Sunday, 11 October 2015

Jangan Dustai Cinta Bab 74

Bab 74
Mendengar suara itu membuat bulu roma Kira naik. Hatinya yang sudah berdegup kencang kini semakin melaju. Suara Hisham sudah tidak dapat didengarinya bila suara itu semakin kuat didengarinya diikuti oleh bunyi barang yang pecah.
“Kira lari cepat, ikut pintu belakang.” Arah Norlia kepada Kira.

Tubuh anak muda itu didorongnya ke arah pintu menuju ke halaman belakang, tetapi Kira tidak berganjak, malah kedua belah tangan Norlia dipegangnya.
“Tidak. Kira tidak akan tinggalkan ibu dekat sini.” Kepala digeleng berkali-kali.
Dia tidak setuju sama sekali dengan arahan yang diberi ibunya itu. Lisa disini kerana dia dan bukan untuk Norlia. Dengan apa yang telah terjadi dan dengan keadaan Lisa yang tidak sihat, dia takut kalau ditinggalkan ibunya seorang diri, sesuatu yang tidak dikehendaki akan berlaku.
“Ooo Kira! Dimana kau? Kau tak mahu jemput tetamu kau ke?” Suara Lisa bergema sekali lagi.
Kira menarik tangan Norlia menuju ke arah masuk kedua yang berdekatan dengan tangga untuk ke atas. Dengan hati yang penuh debar mereka bergerak. Hisham dalam perjalanan. Dia tahu sebaik saja dia panggilan tamat, abangnya itu sudah menelefon pihak polis. Sekarang dia harus melakukan apa saja demi ibunya. Demi anak yang bakal dilahirkan.
Mata Kira memandang tangga yang berada tidak jauh dari mana dia dan Norlia berada. Dengan mengira dengan jari kepada Norlia untuk bergerak dari kiraan tiga, dua beranak itu berlari dengan pantas untuk menuju ke arah tangga.
Bunyi barang pecah dari dapur sebaik saja mereka menaiki tangga membuat Kira menyuruh ibunya pantas naik ke atas. Lisa semakin menghampiri. Mengikuti langkah Norlia, Kira memanjat tangga ke atas. Baru saja Kira mahu melepaskan nafas yang lega sebab sudah baru separuh jalan ke atas, kelibat Lisa dihujung tangga membuat matanya membuntang besar.
Sungguh berbeza sekali Lisa yang berada didepannya sekarang dengan Lisa yang dia kenal buat pertama kali. Rambut yang tidak terurus. Muka yang comot, sepasang mata yang kelihatan kosong. Tetapi apa yang sungguh mengerikan bukan senyuman yang bermain dibibir yang dahulunya sentiasa merah menyala. Senyuman yang menjanjikan sesuatu yang tidak Kira inginkan sama sekali. Tetapi apa yang berada didalam tangan Lisa.
Seakan dapat meneka apa yang sedang bermain difikirannya Kira, tangan yang menggenggam erat sebelah pisau diangkat Lisa perlahan.
“Kau kenal ni?” Soal Lisa sambil mengusap pisau itu.
“Aku pinjam dari dapur kau. Bila aku dah selesai gunakannya aku akan pulangkan.”
Tanpa melengah Kira memanjat tangga sepantas yang dia boleh dengan perutnya yang membesar. Jeritan yang kuat dan derapan kaki yang mendekati membuat langkah Kira semakin melaju. Selaju degupan jantungnya yang menderu. Pasu yang berada berdekatan dengannya dicapai dan dicampak ke arah Lisa, tetapi perempuan itu mengelaknya.
“Miss me.” Ujar Lisa dengan senyuman yang semakin sinis.
“Kira!”
Norlia yang berada didalam bilik kerja Faizal menjerit memanggil anaknya itu. Tanpa lengah kaki Kira menuju ke arah itu. Sempat dia menoleh ke belakang. Kelibat Lisa semakin menghampiri.
Daun pintu ditutupnya sebaik saja dia membolos ke dalam. Jeritan yang lantang dari Lisa membuat Kira semakin panik bila perempuan itu semakin menghampiri. Pintu ditutup dengan kuat dan jari ingin mengunci pintu tetapi pulasan tombol dan hentakan kuat dari luar membuat Kira menggelabah.
Norlia cuba membantu Kira tetapi pintu sudah terkuak sedikit dari luar dan tanpa lengah Norlia dan Kira menolak daun pintu dengan tubuh mereka sedaya upaya yang mungkin. Jeritan dari Lisa disebalik pintu bergema sekali lagi. Tetapi jeritan Kira dan Norlia pula kedengaran bila tiba-tiba tangan Lisa membolos pembukaan kecil pintu itu. Tanpa memikir panjang Kira menggigit tangannya Lisa dengan kuat.
Jeritan Lisa yang tadi berbaur ancaman kini berubah menjadi kesakitan. Tetapi apa yang Kira tidak dapat jangka adalah tindakan Kira itu adalah kesilapan yang besar. Beberapa saat saja gigitan tangan Lisa terlepas dan tubuh Kira terhayun ke belakang mendarat ke meja kerjanya Faizal. Muka Kira berkerut. Sakit.
Baru saja Kira mahu mengimbangkan kembali tubuhnya dan ingin mendapatkan Norlia yang berada diatas lantai, pintu yang terkuak luas itu menarik perhatiannya. Lisa yang sedang membuka dan mengepal tangan yang baru digigit Kira mengangkat kepalanya dan pada saat itu dua pasang mata yang penuh emosi yang bercanggah bersatu.
Aksi Kira itu telah membuat api kemarahan Lisa semakin membakar. Senyuman sinis dan kerdipan mata dari Lisa menyakinkan Kira.
“Sekarang giliran aku.”
**
Tersenyum riang sambil benyanyi kecil Faizal bila mengingati kembali isterinya yang ditinggalkan tadi. Aksi Kira menunjuk tumbukan sulungnya itu sungguh mencuitkan hati. Dia yakin mesti Kira sedang muncung seribu sebab diusiknya tadi dan siapa lagi kalau dicari untuk meluahkan perasaan kalau bukan? Eh! Bukan ibu mertuanya yang berada dirumah mereka itu, tetapi kucing kesayangan dia tu hah. Siapa lagi kalau bukan isi Pak Tam.
Faizal mengeluh. Baru sekejap mereka berpisah, dia sudah rindu. Inilah akibatnya kalau mencintai sesorang lebih dari dirinya. Idea untuk menelefon Kira untuk memujuk isterinya itu dan pada masa yang sama melepaskan rindu difikirkannya.
Tangan meraba ke tempat dimana selalu diletak telefon bimbitnya tetapi tidak ada. Sambil memandu, tangan kirinya memeriksa poket seluar dan bajunya tetapi tidak ada juga.
“Alamak!” Dahi ditepuk Faizal bila dia tahu dimana telefon bimbitnya berada. Tertinggal dirumah dan berada diatas meja kopi. Itulah suka sangat kenakan orang sekarang sendiri juga yang kena.
Kereta yang dipandu menuju ke pejabat bertukar arah kembali ke rumahnya. Susah kalau tidak ada telefon bimbitnya sehari suntuk nanti. Dengan keluhan Faizal memusingkan kereta.
“Mesti Kira gelakkan aku nanti. Padan muka kau juga. Kenakan isteri mengandung sekarang siapa yang susah? Kau juga.” Bebel Faizal seorang diri.
Beberapa minit kemudian kereta dihentikan diluar rumah, malas mahu memandu ke dalam rumah sebab dia hanya sebentar sahaja. Sebaik saja dia membolos keluar, kereta yang amat dikenalinya menghampiri.
“Abang Sham.”
“Zal! Mana Kira?” Soal Hisham sebaik saja lelaki itu membuka pintu kereta. Faizal hairan dengan pertanyaan abang iparnya itu. Apatahlagi, riak muka Hisham yang gelisah.
Baru saja Faizal ingin menjawab sebuah lagi kereta berhenti secara mendadak berhampiran dimana dia dan Hisham berada. Anaqi dan Anami menghampiri mereka, dua-dua mempunyai reaksi yang sama persis Hisham. Faizal semakin tidak keru.
“Kenapa ni?” Soal Faizal memandan tiga lelaki didepannya itu.
Anaqi maju setapak. “Lisa lari dari hospital mental.”
Buntang besar matanya Faizal dengan apa yang baru disampaikan Anaqi. “Lisa lari dari hospital? Macam mana ni boleh berlaku?” Bertalu-talu pertanyaan yang keluar dari mulut Faizal.
Lisa lari dari hospital adalah satu masalah yang besar buat mereka. Perempuan itu boleh berada dimana saja, termasuk...
“Kira dan ibu dekat dalam!”
Baru saja Faizal ingin mengorak langkah, tangan Hisham dilenggan Faizal menghentikannya.
“She's in there. Lisa ada didalam.”
Bagai hendak henti jantung Faizal sebaik saja tiga perkataan itu keluar dari mulut Hisham. Lisa ada didalam. Norlia dan Kira juga ada didalam. Ya Allah!
Faizal merentap tangan Hisham dan berlari menuju ke pintu pagar yang tertutup rapat itu. Kira dan Norlia bermain difikirannya. Berulang kali dia berdoa kepada Tuhan mereka tidak diapa-apakan. Sebaik saja pintu pagar dibukanya dia menolak kuat pagar itu dan tnap lengah menuju ke pintu utama.
Baru selangkah yang diambilnya tiba-tiba bunyi kaca pecah dan ngiauan kuat dari arah bilik kerjanya menyapa telinga mereka. Langkah Faizal terhenti bila melihat tubuh kecil Pak Tam mendarat ditanah. Jeritan Kuat Kira pula menyusuli.
Melihat kondisi kucing kesayangan isterinya itu dan diikuti oleh jeritan lantang Kira kembali membuat langkah Faizal hidup kembali. Dia harus mendapatkan Kira dan Norlia. Dia harus menghalang apa saja yang ingin dilakukan Lisa. Dia harus menyelamatkan keluarganya.
Kondisi rumah yang seperti tongkang pecah tidak diendahkannya sama sekali. Fokusnya hanya satu. Kira. Tangga dipanjat pantas, tidak sekali pun memandang ke belakang untuk memastikan yang lain mengikutinya.
Tangisan Kira yang meragut hati kecilnya menyapa telinga Faizal sebaik saja dia memanjat tangga yang terakhir.
Mulutnya terbuka dan matanya liar melihat apa yang tersebar didepannya. Mata dia dan Kira bertemu bila isterinya itu mengangkat kepala. Sepertimana dia sedang tercungap-cungap sebegitu juga Kira. Mata Faizal mengekori gerak mata isterinya itu yang berakhir ditangan Kira.
“Kira.”
Pantas pisau yang berada dalam genggaman Kira jautuh mencium lantai. Isterinya itu mengensot tubuhnya ke belakang sehingga dia menghentak tembok dibelakangnya. Faizal pantas mendapatkan Kira yang meggelabah. Tubuh Lisa yang terbaring disebelah Kira tadi dipandangnya sekilas. Darah yang meresap ke baju perempuan itu semakin membesar. Darah sama yang berada dipermukaan pisau itu.
“Kira.”
Dengan lembut Faizal memanggil nama wanita yang dicintainya itu. Perlahan dia menurunkan tubuhnya dan berada tepat didepan Kira dan pada masa yang sama melindungi pandangan Kira dari tubuh Lisa.
“Sayang. It's over.”
Tangan Faizal melekap ke tangan Kira yang menyilang diatas lutunya. Muka Kira yang berada diatas lengan diusapnya perlahan, cuba mendapat perhatian Kira yang masih terhala ke arah tubuh Lisa sejak tadi.
Perlahan mata Kira beralih ke Faizal. Air mata yang mengalir diseka Faizal. “Kira sayang.” Hampir terjatuh ke belakang tubuhnya Faizal bila secara mendadak Kira memeluknya dengan kuat.
“Abang dekat sini sayang. I'm here.” Pelukan tubuh Kira dieratkannya. Dalam hati memanjat syukur kerana isterinya tidak apa-apa.
Dada Faizal mula membasah bila tangisan Kira semakin menjadi. Belakang Kira diusapnya dan kepala Kira dikucupnya berkali-kali. Bibir tanpa henti mengeluarkan kata-kata bagi mententeramkan isterinya.
“Ibu!”
Kira meleraikan pelukannya membuat Faizal melakukan perkara yang sama. Tubuhnya dijarakkan bila Kira menolaknya ke tepi. Kini mata isterinya menghala ke arah Hisham dan Norlia yang berada di depan meja kerjanya.
“Sayang.” Faizal memanggil isterinya itu tetapi Kira tidak mengendahkannya langsung. Malah tangan Faizal yang ingin mendapatkannya ditepis sementara dia merangkak ke arah dimana Norlia berada.
Hisham ditolak Kira ke tepi. Tubuh Norlia yang berada dipangkuan Hisham kini berada diribanya Kira pula.
“Ibu...” Pipi Norlia diusap dan dikucap berulang kali. Air mata yang mengalir tanpa henti melihat kondisi ibunya itu jatuh membasahi dahi Norlia.
“Abang Sham kita kena bawa ibu pergi hospital. Cepat abang Sham! Kita bawa ibu pergi hospital. Cepat!” Jerit Kira. Tubuh Hisham disebelahnya digoncang kuat tetapi abangnya yang turut mengalir mata sambil tangan menekan kuat tikaman diperut Norlia tidak berganjak langsung.
Kendengaran bunyi siren kereta polis yang semakin menghampiri. Tetapi ia tidak sama sekali mengalih tumpuan semua yang berada disitu.
“Ambulans dah datang ibu. Ibu kena tahan okay. Ibu kena kuat. Ibu tak boleh tinggalkan Kira. Kira tak izinkan.” Rintihan Kira membuat bukan saja Faizal yang mengalir air mata, tetapi Anafi dan Anami juga.
Faizal yang berada dibelakang isterinya melihat Norlia mecapai tangan Kira sementara lagi satu berada diatas tangannya Hisham yang sedang menekan diperut.
“Ibu o..okay. Ja..jangan risau.” Bisik Norlia dengan senyuman kecil dibibir.
Faizal menekan tubir matanya yang semakin hangat. Norlia sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Melihat kesakitan yang ditanggung Norlia dan pada masa yang sama sedaya upaya mengurangkan resah anaknya itu membuat Faizal sesak. Ia sepertinya adegan yang sentiasa dilihatnya dalam televisyen. Tetapi sekarang ia sebauh realiti. Wanita yang sedang bertarung nyawa adalah ibu mertuanya sendiri. Ibu yang membesarkan isterinya sejak kecil lagi. Ibu yang telah menerima dia seadanya.
“Janji dengan I...ibu. Ka..kamu berdua akan jaga a..adik-adik kamu.”
“Ibu jangan cakap macam tu. Ibu akan selamat. Betulkan abang Sham? Betulkan abang?” Soal Kira kepada Hisham yang tidak menggeleng atau angguk.
Kira memandang Anafi dan Anami yang turut memberi reaksi yang sama. Bila giliran Faizal pula, dia hanya dapat menarik bibirnya kecil saja. Tarikan kecil yang tidak sama sekali menjawab pertanyaan Kira itu. Tangan Norlia yang beralih ke pipi Kira menarik perhatian anak perempuannya itu kembali padanya.
“Ibu tak boleh tinggalkan Kira. Kira masih perlukan Ibu. Cucu ibu perlukan ibu. Ibu kena kuat untuk kita semua ibu. Tolong jangan tinggalkan Kira ibu. Tolonglah ibu.” Rayu Kira.
Meruntun hati Faizal mendengar rintihan hati isterinya itu. Bahu Kira didakap Faizal. Tidak tahu cara apa lagi untuk mententeramkan isterinya itu.
“Ibu sayangkan kamu sem...semua. Ingat itu. Ibu...” Norlia batuk sekali. Dua kali, membuat semua semakin cemas. Anafi berlalu untuk ke bawa. Tangisan Kira semakin menjadi.
“Mengucap ibu.” Akhirnya suara Hisham yang serak itu kedengaran.
Hisham menekan kuat lukanya Norlia itu sambil air mata menitis dengan deras. “Ibu. Ibu. Ibu tolong jangan tinggalkan kami. Tolong ibu!” Semakin kuat jeritan Kira dan pada masa yang sama pegawai perubatan tiba bersama beberapa pegawai polis.
Faizal menarik tubuh Kira ke tepi untuk membenarkan pegawai perubatan melakukan kerja mereka. Tetapi isterinya itu menepis dan menolaknya tidak mahu akur.
“Please sayang, jangan macam ni. Biar mereka tolong ibu.”
Rayuan dan tangisan Kira semakin menjadi membuat Faizal risau tentang kandungan isterinya itu. Mengguna kekuatannya dia memeluk tubuh Kira dari belakang. Rontaan isterinya itu semakin menjadi.
“Stop it Kira. Stop it! Ingat baby dalam perut.” Bisiknya tegas ditelinga Kira.
“Ibu. Ibu tak boleh tinggalkan Kira abang. Ibu tak boleh tinggalkan Kira.”
Berulang kali Kira mengatakan ayat itu. Berulang kali Faizal mengusap belakang kepala Kira yang sudah tersembam didadanya. Berulang kali dia berdoa meminta Norlia selamat.
Dari ekor mata Faizal melihat seorang lagi pegawai perubatan berada disisi Lisa. Pada masa yang sama Norlia sudah diusung keluar dari ruang itu.
“Biar aku ikut ibu. Zal kau...”
“No. Kira nak ikut ibu. Kira nak berada dengan ibu, abang Sham.” Pintas Kira dari dakapannya Faizal. Isterinya itu dengan sukar cuba bangkit dari lantai baru saja selangkah tubuh Kira tiba-tiba terkulai ke arah Faizal yang sempat menangkapnya.
“Kira!”



1 comment: