Nafas
lega dilepaskan Kira sebaik saja menghenyak tubuhnya ke sofa diruang
tamu. Kaki yang rasa letih itu diangkatnya ke atas kopi meja
didepannya. Penat sungguh hari pertama kedai bunga Lia beroperasi.
Ramai juga pelanggan yang datang untuk membeli bunga. Itu pun sebab
promosi yang dilakukan oleh ahli keluarga dan sahabat handai mereka.
Hampir tidak ditangani mereka dibuatnya. Nasib baiklah Mim, Mummy,
Mia ada datang turun. Abang-abangnya dan suaminya sendiri juga
datang. Tetapi dihalau oleh Isha ke kafe Faryal bila hanya berdiri
berborak sesama sendiri.
Apa
yang membuat hari pertama itu sungguh berbaloi sekali adalah melihat
senyuman ibu mereka sedang dia berinteraksi dengan pelanggan.
Dijelaskan tentang apa makna bunga yang dipilih mereka, bunga apa
yang sesuai untuk dibagi dan segalanya. Apa yang dia tahu adalah
membuat angan-angan ibu mereka menjadi realiti membuat dia sekeluarga
tersenyum bangga.
Senyuman
Kira sedikit kendur bila mengingati arwah ayahnya. Masih segar
diingatan setiap kali ibu dan ayahnya itu meluangkan masa bersama
bercucuk tanam. Ada saja gurauan dan gelak ketawa yang diiringi.
Mereka adik-beradik sedaya-upaya tidak mengacau pasangan sejoli itu
kalau mereka sedang 'berdating' ditaman kecil dibelakang halaman
mereka. Kadang-kala mereka adik beradik akan mengusik pasangan itu
sehingga merah muka ibu mereka dibuatnya.
Bingkai
gambar yang berada meja kecil sebelah sofa dicapainya. Gambar
terakhir mereka sekeluarga sebelum arwah ayah pergi buat selamanya.
Ibu jari mengusap gambar ayahnya yang tersenyum lebar disebelah ibu
mereka.
“Ayah,
Kira rindu ayah. Tapi Kira tahu ayah bahagia disana. Kami sudah
realisasikan cita-cita ibu seperti dimahukan ayah. She's happy ayah
dan Kira tahu kalau ayah disini pasti ayah akan turut bahagia juga.”
Tanpa
Kira sedari, bisikan kecilnya itu didengari bukan saja Faizal yang
berada dihujung tangga tetapi, Norlia yang berada disebalik tembok
pemisah antara mereka. Dia mengesat air mata tersentuh dengan lauahan
anak perempuannya itu. Dia benar-benar bersyukur diberi sebuah
keluarga yang melengkapi satu sama lain.
Faizal
menarik nafasnya yang dalam sebelum dia menuruni tangga terakhir dan
menuju ke arah ruang tamu. Bila dia terserempak dengan mak mertuanya
yang sedang mengesat mata dengan hujung baju, kakinya terhenti.
Tetapi Norlia memberi isyarat kepadanya supaya meneruskan langkah.
“Penat
iya isteri abang yang comel ni?” Soal Faizal lantas menyubit pipi
Kira sebelum melabuh duduk dibahu sofa yang diduduki isterinya itu.
Kira
melentok kepalanya diriba Faizal. Usapan rambutnya oleh jari-jemari
Faizal membuat dia rasa didodoi. Mengantuk.
“Sayang,
abang nak kena keluar sekejap ni.”
Kepala
Kira naik. “Keluar? Abang baru balik dah nak keluar.” Muncung
Kira.
Faizal
gelak kecil dengan telatah isterinya itu. Haiz, Daisy dah muncul dah.
“Sekejaplah
sayang. Abang terlupa barang dekat ofis. Kelam-kabut nak ambil sayang
dekat kedai tadi, abang terlupa pula.”
Kira
menjarakkan dirinya dari tubuh Faizal. Muka suaminya dipandang dengan
mata yang dikerdip. “Salahkan Kiralah ni.” Ujarnya.
“Mestilah.”
Gurau Faizal dengan saja.
Mendengar
satu perkataan itu, Kira angguk kepalanya berulang-kali. Oh, sedapnya
dia cakap. Aku yang salah dia terlupa barang dekat ofis. Okay, ini
Ana Kira tau tidak ada sesiapa yang boleh kenakan dia. Termasuk mamat
sebelah ni.
“Okay-okay.
Kalau macam tu, lain kali abang tak payah ambil Kira lagi. Kira boleh
naik teksi okay. Atau lagi best, Kira boleh drive balik.”
Tubuh
dipeluk Faizal geli hati dengan kata-kata isterinya itu. Nak drive
balik konon. Cheh! “Sayang nak drive apa? Kereta mainan? Kereta
dekat arked tu? Kereta yang abang belikan pun, Ana yang pakai
sekarang.” Perli Faizal.
Jelingan
maut diberi Kira. Dia meniru aksi Faizal yang sedang memeluk tubuh.
Bibir mencebik jauh sebelum senyuman nakal terlakar dibibir.
“Apa
susah, Kira beli kereta yang barulah. Pakai kad kredit abang yang
berlambak tu, atau lebih best, Kira tulis saja jumlahnya dekat cek
kosong yang abang dah sign tu. Habis cerita. Taklah Kira susahkan
abang lagi.”
Sorak
riang dalam hati dibuatnya Kira bila Faizal tidak membalas terus
kata-katanya itu. Siapa menang? Ana Kiralah.
Faizal
perhatikan tubuh isterinya yang berada tidak jauh darinya. Melihat
bibir Kira yang bergerak menahan senyuman itu membuat satu akal nakal
muncul tiba-tiba. Dia bangkit dari duduknya dibahu sofa dan
mengeluarkan telefon bimbit dan dompet dari kocek seluar yang
dipakainya. Tangan meraba-raba mencari sesuatu.
Kira
yang dari ekor mata melihat gerak-geri Faizal menoleh. “Abang buat
apa tu?” Soalnya hairan dengan reaksi suaminya itu. Apatahlagi riak
wajah yang serius dimuka Faizal.
Semakin
hairan Kira dibuatnya bila Faizal menyua kunci kereta kepadanya.
“Abang bagi kunci kereta abang buat apa?” Wajah Faizal yang masih
serius seperti tadi dipandangnya.
Suaminya
itu terasakah dengan apa yang dikatakannya tadi? Bisik hati kecil
Kira. Takut juga kalau gurauannya itu telah menyinggung perasaan
Faizal.
“Kira
cakap nak drive sendiri. Jadi abang bagi kereta abang.”
Tangan
Kira dicapai dan kunci kereta diberinya.
“Habis
tu abang nak drive apa?” Soal Kira sedikit gelabah bila melihat
Faizal sudah menuju ke pintu utama.
“Apa
susah? Abang beli barulah. Pakai kad kredit abang yang berlambak tu
lagi best, abang tulis saja jumlahnya dekat cek kosong yang abang dah
sign tu. Habis cerita. Taklah Kira susahkan abang lagi.” Jawab
Faizal acuh tak acuh, mengikuti setiap perkataan yang digunakan Kira
tadi.
Mata
Kira membulat bila sedar dia sudah jatuh dalam perangkap suaminya
itu. “Md Faizal Bin Khaliq! Eee! Geram!” Satu tampar dari satu
melayang ke tubuh Faizal yang sedang mengekek ketawakannya.
“Itulah
sayang. Nak kenakan abang. Sekarang siapa yang kena? Kira juga.”
Sempat
di mencuit hidung isterinya yang sedang membesar dan mengecil.
Marahlah tu. Hehehe.
“Tak
sukalah macam ni.” Kaki dihentak Kira dan tangan naik memeluk
tubuh.
Keluhan
dilepas Faizal. Alahai, merajuk pula isteri aku ni. Nak kena pujuklah
ni.
Faizal
mendekati Kira yang sedang merenungnya tajam. Tubuh isterinya itu
dirangkul. Kunci kereta yang berada dalam tangan Kira diambilnya
semula. Senyuman manis yang dia yakin akan membuat isterinya itu cair
ditayangnya.
“Sayang
tak suka. Tapi abang suka.”
Dengan
pantas dia mengucup kepalanya Kira sebelum lari dengan pantas menuju
ke kereta.
“Abangggg!!!”
Faizal
menekan hon sebaik saja dia sudah selamat memasuki perut kereta. 'Fly
kiss' diberinya kepada Kira yang masih berdiri ditempat yang sama.
Bukan saja mata yang membulat menikamnya dipandangnya, tetapi
jari-jemari yang sudah menjadi aksi penumbuk dilihatnya juga.
Habislah
aku bila balik nanti.
**
Berkumat-kamit
Kira dibuatnya dengan telatah suaminya yang satu itu. Geram betul dia
dibuatnya. Kalau boleh nak dicincang-cincang sehingga lumat, tapi
sebab sayang mana boleh.
“Kenapa
dengan kamu ni Kira? Dari dekat belakang lagi ibu dah dapat dengar
suara kamu berdua. Zal mana?” Soal Norlia bila kelibat menantunya
itu tidak kelihatan.
Selalunya,
kalau ada si isteri pasti ada si suami tidak jauh dibelakang. Sejak
Kira disahkan berbadan dua, ke mana saja Kira pergi pasti diekori
Faizal. Kalau boleh masuk ke tandas pun mahu diikutnya sekali. Kata
Faizal, dia takut kalau apa-apa terjadi kepada Kira. Norlia faham
benar apa yang bermain dihati menantunya itu. Setelah apa yang
terjadi, tidak hairanlah kalau kandungan kedua ini anak muda itu
menjadi bayang-bayang anak perempuannya itu.
“Abanglah
ibu. Suka sangat kenakan Kira tau. Kira baru nak kenakan abang, Kira
sendiri yang kena.” Adu Kira pada wanita yang telah membesarkannya
itu.
Norlia
hanya gelak kecil lantas melabuh duduk disofa yang dekat dengannya.
Kira yang masih bermasam mukanya itu ditatap. Kalau bakal cucunya itu
keluar macam Daisy, muncung saja, tidak tahulah apa yang akan
terjadi.
“Alah,
macamlah kamu tak pernah buat begitu juga. Lagipun itulah namanya
hidup berumah tangga. Kalau tidak ada gurauan, kalau tidak ada
usik-mengusik semua memang bosanlah hidup kamu tu.”
Kira
menjuihkan bibirnya sedikit dengan apa yang baru dikatakan Norlia
itu. Ada betul juga apa yang ibu katakan. Kalau tak ada gurauan semua
mesti tak best hidup aku tu. Lagipun kalau tak kacau suami aku tu
memang tak sah. Macamlah kalau dia tak kacau aku, memang tak
lengkaplah.
“Dari
tadi telefon kamu asyik bergetar saja. Ibu takut pula nak angkat.”
Telefon bimbit yang sudah bertukar tangan diperiksa Kira.
Dahinya
berkerut melihat nama beberapa panggilan yang tidak diangkatnya.
“Abang Sham, abang Mi telefon Kira. Eh, aunty Dahlia pun. Nak apa
sampai semua telefon tak henti ni.” Ujar Kira kepada Norlia yang
sudah bangkit mahu ke dapur untuk mengambil air.
Baru
saja Kira mahu menelefon Hisham, nama abangnya itu tertera. Macam
tahu saja aku nak telefon dia. Bisik hati kecil Kira.
“Abang
Sham!” Ucap Kira ceria, tapi keceriaan itu hanya sesaat saja bila
mendengar tonasi suara Hisham dihujung talian.
“Kira.
Kira dekat mana ni?”
“Dekat
rumahlah. Ibu pun ada dekat sini. Kenapa dengan abang Sham ni? Cemas
semacam saja.”
“Zal
mana? Abang telefon sedari tadi tapi tak dapat.”
Baru
Kira sedar akan telefon bimbit Faizal yang berada diatas sofa. Mesti
kelam-kabut sehingga terlupa ni. “Abang baru keluar pergi ofis.
Kenapa ni abang Sham?” Mendengar pertanyaan Hisham itu membuat Kira
pula cemas. Apa yang telah berlaku?
“Kira
dengar sini baik-baik. Abang nak Kira kunci pintu dan tingkap semua.
Tunggu sampai abang datang. Abang akan telefon Kira.”
Seratus
pelbagai pertanyaan dan kemungkinan bermain difikirannya. Hatinya
mula berdegup kencang dan pada masa yang sama kakinya mengorak
langkah menuju ke dapur dimana ibunya berada.
“Abang Sham,
you're scaring me. What's happening?” Soalnya buat sekian kali bila
abangnya itu tidak sama sekali menjawab pertanyaannya itu.
Norlia yang sedang
membancuh air memandang Kira. Keningnya dijungkit bila melihat riak
muka anak perempuannya itu tidak seperti tadi. Bibir Norlia bergerak
menanya apa yang sedang berlaku.
“Abang Sham?”
“Lisa.”
Genggaman ditelefon
bimbit dieratkannya. “Me...mengapa dengan Lisa?”
Dengusan Hisham
dihujung talian kedengaran.
“She's escaped.”
Kalau jantung boleh
benar-benar jatuh ke tanah saat inilah ia akan berlaku. Kira tidak
tahu apa yang harus dikatakannya. Lisa lari dari hospital mental.
Lisa lari dan abangnya takut Lisa akan datang mencarinya.
Baru saja Kira mahu
membuka mulut dentuman kuat dari depan kedengaran.
Bum!
Hampir telepas
telefon bimbit dari tangannya. Mata dia dan Norlia bertembung. Suara
Hisham ditalian membuat Kira sedar kembali.
“Kira. Bunyi apa
tu Kira?” Soal Hisham benar-benar panik.
“Kira!!”
Jeritan dari depan membuat apa yang ingin dikatakan Kira mati terus
dibibir.
“Kira! Kau dekat
mana Kira?”
Tangan Kira
menggamit tangannya Norlia, kenal sangat dengan empunya suara.
“Ab...abang.
She's here.”
**

Akhirnya,ad n3 bru.. Mnta2 la Kira &ank srta ibunya x apa2...Lisa ni xinsf2 lg... Smoga sgalanya slmt
ReplyDeleteCpat2 la datang kebhagiaan buat Kira & Faizal
ReplyDeleteSalam Mai, lama tunggu sambungan cerita ini. Bila nak sambung
ReplyDeletesila smbung plez!!
ReplyDeletedh nak dekat 3 bulan tggu ni....