“Sekarang giliran
aku.”
Mata Kira membulat
melihat Lisa maju menghampirinya. Tetapi apa yang menjadi tumpuan
Kira adalah sebelah pisau yang berada dalam genggaman perempuan itu.
Tangan yang menggenggam sebelah pisau itu diangkat Lisa pada masa
yang sama dia mendekati Kira.
Kiri dan kanan
dilihat Kira mencari apa saja untuk menghalang apa yang ingin
dilakuakn Lisa tetapi dia buntu. Beberapa langkah lagi. Jeritan Lisa
dan Norlia kedengaran. Mata Kira tertutup rapat. Kalau ini caranya
dia akan pergi meninggalakan dunia, dia redha. Imbasan demi imbasan
bermain difikirannya. Dia bersama keluarganya. Dia bersama
sahabatnya. Dia bersama Faizal.
“Argh! Setan
kau!”
Bukan jeritan Lisa
yang membuat Kira mencelik kembali tetapi ngiauan yang amat dikenali
adalah penyebabnya.
Melopong mulutnya
Kira melihat apa yang sedang berlaku dihadapannya pada saat itu.
“Ya Allah. Pak
Tam!” Tangan Kira naik ke mulut melihat kucingnya menggigit kaki
Lisa.
Melihat Pak Tam
yang sedang bergelut dengan Lisa, Kira mengambil kesempatan itu untuk
mendapatkan Norlia yang masih terduduk dilantai.
“Ibu tak
apa-apa?” Soal Kira pada masa yang sama memeriksa muka dan tubuh
ibunya.
Norlia menggeleng.
“Ibu tak apa-apa. Kira tak apa-apa? Baby?” Perut Kira yang
membulat itu ditekup kedua-dua wanita itu.
Kira menggeleng.
Nasib baik bila dia terjatuh dibucu meja kerja Faizal dia sempat
menahan dari perutnya terkena bucu meja. Hanya tangannya saja yang
terseliuh.
Meow!
Ngiauan dari
belakang membuat Kira menoleh ke belakang. “Pak Tam!” Laung Kira
kuat bila Lisa menikam hujung pisau itu ke belakang kucingnya itu.
Kira bangkit dengan
pantas untuk menghalang dari Lisa melakukannya sekali lagi.
Pergelangan Lisa yang menggenggam pisau itu dicengkam Kira kuat.
Mengguna segala kudrat yang dia ada dia cuba menolak tangan Lisa.
“Aku akan bunuh
kau!” Kata Lisa terang sekali ditelinganya dan tanpa Kira sedar,
tubuhnya terus mendarat disofa yang berdekatan.
Kudrat Lisa amat
kuat sekali apatahlagi tambah dengan semangatnya untuk menghabisinya.
Dari sofa Kira melihat Lisa mencapai Pak Tam dikaki dan apa yang
dilakukan Lisa selepas itu sungguh Kira tidak duga sama sekali.
Pang!
Terpana Kira dan
Norlia dengan apa saja yang baru berlaku. Cermin tingkap yang sudah
pecah seribu ditatap mereka. Pak Tam. Air mata Kira bergenang. Pak
Tam yang berada dalam tangan Lisa itu dicampak keluar menembusi
tingkap. Ngiauan dari Pak Tam sudah tidak kedengaran. Kira kaku.
Melihat reaksi
Kira yang masih terkejut dengan apa yang baru terjadi, Norlia menerpa
ke arah Lisa. Senyuman perempuan itu benar-benar menyakiti hatinya.
Apatahlagi melihat Kira yang sedang berbadan dua dan baru sahaja
ingin berbahagia, kembali berduka. Dia tidak akan benarkan sesiapa
sekali menghancurkan kebahagiaan anak-anaknya. Dia sebagai ibu akan
melindungi mereka.
“Eee! Sanalah!”
Norlia dan Lisa mula bergelut hanya seketika sebelum akhirnya
pergelutan anatara mereka mati dengan tiba-tiba.
“Ibu!”
Tubuh Norlia rebah
ke lantai. Kepala ditunduk ke arah dimana tangan kirinya terletak.
Darah mengalir dan mula meresap pada baju. Kesakitan yang menyucuk
mula dirasainya.
Kira mencapai pasu
bunga yang berada dekat dengannya dan menghentaknya dibelakang kepala
Lisa, membuat perempuan itu terhayun.
“Ya Allah ibu.”
Tangan Kira turut
melekap ke tikaman yang disebabkan pergelutan tadi. Bergetar
tangannya Kira tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Sekejap
tangannya menekan perut Norlia, sekejap ia naik mengusap muka ibunya.
Apa yang dia pasti adalah air yang mengalir dipipi tidak dapat
menangani kesakitan yang dirasa dalam hati.
Tawa dari belakang
membuat Kira menoleh ke belakang. Tajam dia merenung Lisa yang sedang
ketawa sambil memegang belakang kepalanya.
“Sekarang kau
rasai apa yang aku rasa. Kehilangan.” Lisa maju dengan serpihan
kaca ditangan.
Dari ekor mata Kira
sesuatu yang berada diatas lantai menarik perhatiannya. Pantas Kira
bergerak untuk mencapainya. Lisa yang sedar akan apa yang berada
dalam genggaman Kira mencerlungkan matanya, tetapi langkahnya tidak
dapat dihentikan.
Masa bagaikan
terhenti. Nafas mereka bagaikan sudah mati. Dua pasang mata tertumpu
pada apa yang berada diantara mereka sebelum mata mereka akhirnya
bertemu. Dua-dua berkaca. Dua-dua merah. Dua-dua menitiskan air mata
yang jernih.
Sebelum Kira dapat
melepaskan genggamannya pada sebelah pisau yang diambil Lisa dari
dapurnya, perempuan itu mundur setapak. Dua tapak. Pisau masih setia
dalam tangan Kira. Mulut mereka terbuka tidak sangka apa telah
berlaku. Lisa tidak sangka, apa yang telah dilakukannya terhadap
Norlia, akhirnya terkena padanya sendiri. Kira tidak sangka bahawa
pisau dalam tangannya telah menikam perutnya Lisa.
Kira melihat kaki
Lisa tersangkur sebelum jatuh ke lantai. Kira tidak dapat bergerak.
Dia hanya mampu melihat. Dia kaku bagaikan patung cendana. Apa yang
telah dia lakukan? Tangan Lisa bergerak menggapaikan Kira. Entah apa
yang rasuknya, Kira menghampiri perempuan itu, pisau masih setia
dalam genggamannya.
“Ki...Ki...Kira.”
Panggil Lisa dengan sukar. Tangan cuba menggapai lutut Kira yang
telah henti bergerak.
Air mata Kira tidak
henti mengalir seperti Lisa. Darah telah mengalir dari hujung bibir
perempuan itu. Lisa yang dilihatnya kini tiada lagi mata yang
mencerminkan dendam seperti sebelum ini, tetapi kesalan. Kira keliru.
“Ma...Maafk...kan
aku.” Ucap Lisa dengan dada yang sudah tidak teratur.
Perlahan
jari-jemari Kira menyentuh tangannya Lisa. Bibirnya ingin mengatakan
dia telah memaafkannya, kata-kata yang ingin didengari Lisa, tetapi
hatinya tidak mahu. Apatahlagi setelah apa yang telah Lisa lakukan.
Sepantas kilat Kira menarik tangannya dari tangan Lisa. Kepala
digeleng dan dia undur dari tubuh perempuan itu.
“Ma...maafkan
a...aku.”
Kira tetap
menggeleng. Setiap perkara yang telah dilakukan perempuan itu bermain
kembali diotak dfikirannya. Pak Tam, Norlia. Dia tidak boleh
melakukannya walaupun dia tahu ia sesuatu perkara yang harus
dilakukannya.
Akan sedar dia
tidak akan mendapat kemaafan dari Kira, Lisa pasrah, kedua belah
tangannya naik mendarat dimana pisau telah menembusi. Pandangan
dihala ke atas. Nafasnya sudah semakin sesak. Darah yang keluar dari
bibir dapat dirasai ditekaknya. Dia mula membatuk. Pandangan mula
berpinar sebelum tompok-tompok hitam kelihatan.
“Maaf...kan..ak...aku.”
Mata perlahan menutup dan akhirnya dia longlai.
Tubuh Kira mula
henjut. Dia mula panik. Tangisannya semakin menjadi. Apa telah dia
lakukan? Apa telah dia lakukan?
“Kira.”
**
“Kira. Bangun
sayang.” Suara Faizal kedengaran ditelinga.
Perlahan dicelik
matanya, sekali-sekala menutupnya kembali bila cahaya yang membolos
sungguh menyilaukan. Bentuk hitam yang dilihat dalam kotak
penglihatan menjadi fokusnya.
“Ab...abang?”
Bisik Kira bila bentuk hitam itu berubah menjadi Faizal.
Sekelilingnya
dipelajari. Pakaian yang amat dia kenali sekali tersarung dibadannya.
Selimut yang menyelimutinya juga. Melihat jarum yang keluar dari
tangannya Kira sedar dimana dia berada sekarang.
Belum sempat Kira
mengatakan ayat seterusnya, hujung penyedut telah berada dihujung
bibirnya. Tanpa menanti arahan dari Faizal, Kira menyedutnya. Tekak
yang kasar mula basah semula.
“Alhamdulillah
sayang dah sedar.”
“Ibu. Ibu mana
abang?” Soal Kira memegang pergelangan suaminya. Kira melihat riak
muka Faizal berubah serta-merta.
Cengkaman
dipergelangan Faizal dipereratkan, apatahlagi Faizal tidak terus
mengatakan apa-apa tentang ibunya.
“Abang. Mana ibu?
Kira nak jumpa ibu.”
Pipi Kira disapu
Faizal lembut. “Ibu dekat ICU. Nanti abang panggil doktor dulu.
Kalau doktor benarkan Kira untuk bangun dari katil, abang akan bawa
sayang jumpa ibu.” Balas Faizal lembut.
Kira menggeleng
tidak suka dan setuju dengan jawapan suaminya itu. Tubuh Faizal
ditolak dan dia cuba menurun dari katil. Dia mahu tengok Norlia. Dia
mahu tahu ibunya tidak apa-apa. Kondisi ibunya pada terakhir kali
dilihatnya amat membimbangkan. Ibunya sedang bertarung dengan nyawa
terakhir kali itu. Dia harus berada disisi Norlia.
“Kira nak jumpa
dengan ibu. Ibu perlukan Kira. Ibu perlukan Kira.”
Selimut diselak dan
dia mula gerakkan kakinya tetapi baru saja dia mahu mengensot ke
hujung katil, Faizal telah menghalangnya. Tubuh Kira ditarik
menghadapnya. Wajah Faizal berubah tegas.
“Abang akan bawa
Kira jumpa ibu, tapi abang mahu doktor memberi kebenaran dulu. I need
to know that you and the baby are okay after everything first.
Understand?” Ujar Faizal dengan wajah yang serius.
Tubir mata yang
bergenang akhirnya mengalirkan air jernih juga. Faizal menarik tubuh
Kira ke dalam dakapannya.
“Kira nak jumpa
ibu. Kira nak jumpa ibu.” Rintih Kira didadanya Faizal.
Rambut Kira diusap
Faizal sebelum ubun-ubun Kira dikucupnya. Dia faham apa yang sedang
bertarung dalam hati isterinya itu tetapi dia perlu pastikan Kira
kuat untuk menghadapi apa saja yang akan berlaku kepada Norlia.
Apa yang Faizal
rahsiakan dari Kira adalah dimana dalam perjalanan ke hospital,
mereka hampir kehilangan Norlia, tetapi pegawai perubatan dapat
menyelamatkannya. Dalam bilik pemedahan pula, mereka diberitahu
bahawa Norlia telah kehilangan banyak darah dan tusukan pisau telah
menembus paru-paru kanan Norlia. Doktor telah melakukan sedaya upaya
mereka untuk menghentikan pendarahan. Sekarang mereka hanya boleh
menunggu.
Pada Faizal berada
di hospital kembali mengingatkannya pada masa Kira berada dihospital.
Pertama kali setelah kemalangan dan kali kedua adalah bila isterinya
itu ditembak. Baru saja mereka mahu melewati masa hitam itu, sekarang
mereka terpaksa melaluinya sekali lagi. Bezanya sekarang, bukan Lisa
yang terbaring bertarung nyawa, tetapi Norlia.
Beberapa minit Kira
masih berada dakapannya. Nafas Kira semakin perlahan dan tenang.
Faizal menunduk sedikit dan melihat isterinya sudah lelapkan mata.
Dahi Kira dikucupnya sebelum dia menyandarkan kembali tubuh Kira ke
katil.
Satu keluhan
melepasi bibir Faizal dan pada masa yang sama ketukan kecil
kedengaran dipintu. Anaqi dan tunangnya, Rina muncul diikuti oleh Umi
Fida dan Mia. Faizal menghulur tangan, bersalaman bersama Umi Fida
dan Anaqi.
“Macam mana
dengan Kira?” Soal Rina.
Tidak sangka dunia
ini kecil benar, rupanya, Eva yang dikenali Kira sebenarnya adalah
tunang abang kandungnya sendiri. Faizal hanya mampu gelak dan geleng
bila mereka berjumpa tadi. Kalau Kira tahu memang isterinya itu akan
sorak kegembiraan tapi sebelum itu mesti terperanjat beruk punya.
“Alhamdulillah
dah sedar. Nak panggil doktor tadi tapi Kira tidak tentu arah nak
jumpa dengan ibu. Dah penat menangis tidurlah dia.” Jawab Faizal.
Anaqi disebelah hanya mampu menepuk bahu adik iparnya itu.
“Zal sabar iya,
kamu semua sedang diberi dugaan. Apa yang berlaku ini semua ada
hikmah disebaliknya. In Sha Allah semua akan baik-baik saja. Kita
doakan iya.” Pesan Umi Fida yang sedang duduk dikerusi yang dihuni
Faizal sejak Kira dimasukkan ke dalam wad.
Kepala ditoleh
Faizal apabila dia merasa Anaqi menyentuh lengannya. Isyarat kepala
dari Anaqi membuat kedua lelaki itu meminta diri untuk keluar
sebentar. Sebaik saja pintu bilik Kira tertutup rapat melihat reaksi
Anaqi yang meraup mukanya lantas menyandarkan tubuh ditembok
berdekatan.
Melihat riak muka
Anaqi yang kelat itu dia yakin apa yang ingin disampaikan lelaki itu
tidak akan disukainya sama sekali.
“She's alive.”
Dua perkataan itu
membuat Faizal mengikuti reaksi Anaqi seperti tadi. Kini mereka
berdiri disebelah satu sama lain sambil memandang tepak ke pintu
biliknya Kira.
“Liat betul dia
nak mati.” Gelak Faizal kecil.
Sungguh tidak
percaya perempuan yang membuat isterinya terlantar dihospital buat
sekian kali, dan ibu mertuanya yang sedang bertarung nyawa masih
hidup. Masih bernafas. Mahu saja dia menamatkan riwayat perempuan
itu. Tapi dia sedar dia bukan Tuhan.
“Belum masa dia
lagi. Tapi apa yang aku tahu, pihak polis tidak akan mengambil
apa-apa tindakan terhadap Kira sebab dia melakukan sebegitu atas
dasar keselamatan. Orang tuanya Lisa juga tidak akan mengambil
tindakan sebab mereka tahu anak mereka yang bersalah dalam hal ini.”
Nafas lega
dilepaskan Faizal. Ada juga berita baik akhirnya. Anaqi terus
menjelaskan bahawa Lisa akan dibawa ke hospital pesakit mental dan
kali ini kawalan bagi perempuan itu akan lebih ketat lagi. Malah,
doktor yang merawat Lisa telah mengarah perempuan itu diasingkan dari
pesakit yang lain.
Mereka juga sedia
maklum akan reaksi Rauf bila dapat tahu tentang Lisa. Kesukaan lelaki
itu bila dapat tahu Lisa dapat lari dari hospital itu. Sungguh bangga
sekali dengan Lisa. Malah lelaki itu turut berkata,
“That's
my daughter. Darah daging aku.”
Nampaknya walaupun
sedang menghitung hari sebelum dia digantung, Rauf tetap sama. Tiada
belas kasihan dan keinsafan langsung. Sungguh berhati iblis lelaki
itu.
“Abang Mi dan Fi
ada dengan Hisham semua.”
Faizal dengar Anaqi
mengambil nafas yang dalam, sepertinya kata-kata seterusnya amat
berat sekali, dan Faizal tahu ia memang fakta. Apa yang ingin
disampaikan amat berat sekali terutama untuk isterinya.
“It's not looking
good bro. It's touch and go right now.”
Beberapa saat
mereka berdiam. Masing-masing melayan perasaan yang bercampur-aduk.
Faizal memikirkan pelbagai cara untuk beritahu Kira tentang Norlia.
Dia benar-benar tidak tahu bagaimana ingin menyampaikan kepada Kira
sebaik saja isterinya itu bangun dari lenanya.
“Kau jangan
risau. In Sha Allah Kira akan dapat menerimanya. Apa saja yang akan
berlaku, kita semua kena kuat untuk dia. Untuk Hisham sekeluarga.”
Tutur Anaqi membuat Faizal setuju.
Dia harus kuat
untuk Kira. Untuk mereka semua yang akan memerlukannya.

tq cik writer.
ReplyDeleteoh Kira, kesiannya. byk btul dgaan sblm capai kbahagian.
kesiannya Kiraaaa! :(
ReplyDelete