ni hah yang mengacau abang dekat ofis. Ana tu? Mamat mana entah. Abang tahu ke siapa dia ni? Tinggal mana? Kerja mana? Macam mana kamu jumpa dengan dia? Ow! Ow! Ow!”
Semua yang berada didapur itu cuba menahan ketawa bila Kira tiba-tiba memiat telinga Faizal sebelum lelaki itu dapat selesai bercakap. Melihat Faizal memegang tangan Kira sambil meminta dilepaskan sungguh melucukan. Sempat Ana keluarkan telefon bimbitnya untuk merakamnya.
“Abang ni. Kalau dah kena bontot ayam masa makan tadi, mulut tak boleh henti. Laju saja jalan dia. Tak ada tengok kiri kanan. Apa Kira pula yang mengacau abang dekat ofis? Dia yang asyik hantar mesej dekat orang. I love youlah. Rindu sama youlah. Ni hah Kira piat telinga you.”marah Kira. Telinga Faizal dipiatnya kuat sedikit.
“Aah! Aah! Sakitlah sayang. Itulah siapa suruh masak bontot ayam habis tak henti bercakap mulut abang ni hah.”rungut Faizal sambil mengusap telinganya yang sudah merah.
Muncung dibibir sambil menayang muka kasihannya tidak sama sekali dihiraukan Kira. Padan muka dia.
“Dah, abang pergi duduk sana dengan Daddy semua dekat depan. Rimas tau Kira abang menempel saja.”
Cawan yang berada diriba Faizal diambil Kira sambil menolak tubuh suaminya itu supaya ke ruang depan. Bapa mertua dan abang-abangya ada didepan, satu kumbang ni sesat pula dekat dapur.
“Alah, macamlah abang tak tahu. Mulut saja cakap rimas, tapi hati cakap duduklah dekat-dekat.”bisik Faizal lantas mengucup pipinya Kira.
Sebelum Kira dapat bertindak, kelibat Faizal sudah mula meninggalkan dapur dengan hati yang riang. Kira mengetap bibir. Boleh sakit hati kalau cakap dengan suami aku ni. Ada saja kata balas dia.
“Faizal Khaliq! Balik nanti kena dia.”
Langkah Faizal terhenti dipembukaan masuk ke dapur. Dia menoleh ke belakang. “Kena apa sayang? Kalau macam tu kita balik sekaranglah, tak sabar abang nak tahu.” usik Faizal dengan senyuman nakal dibibir sebelum berlari pantas bila melihat Kira membuat aksi ingin membaling cawan yang berada dalam tangannya.
Kira melepaskan nafasnya. Boleh sakit jantung dia dengan sikap Faizal yang satu ni. Tangan naik mengusap perut bila merasai tendangan dari si kecil. Serta-merta dia senyum sendiri.

“Sayang dah lahir nanti jangan nakal sangat macam papa okay.”

3 comments:

  1. Salam Mai bila nak sambung. Tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya

    ReplyDelete
  2. salam sis mai..novel ni tak dibukukan ke????

    ReplyDelete
  3. Tingal lagi satu bab. Tp tak update2

    ReplyDelete