Mereka selalu kata,
kasih sayang seorang ibu tidak sama sekali dapat dibandingi. Penat
lelah mereka melahirkan kita, menatang kita bagai minyak yang penuh
dari kecil hingga besar jasa mereka tidak akan dapat kita balas
kembali.
Melihat Norlia
terlantar dengan mata yang tertutup, membuat Kira dan adik-beradiknya
resah. Mereka takut akan kehilangan ibu mereka. Anak mana yang tidak
takut kehilangan orang tua mereka. Bila ayah mereka telah pergi
kembali ke sang Pencipta, mereka masih ada ibu untuk bermanja. Ibu
bukan sahaja pikul tatah seorang ibu tetapi telah mengambil alih
tanggungjawab seorang ayah juga.
Kalau ibu tidak
kuat untuk mereka adik-beradik, tidak dapat Kira semua bayangkan apa
yang akan berlaku. Sekarang menanti ibu mereka kembali kepada mereka
buat mereka semua tidak senang duduk. Sekejap duduk, sekejap bangun.
Kehulur-hilir fikiran serabut memikirkan apa yang akan berlaku.
Bila akhirnya Kira
dibenar menjenguk ibunya, Kira tidak sama sekali dapat menahan sebak
sebaik saja tiba diruang tetamu. Berulang kali dia berkata dia harus
kuat untuk adik-adiknya, tetapi bila melihat Isha, anak kandung,
darah daging Norlia menitiskan air mata sebaik saja mereka berpeluk,
dia tidak dapat menahannya. Kondisi ibunya yang terlantar berlumuran
darah menerpa kotak fikirannya buat sekian kali.
Sebaik saja
adik-adik mereka yang lain telah dibawa pulang ke rumah Anaqi,
walaupun mereka tidak mahu, kini tinggal mereka bertiga saja menanti
dalam sepi. Hanya bunyi mesin saja yang kedengaran. Faizal pula telah
pulang seketika untuk menyelesaikan beberapa perkara.
“Ini semua salah
Kira.”
Rasa bersalah yang
bergunung menyelebungi hatinya. Kalau bukan kerana dia, ibu mereka
tidak berada dalam keadaan sekarang. Ibu mereka tidak akan bertarung
nyawa.
Isha mendengar Isha
mengeluh sambil mencapai tangannya. “Kak Kira jangan cakap macam
tu. Kalau ibu dengar Kak Kira cakap macam tu, ibu mesti tak suka.
Kita tak tahu pun ini semua akan berlaku. Kita tak tahu pun yang
perempuan tu nak lari dari tempat tu. Kalau kita tahu itu semua, kita
boleh mengelaknya. Tetapi kita hanya manusia, bukan Tuhan yang
mengetahui segalanya.” Bantah Isha yang berada sedang duduk disisi
katil dimana Norlia sedang baring.
“Tapi...”
“Tak ada
tapi-tapi. Kira adik abang Sham, macam adik-adik yang lain dan abang
tak suka Kira cakap macam tu.” Tegas Hisham yang duduk bertenggek
ditingkap.
Akhirnya Kira
angguk akur sebelum kembali menatap Norlia yang masih dibuai mimpi.
Perutnya diusap.
Ibu
bertahanlah untuk cucu pertama ibu. Bisik
Kira dalam hati.
**
Tubuh direbah
Faizal atas sofa sebaik saja masuk ke rumah orang tuanya. Lelah yang
tidak dirasainya sejak beberapa jam akhirnya tiba. Kepala dilentok ke
belakang dan mata dipejam rapat sebelum tangan naik memicit kepala.
Sebaik saja Kira
sudah bangun dari lena, isterinya itu terus bertanya tentang Norlia.
Dia terpaksa beralah setelah doktor telah memberi lampu hijau, tambah
lagi Kira sudah dibenarkan pulang setelah kandungan dan kesihatan
istertinya tidak berbahaya.
Memberitahu Kira
tentang kondisi Kira benar-benar sukar sekali, usai menyampaikan
bahawa Norlia masih tidak stabil dan doktor telah melakukan apa yang
mereka boleh, isterinya itu terus menangis. Dia tahu apa yang sedang
bermain difikiran isterinya itu.
Ketakutan.
Ketakutan kehilagan satu-satunya orang tua yang telah membesarkannya
dari kecil lagi. Orang tua terakhir yang Kira kenali dan sayangi dari
kecil lagi. Dia hanya dapat memeluk, mengusap dan memberi kata-kata
semangat kepada isterinya sahaja. Dia tidak tahu apa yang harus
dilakukannya lagi selain berada untuk Kira sekarang.
Sebelum pulang ke
rumah orang tuanya dia sempat jenguk Pak Tam yang berada di hopital
haiwan yang selalu dibawa Kira. Alhamdulillah kucing isterinya itu
tidak apa-apa. Melihat Pak Tam yang terbaring persis Norlia dia rasa
simpati. Apa yang diceritakan Kira padanya tentang Pak Tam membuat
dia benar-benar berterima kasih kepada kucing itu.
“Ijal.”
Mata dicelik bila
mendengar suara Atiqah memanggilnya.
“Macam mana
Kira?”soal Opah Su sebaik saja melabuh duduk disebelahnya.
Faizal meraup
mukanya. Entah sudah berapa kali dia melakukannya pun dia sudah tidak
dapat kira. Jari-jemari Opah Su digapainya sebaik saja dia melentok
kepalanya dipaha orang tua itu.
“She's seems
fine. Tapi Ijal tahu dalam hati dia sedang berperang. Ijal
benar-benar berdoa ini semua adalah yang terakhir. I just want all
this problems to end Opah. We all deserve happiness.” Luah Faizal.
Satu-persatu
masalah timbul. Bila dia fikir ia sudah selesai, satu lagi melanda.
Sekarang, mereka hanya menanti keadaan Norlia berbaik dan In Sha
Allah semua akan seperti sedia kala.
Opah Su menepuk
lembut tangan cucu lelakinya itu lantas memberi senyuman, membakar
semangat. Sebagai seorang yang telah kehilangan orang tuanya, dia
faham apa yang sedang dilalui Kira. Kehilangan kedua orang tua bukan
sesuatu yang mudah. Kita akn merasai kosong bila mereka tiada. Tetapi
ini semua sudah tertulis. Semua yang bernyawa pasti akan mati. Yang
masih bernyawa harus redha dan menerimanya.
“We do deserve
it. Apa saja yang berlaku selepas ini, Opah mahu Ijal sentiasa kuat
untuk Kira, dia akan perlukannya terutama sekali dia sedang berbadan
dua sekarang. Dia perlukan Ijal lebih daripada sebelum ini.”
Faizal angguk
faham. Matanya rasa berat sedikit bila Opah Su asyik membelai
rambutnya seperti bila dia masih kanak-kanak lagi. Opah Sulah tempat
dia bermanja kalau Mummy dan Daddy sibuk dengan urusan mereka. Itupun
kalau Opah Su datang menjenguk mereka saja.
“Dan kamu Ijal
akan sentiasa ada Opah, Daddy, Mummy dan Ana. Kami akan sentiasa ada
untuk kamu dan Kira.”
Tangan Opah dibawa
ke mulut dan dikucup jar-jemari runcing itu. Senyuman ikhlas
dilakarnya. “Terima kasih Opah.” Kata pesan Opah Su itulah yang
dia perlu dengari untuk mengharungi ini semua.
Faizal bangun dari
baringnya lantas memeluk Opah Su seerat-eratnya sebelum dikucup
ubun-ubun dengan penuh kasih sayang. Pelukan mereka terlerai bila
telefon rumah berdering kuat.
Dengan tubuh yang
berat, Faizal menuju ke arah telefon.
“Hello?”
“Abang.”
“Kira? Sayang?
Kenapa ni?”soal Faizal bertalu-talu bila suara Kira dihujung talian
kendengaran seperti sedang menangis.
Opah Su menghampiri
cucunya itu bila mendengar nama Kira. “Is everything okay sayang?
Macam mana ibu?”
“Abang...ibu..abang
kena datang sini cepat.”
“Okay-okay.
Sayang dengar apa yang abang nak cakap ni. Abang mahu Kira tarik
nafas yang dalam. Abang perlu sayang bertenang.”
Faizal mendengar
nafas Kira mengikuti apa yang diarahnya sebelum dilepaskannya semula.
“Sekarang
beritahu abang apa yang buat sayang menangis ni? Kenapa dengan
Ibu?”soalnya walhal di dalam fikirannya sesuatu yang dia tidak mahu
berlaku bermain difikirannya.
“Abang...ibu..Ibu
dah dah sedar.”
**
Semua berlaku dalam
sekelip mata. Terlalu cepat sekali untuk mereka menerima. Terlalu
cepat untuk mereka mencerna. Satu saat ibu menggerakkan tangannya.
Jari-jemari Norlia mengusap lembut tangan Isha yang sedang terlena
disisi. Lena Isha ganggu dan bila dia sedar tangan Norlia berada
dikepalanya, dia terus bersuara.
“Ibu dah sedar.
Ya Allah! Ibu dah sedar. Abang Sham! Kak Kira! Ibu dah sedar!”
Panggil Isha membuat Hisham dan Kira yang turut dibuat mimpi terjaga
secara mendadak.
Pantas mereka
mendekati Norlia. Isha menekan butang berulang kali sementara Hisham
membuka pintu dan menjerit kuat memanggil doktor sebelum kembali
mendekati adik-beradiknya. Ketiga-tiga anak muda itu mengalirkan air
mata, bersyukur tidak terkata ibu mereka sudah sedar. Hisham memeluk
bahu Isha masing-masing dengan senyuman gembira dibibir.
“Ibu.
Alhamdulillah ibu dah sedar.”ujar Kira sambil mengusap lembut pipi
wanita yang amat dia sayang dan cinta sepenuh hati.
Sebaik saja Norlia
menguntum senyuman kecil, doktor dan jururawat muncul serta-merta
mengarah tiga beradik itu untuk keluar sebentar sementara mereka
memeriksa wanita itu.
Usai pintu
tertutup, masing-masing tanpa menanti sesaat mengeluarkan telefon
bimbit untuk mengkhabarkan berita baik itu.
“Qi! Ibu aku dah
sedar.”kata Hisham sambil mengesat air jernih yang mengalir.
Jari-jemari Isha
pantas bergerak dipermukaan telefon bimbit menyampaikan berita itu
kepada adik-adiknya yang lain dan Kira menangis deras menyampaikan
berita itu kepada Faizal.
Tiga beradik itu
didekati Anami yang baru tiba setelah pulang ke rumah buat seketika.
Panik dia bila melihat doktor dan jururawat berlari menuju ke dimana
Norlia ditempat. Tambah lagi bila Hisham, Isha dan Kira semua
berlinangan air mata.
“Kira. Kenapa
ni?”
Kira terus mendakap
abang kandungnya itu dan melepaskan tangisand didada bidang lelaki
itu. Anami beralih kepada Hisham yang sedang baru memberi satu
kucupan didahinya Isha.
“Ibu aku dah
sedar.”
Lega Anaqi bila
mendengarinya. Syukur diucapkan dan dia turut tersenyum juga.
Akhirnya ada berita baik untuk mereka. Beberapa minit mereka berada
diluar menanti, pintu bilik Norlia akhirnya terbuka juga. Mereka
semua pantas mendapatkan doktor itu.
“Macam mana
dengan ibu saya doktor?”
“Kondisi Puan
Norlia masih lemah dan dia masih dalam pantauan. Kami akan melakukan
pemeriksaan lanjut untuk memastikan tiada lagi pendarahan diparu-paru
Puan Norlia. Selain itu, Puan Norlia masih perlukan banyak rehat,
jadi saya sarankan supaya masa kunjungan disingkatkan.”jelas doktor
itu sebelum beredar.
“Isha dan Kira
masuk dulu. Abang sham dan abang Mi tunggu dekat luar.”
Kedua-dua adik
perempuan Hisham angguk setuju. Pintu dikuak Isha dan kelibat Norlia
yang masih terlantar meyapa mereka. Alat penafasan telah dibuka dan
melihat bibir mulus Norlia mengukir senyuman kepada anak-anaknya,
membuat mereka hampir menangis buat sekian kali, tetapi ditahan
mereka.
“Ibu.”Kira
akhirnya bersuara dan tangan kanan Norlia dibawa ke bibir lantas
memegangnya erat. Isha pula menggapai jari-jemari kiri Norlia.
“Isha sayang
ibu.”bisik Isha lantas mengucup dahi ibunya.
Hampir kehilangan
ibunya itu membuat dia kaget. Dia kehilangan arah tidak tahu apa yang
harus dilakukannya bila Norlia sudah tidak ada. Nasib baiklah Rina
dan Mia ada untuk menolongnya.
“Ibu sayang kamu
juga. Kamu semua. Ingat tu sampai bila-bila.”
Mata mengerling
Kira yang sedang menyeka titisan air yang mengalir. Pautan tangan
kedua-dua anaknya dipereratkan.
Norlia berdehem
membuat Kira mencapai gelas air yang berada diatas meja dan dibawa
penyesut air ke bibir Norlia.
“Tapi ibu mahu
kamu ingat pesan ibu ini. Kalau ibu tak ada nanti...”
“Jangan cakap
macam tu ibu. Kira tak suka.”pintas Kira dengan riak wajah yang
kelat.
Entah mengapa, bila
berada dibilik kerja Faizal dan dia tercungap-cungap menahan sakit.
Satu-persatu kenangan dia bersama anak-anaknya, arwah suaminya, orang
tuanya semua bermain kembali difikiran. Banyak yang ingin
dikatakannya kepada Kira dan Hisham. Pelbagai pesanan yang ingin dia
tinggalkan, tetapi dia tidak dapat melakukannya. Sekarang, bila dia
diberi peluang kedua melakukannya, dia tidak mahu menlengahkannya.
Sebab dia tidak tahu bila dia akan pergi. Bila dia akan pulang ke
sisi sang pencipta.
“Sekarang ibu
perlu rehat, jangan fikir benda lain. Kak Kira, Isha dan abang Sham
ada dekat sini untuk ibu. Sekarang ibu rehat okay.”
Norlia tetap
menggeleng tidak mahu. “Hisham?”soalnya.
“Abang dekat
luar. Biar Isha panggil abang.”Isha berjalan pantas keluar untuk
memanggil abangnya sementara Kira cuba menenangkan ibu mereka.
Kira faham benar
perangai ibu mereka itu. Kalau dia mahu sesuatu baik mereka turut.
Kata pepatah melayu kalau hitam yang dikatakan Norlia, malah hitam
juga harus dikatakan mereka.
Air disua Kira
sekali lagi ke Norlia yang menyedutnya beberapa kali. Pada masa yang
sama pintu terkuak dari luar dan kelibat Hisham dan Isha membolos ke
dalam. Hisham pantas mendapatkan ibunya dengan riak wajah yang
kelihatan resah. Jari-jemari Norlia ditautnya sebaik saja tiba disisi
katil ibunya. Rambut Norlia diusap Hisham.
“Kenapa ibu tak
rehat?”
Mata emak dan anak
itu memanah satu sama lain. “Ibu nak cakap dengan kamu
bertiga.”jawab Norlia sedikit mendatar.
“Nantikan ibu
boleh cakap dengan kita. Sekarang ibu perlukan rehat.”pujuk Hisham
persis memujuk budak kecil.
Buat sekian kali
Norlia menggeleng. “Ibu nak mahu kamu tahu yang ibu sayangkan kamu
semua.”
“Kami pun
sayangkan ibu. Sekarang ibu rehat okay?”
“Ibu kena cakap
sekarang juga. Takut nanti...”
“Ibu...”pintas
Isha dan Kira pada masa yang sama.
Tiga beradik itu
memandang sesama sendiri, sebelum akhirnya Kira bersuara memberi kata
putus.
“Okay, ibu boleh
cakap apa yang Ibu mahukan tetapi lepas itu ibu kena rehat.”
Melihat Norlia
senyum kecil membuat tiga beradik itu selesa dengan keputusan mereka
itu. Norlia menyuruh mereka merakam apa yang ingin dikatakannya
supaya adik-adik mereka yang lain dapat mendengarnya sekali. Hisham
menghulur telefon bimbitnya kepada Isha menyuruh adiknya merakam
video. Kira menolong Norlia membetulkan duduknya diatas katil sebelum
berdiri dihujung katil bersama Isha dan Hisham.
Hisham memberi
isyarat kepada Norlia untuk bermula. Norlia menarik nafas yang dalam.
Senyuman tidak pudar dari mukanya dan mata memandang tepat ke
hadapan. Ini untuk anak-anaknya. Untuk cinta hatinya.
**
“Let's go home
sayang.”ucap Faizal lantas menyatukan jari-jemari mereka. Senyuman
yang terlakar dimuka isterinya itu persis apa yang berada dimukanya
sekarang.
Semua pertanyaan
telah dijawab Kira. Apa yang terjadi, setiap satu saat telah
diceritakannya kepada pihak polis. Kini dia hanya mahu pulang. Tetapi
bila teringatkan rumah mereka yang masih tidak terurus, dia tahu
mereka tidak akan ke sana.
Dengan pautan
tangan erat, pasangan suami isteri itu menuju ke arah lif. Masa untuk
mereka pulang. Semua sudah selesai. Beban yang berada dibahu mereka
berbulan lama akhirnya hilang dalam sekelip mata. Setiap langkah yang
diambil ringan, bagai berjalan diawan.
Satu-persatu
masalah yang timbul akhirnya telah mereka atasi. Dendam yang bertahun
lama akhirnya sudah selesai. Kehilangan yang amat sukar untuk menelan
mempunyai hikmah disebaliknya. Hadiah yang mereka nantikan bertahun
lama lesap dalam sekelip mata kerana cemburu, kerana dendam. Tetapi
Tuhan maha adil. Tuhan maha kuasa. Dia mengambil sesuatu untuk
memberi yang lebih baik untuk kita.
“Balik rumah
Daddy, sayang rehat. Besok kita tengok Pak Tam sebelum datang ke
hospital.”Faizal menarik tubuh Kira ke dalam tubuhnya sebaik saja
pintulif tertutup. Dahi Kira dikucupnya berulang-kali.
Kira mendongak
kepalanya. Dagu rehat didada bidang suaminya. “I love you
abang.”sampaikannya memandang tepat ke anak mata Faizal.
Pipi Kira diusap
Faizal sambil bibir menguntum senyuman. “I love you too sayang.
More than you.”mata dikenyit nakal danjidung Kira dicuitnya. Mereka
gelak sesama sendiri. Panahan mata sudah cukup untuk berbicara antara
satu sama lain.
Pelukan dileraikan
bila pintu lif terbuka, baru saja mereka mahu melangkah keluar,
senyuman yang bermain dibibir mula pudar bila melihat orang tuanya
Lisa bersama Dahlia berada dihadapan mereka.
“Kira.
Faizal.”Dahlia memecahkan sunyi antara mereka. Pada masa yang sama
Faizal dan Kira menjejak keluar dari lif.
Kedua anak muda itu
menghulurkan tangan untuk bersalam. Senyuman yang kini dibibir tidak
hingga ke telinga seperti tadi.
“Uncle Deen
mana?”soal Kira bila tidak melihat kelibat Deen yang sentiasa
melekat disisi Dahlia.
“Dia ada dengan
Anaqi. Ada beberapa perkara yang perlu mereka selesaikan.”
“Kamu berdua dah
nak balik ke?” Walidnya Lisa bertanya.
Faizal angguk
mengiakan. “Nak bawa Kira ke rumah Daddy untuk rehat.”tutur
bicara kembali tergantung masing-masing tidak tahu apa yang harus
dikatakan.
Melihat riak wajah
Umi yang kelihatan penat dan sugul, Kira merasa simpati yang meluah
terhadap wanita itu. Melihat anak yang dibesarkan dari kecil sehingga
sekarang melakukan perkara yang tidak sama sekali diajar mereka pasti
adalah pukulan yang hebat. Tangan wanita itu dicapai Kira bila
melihat mulut Umi buka mahu mengatakan sesuatu. Sesutau yang Kira
tahu apa.
“Aunty tak perlu
minta maaf. Ini semua bukan salah aunty atau uncle. Apa yang
dilakukan Lisa adalah kerana dirinya sendiri. She made the choice dan
sekarang dia harus membayarnya. Tapi aunty jangan pernah salahkan
diri aunty, sebab dasar atas semua yang Kira lihat, aunty dan uncle
telah memberi segala-galanya kepada Lisa. You two are the best
parents for her, but you did not fail her, she failed herself.”
“Terima kasih.
Aunty...aunty tak tahu nak cakap apa lagi dekat kamu berdua. Keluarga
kamu. Kata maaf sudah acap kali kami katakan. ”
“Aunty tak perlu
kata apa-apa. Kami faham.” Kira menoleh pada Faizal yang mengiakan.
Tidak perlua
penjelasan. Mereka faham. Orang tuanya Lisa pasti kecewa dan malu
atas semua yang telah dilakukan Lisa terhadap mereka sekeluarga. Mahu
dibenci, Kira tidak mahu melakukannya.
Setiap seorang
manusia itu tidak sempurna. Kita semua mempunyai cacat celah,
kekurangan dan kelebihan. Kita semua pasti akan melakukan kesilapan.
Memang sukar untuk memaafkan tetapi mereka tahu, kalau ingin
kehidupan mereka aman damai dan bahagia kembali, mereka perlu
memaafkan. Kemaafan saja jalannya untuk kita meneruskan kehidupan
mereka tanpa beban. Kerana kita harus ingat, manusia tidak sempurna.

thank you sis😊😢sambung cpt yaa
ReplyDeleteSama2:B
Deletecpt la sambung sisss
DeleteSalam Mai, ada sambunga lagi tak
ReplyDeleteW'salam, masih ada 4 bab lagi:B
Delete