Thursday, 5 November 2015

Jangan Dustai Cinta Bab 77

Salam semua, JDC akan tamat, tinggal tiga bab lagi. TQ kepada semua yang sanggup menunggu:B
Bab 77
Degupan jantung yang kuat mengisi ruang kecil itu. Setiap degupan membuat Kira menarik bibir melebarkan senyuman. Air mata yang menitis diseka Faizal yang berada disebelahnya sejak tadi. Pancaran mata Faizal mencermin apa yang dirasai Kira sekarang.

“The baby's heart is beating very well. Dari apa yang saya lihat, dia sedang membesar seperti yang sepatutnya. Kamu berdua mahu tahu kalau dia lelaki atau perempuan?”soal doktor Tina kepada pasangan suami isteri didepannya itu.
Faizal dan Kira memandang satu sama lain sebelum Faizal membuka mulut untuk menjawab. “Iya doktor. Senang sikit untuk kita buat persiapan. Doktor tahukan perempuan kalau shopping macam mana.”Faizal bisik ayat terakhirnya membuat doktor itu gelak sementara Kira menepuk dada suaminya itu. Mata mencerlung memberi amaran.
“Kira yang shopping? Abang terlupa ke beberapa hari lepas ada orang tukan nak beli dua strollerlah. Sepuluh helai baju baby. Piano kecillah, gitarlah. Apa orang tu kata, nak beri anak yang bakal ditimang options.”
“Eh adakah? Siapa orang tu sayang? Membazir betul!”
Kira mencebik dengan rekasi suaminya itu. Membazir konon.
“Eleh macamlah dia tak tahu. Orang yang bernama Faizal bin Khaliq tulah.”
Faizal menepuk kecua belah tangannya persis bila seseorang mendapat sebuah idea yang bernas. Pada masa yang sama memeranjatkan Kira dan doktor Tina.
“Oh! Ahli perniagaan yang handsome tu ke sayang? Yang abang dengar menjadi kegilaan ramai sebab dia romantik bombastik gitu. Abang ada jugalah dengar dia nak beli tu semua sebab sayangkan anak yang bakal lahir. Untung isteri dia dapat suami macam tu. Sayangkan anak. Sayangkan isteri. ”
“Malaslah layan abang ni.”Cebik panjang Kira dibuatnya. Haish, Daisy dah muncul balik dah. Bisik Faizal dalam hati. Geli hati sebenarnya dapat mengenakan isterinya itu.
“Kalau sayang tak nak layan abang tak apa. Doktor Tina ada boleh layan abang. Betulkan doktor Tina?”
Doktor Tina hanya senyum tidak mengia atau menidakkan.
“Gatal.”suara Kira.
“Sebab...”
“Kira nyamuknya. Kira tahulah jawapan abang tu. Macam alat perakam tau. Rewind, play, rewind lepas tu play.”pintas Kira sudah lali dengan jawapan suaminya itu.
Pipi Kira dicubit Faizal sebelum Kira dapat menepisnya. “Bukan Kiralah. Tapi doktor Tinalah nyamuknya. Bukan sayang cakap tak nak layan abang tadi.”perli Faizal membuat Kira menjulingkan mata.
Penat betul cakap dengan laki aku yang satu ni. Berputar belit macam ular dia punya ayat. Hish! Desis hati kecil Kira lantas menoleh ke arah Doktor Tina yang sedang ketawa kecil dengan telatah mereka.
“Tapi boleh tak doktor tuliskan jantinanya dan letak dalam sampul surat.”Doktor Tina angguk mengiakan.
“Hmm...Mesti nak tahu sama-sama dengan keluarga yang lain. Banyak patient saya yang minta saya lakukan perkara yang sama. So don't worry, I'll do as you wish.”
“Terima kasih doktor.”
Kira membetulkan blaus yang dipakainya sebaik saja doktor Tina selesai melakukan pemeriksaan. Sebelum Faizal dapat menolong isterinya itu menurun dari meja yang dibaring Kira sejak tadi, doktor Tina menghulur kepada mereka beberapa keping gambar bayi mereka dan sampul surat yang telah dilekat rapi.
“Bayi kamu bertuah sekali mendapat kamu berdua sebagai orang tua.”
Kira menggapai jari-jemari Faizal. Banyak yang terpaska mereka harungi untuk sampai ke sini. Banyak kehilangan dan tangisan yang dirasai mereka sebelum kebahagiaan dapat dikecapi.
“Kita yang bertuah sebab mendapat dia sebagai anak. Betulkan abang?”Faizal angguk.
Faizal mengucup dahi isterinya itu faham benar apa yang sedang bermain difikiran isterinya itu. Tangannya mengusap kandungan Kira membuat semua yang berada didalam ruang itu menarik senyuman.
“Dan Kira paling bertuah sebab dapat abang sebagai suami.”
“Abang!”
**
Pintu kereta dibukakan Faizal untuk Kira. Sebaik saja isterinya itu telah membolos diri ke perut kereta, dia bergegas ke temapt pemandu dengan siulan kecil dan hati yang riang. Tidak sabar sekali untuk ke tempat seterusnya.
Kira yang sedang menikmati minuman yang dibeli tadi hairan bila suaminya itu tidak memandu sebaik saja memasuki kereta. Kepala ditoleh dan dia melihat Faizal memandangnya dengan wajah yang amat dia tahu sekali. Suaminya itu sedang teragak-agak ingin menyuarakan sesuatu dan Kira tahu apa yang Faizal ingin tanyakan.
“No.” Jawabnya sebelum Faizal dapat bertanya.
Faizal mengeluh sambil memaling tubuhnya menghadap Kira, tidak puas hati dengan jawapan isterinya itu.
“Please sayang. Just a peek?”mata dikerdip Faizal sambil menayang jari telunjuk dan ibu jari yang didekatkan sedikit.
“Jawapan Kira tetap tidak. Kitakan dah janji dengan yang lain akan tahu sama-sama.”
“Bukan abang yang buat janji pun. Kira yang buat janji apa.”rajuk Faizal dengan bibr yang dimuncung persis Donald Duck.
Kira geli hati dengan telatah suaminya itu, macam budak kecil betul. Tetapi dia tetap dengan pendiriannya. Walaupun Faizal tidak ada disitu semasa dia berjanji dengan Norlia, Atiqah dan Opah Su bahawa mereka akan mengetahui jantina bayi mereka bersama-sama, tetapi suaminya itu setuju juga bila dia maklumkan kepadanya.
Tepukan kuat dari Faizal memeranjatkan Kira. Botol air dalam pegangan tercampak dan jatuh dikakinya. Tanpa lengah Faizal mengambilnya dan meyuakan kembali kepada Kira dengan muka yang ceria. Hilang terus riak muka Donald Duck tadi.
“Since abang tak buat perjanjian tu dan abang tak ada ketika itu, apa kata abang tengok surat tu. Sayang akan tahu dengan mereka semua nanti. Okay?”
Gelengan kepala Kira serta-merta mematikan senyuman lebar Faizal. Mata menikam satu sama lain, sebelum akhirnya Faizal mengalah dan mengalihkan tubuhnya ke hadapan. Tali keledar dipakainya sebelum memandu keluar dari tempat parkir.
Sepanjang perjalanan Kira melirik ke arah suaminya yang masih diam. Merajuk pula mamat satu ni. Bisik hati Kira tetapi dia turut diam saja sambil membalas mesej dari Isha yang sedang menantikan kehadiran mereka.
Faizal dari ekor mata melihat isterinya itu hanya diam tidak mahu sama sekali memujuknya. Malah asyik sibuk membalas mesej yang diterimanya, tersenyum-senyum pula tu.
Bukan nak pujuk aku yang merajuk ni. Ada dia biarkan aku macam ni. Bosan pula tu tak ada orang nak berbual. Rungut Faizal seorang diri.
Faizal sengaja berdehem untuk mendapat perhatian isterinya. Kira angkat kepala sedikit lantas menghulurkan botol air yang sudah dibuka tutupnya kepada Faizal tanpa banyak kata sebelum kembali menghadap telefon bimbit.
Air diteguknya sekali saja sebelum dihulurkan kembali kepada Kira yang mengambilnya tanpa mengangkat kepala kali ini. Bibir digigit Faizal memikir cara bagaimana supaya Kira yang mengalah.
Tetapi apa yang Faizal tidak tahu adalah Kira sedang memikirkan perkara yang sama. Lainnya, adalah supaya Faizal yang mengalah.
Radio dihidupkan Kira sebelum dia sempat bernyanyi kecil dengan lagu yang sedang bermain, Faizal menukar stesen radio, membuat Kira mengerling ke arah Faizal sebelum dia menukarnya kembali. Seperti yang Kira jangka, suaminya itu menukarnya sekali lagi. Selepas beberapa kali radio ditukar antara pasangan suami isteri itu akhirnya Kira mematikannya.
Tangan naik memeluk tubuh sambil menghadap Faizal sebelum tawa tercetus dari bibir mereka.
“I'm sorry sayang.”ucap Faizal mengusap paha Kira.
“So Faizal one, Kira one. Seri untuk hari ini.”
**
Kecoh sekali kedai milik Faryal yang tempat bersebelahan dengan kedai bunga mereka. Hampir setiap sudut kedai itu dihuni ahli keluarga dan kawan baik mereka. Sebaik saja Faizal dan Kira jejak kaki ke dalam, terpegun mereka dibuatnya, terutama sekali Kira. Hampir dia menitiskan air mata melihat semua yang disayanginya berada disatu tempat. Sekarang adalah masa yang dinantikan mereka. Masa untuk mengetahui jantina bayi yang dikandungkannya.
“Cepat Kira tak sabar aku dibuatnya macamlah aku mengandung tau.” Jemima yang sedang menggendong Alis anak sulung dia dan Haikal berkata membuat semua setuju.
Sampul surat yang berada dalam tas tangan dikeluarkan Kira. Berdebar dia dibuatnya seperti mendapat keputusan peperiksaan pula. Faizal yang sedari tadi berada disisi Kira memeluk bahu isterinya.
“Ready abang?”
“Sejak dekat hospital lagi abang dah ready.”gurau Faizal.
Dengan kiraan tiga Kira membuka sampul surat itu.
BOY.
“Anak lelaki!”laung Faizal membuat semua sorak gembira.
Faizal memeluk isterinya itu erat. “Thank you sayang.”ucapnya sebelum Kira ditarik ke dalam pelukan Norlia dan Atiqah. Opah Su juga tidak ketinggalan sekali.
“Tahniah Kira! Sekarang Alis dah ada teman baru.”ujar Jemima usai memeluk kawan baiknya itu.
Alis yang berada dalam tangan Jemima dikucup Kira. Sayang benar dia dengan anak buahnya yang satu itu. Melihat riak muka Jemima, Kira tahu apa yang sedang bermain difikirannya itu. Malah, dia turut sedang memikirkannya.
“Iyalah. InShaAllah berbesan kita juga nanti.” Terburai ketawa mereka diikuti semua yang berhampiran.
Kira melabuh duduk dikerusi sebaik saja puas dengan ucapan tahniah yang tidak henti dari para tetamu. Penat pipinya sebab senyum sejak tadi. Perut pula sudah kenyang menikmati makanan yang tersedia, terutama sekali kek yang dibuat Faryal, habis dilantaknya.
“Air istimewa untuk bakal ibu.”kerusi disebelah Kira dihuni Anami sebaik saja menghulur air kepada adiknya. Kira senyum kecil sebelum menghirup air istimewa itu.
“Abang gembira lihat Kira bahagia. You deserve it.”
Kira senyum sambil memaut lengan abang sulungnya itu. “We deserve it. Kalau arwah mama dan papa ada mesti mereka bangga kita sudah disatukan semula.” Suaranya sebaik saja melentok kepala dibahu Anami.
Anami angguk sambil gelak kecil. Memang orang tua mereka akan bahagia yang teramat. “Abang Mi tahu kita baru nak kenal, tapi abang rasa seperti sudah lama kenal dengan Kira. You look like arwah mama, tapi perangai Kira macam arwah papa.”
“Macam mana mereka?”
Kening Anami dijungkit kurang faham dengan pertanyaan Kira. “Maksud Kira, perwatakan mereka. Adakah mereka orang yang ceria? Apa yang mereka suka dan tak suka.”jelas Kira.
Seorang saja dalam ahli keluarganya yang tidak mengenali orang tuanya membuat dia sedih. Setiap kali dia memikirkan tentang orang tuanya, dia selalu tertanya-tanya bagaimanakah perwatakan mereka? Tawa riang mereka? Senyuman mereka? Kalau marah bagaimana riak muka mereka? Seribu satu pertanyaan yang perlukan jawapan. Jawapan yang dia yakin akan dia boleh dapati dari Umi Fida dan abang-abangnya.
“Arwah mama wanita yang paling penyayang sekali. Walaupun kita ada Umi Fida sebagai pengasuh, mama tetap mama. Walaupun mama sibuk dengan kerja kebajikan dia diluar, dia tetap ada masa untuk keluarga. Sama macam papa. He loves to work, tapi tak pernah pun papa lupa untuk balik tepat pada waktu untuk luangkan masa bersama kami.”
“They are the best parents anyone could ask for.”
Tangan Kira yang berada dipergelangannya ditepuk sambil tubuh henjut gelak sendiri dengan kata-katanya sendiri.
“Cliche abang tahu tapi itu hakikatnya. Setiap kali abang lihat Kira, senyuman Kira persis macam mama. Tawa Kira juga. Tapi semangat Kira, kekuatan Kira ingatkan abang pada papa. Beberapa kali dia jatuh sebab Deen atau masalah kerja, papa akan bangkit semula lebih kuat dari sebelumnya. Mama was his pillar of strength, macam Kira dan Faizal.”
Mata Kira jatuh pada Faizal yang sedang berbual dengan Haikal dan Anaqi. Sepertinya dapat merasa panahan mata Kira, Faizal memandang ke arah isterinya dengan senyuman yang mencairkan.
“Kalau Qi, dia lebih macam mama. Pendiam. Tak banyak cakap. He loves to take a back seat unless he has to step in. Kalau Kira nak tahu, Qi's silence lagi seram dari kalau dia marah. Macam mama. Kalau Kira nak tahu, kalau mama marah, mama tak akan banyak kata, her silence akan membuat kita semua kelam-kabut sendiri.”
Membulat mata Kira tidak percaya bahawa Anaqi yang diam lagi meyeramkan dari bila dia sedang marah.
“Serious. Kalau tak percaya tanya Rina. Ramai-ramai orang dia saja yang boleh membuat Qi meluahkan apa yang terpendam. Kisah cinta mereka...istimewa.”
“Abang Fi dan Mia?”
Kepala Anami menggeleng bila mendengar dua nama itu. Pada masa yang sama pasangan sejoli yang sedang dikatakan mereka berlalu dihadapan mereka. Sedang berdebat tentang sesuatu.
“Mereka berdua tu macam anjing dan kucing. Berlainan tetapi cucuk untuk satu sama lain. Fi macam arwah papa. Hati Fi lembut. Sensitif, senang tersentuh. Itu sebab Mia jadi pilihan hati. Mia lebih tegas. Kalau Kira nak tahu kisah mereka, memang tak kering gusi. Asyik bertekak saja.”jelas Anami tentang kembar-kembarnya itu.
“Abang Mi?”soal Kira ingin tahu sambil angkat kepala dari bahunya Anami.
Hidung Kira dicuit abangnya.
“I'm a mystery. Tapi apa yang Kira perlu tahu adalah abang akan lakukan apa saja untuk keluarga abang. Jadi kalau Kira perlukan abang untuk slow talk dengan Faizal ke siapa, abang orangnya.”tangan naik menepuk dada membuat Kira ketawa.

**

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak, dh lama x komen >_< ...woaa lg sikit lg nk habes journey novel ni,ish nk lg moment kira dgn abg2nye!! Haha

    ReplyDelete