Monday, 16 November 2015

Jangan Dustai Cinta Bab 78

Bab 78
Beberapa bulan kemudian.
Riuh sekali suasana dirumah Anaqi. Ruang tamu penuh dengan ahli keluraga dan sahabat handai yang datang untuk menolong apa yang patut untuk pernikahan Anafi dan Mia lagi beberapa hari saja.
Majilis tahlil sudah selamat mereka adakan dua hari lepas. Semoga beberapa hari yang akan datang lancar sahaja. Selancar Kira yang sedari tadi sibuk ke hulur ke hilir membantu apa yang patut dengan perut yang sudah memboyot besar. Apa yang membuat semua yang hadir itu ketawa tidak henti adalah Faizal yang mengekori setiap langkahnya Kira. Semua yang dilakukan Kira pasti dihalang Faizal.

“Sayang, biar abang angkat tu. Berat ni.”bakul yang berisi beberapa buah kotak kecil yang kosong diambil Faizal sebaik saja tangan Kira menyentuhnya.
Kira memuncung. “Apa yang beratnya abang? Kotak kosong bukan berisi pun.”bakul yang sudah berada dalam genggaman sang suami ingin diambil Kira tetapi Faizal pantas bergerak, menjauhkannya dari Kira.
“Kosong ke tak, sayangkan tak boleh buat benda yang berat-berat. Sayangkan tengah berbadan dua.”
Kira mengerlingkan mata dengan penjelasan Faizal yang sudah lali dengan telinganya. Rimas dia dibuatnya sejak beberapa bulan ini. Apa saja yang ingin dilakukannya pasti dihalang Faizal. Mahu pergi dapur ambil air pun dihalang. Mahu nak meletup gunung berapi Kira yang sedang berasap ni.
“Ibu, Mummy tengok abang ni. Semua Kira nak buat tak boleh. Boringlah!”rungut Kira pada Atiqah dan Norlia yang melepasi mereka untuk melabuh duduk bersama Opah Su dan Umi Fida.
“Boring? Masa inilah kamu boleh buli suami kamu tu. Duduk angkat kaki macam permaisuri. Suruh saja Ijal buat semuanya. Betul tak?”ujar Atiqah. Semua yang berada berdekatan mengiakan.
“Betul tu, Mia setuju! Kalau Mia mengandung, sampai habis pantang Mia suruh Fi buat semuanya. Suapkan, kemaskan rumah, masakkan, cuci baju semualah. Kalau sambung lepas tu pun bagus.”ujar Mia yang muncul dari belakang diikuti oleh Anami.
“Betul tak Fi?”
Anafi yang baru menjejak kaki ke dalam rumah bersama Anaqi dan Hisham terpinga seketika dengan pertanyaan bakal isterinya itu.
“Err...Betul kot?”balasnya sambil menggaru kepala.
“Itulah dipanggil suami mithali yang buat Mia sayang sangat-sangat.”
Pipi Anafi dicubit Mia geram sebelum dia melabuh duduk disebelah Umi Fida. Sementara Anami menghampiri adiknya dengan penuh simpati dan menepuk bahu adiknya yang masih tidak tahu apa yang telah dia iakan.
“Habislah kau Fi. Abang doakan kau setiap saat untuk kau lepas ni.”gurau Anami sebelum meletak kotak yang diangkatnya ke atas lantai sebe;um ke hadapan rumah dimana budak-budak sedang seronok bermain.
Bukan saja Kira gelak tetapi semua yang berada disitu turut gelak sama. Bila Anafi memandang ke arahnya meminta penjelasan Kira hanya menjungkit bahu.
Bila memikirkan apa yang dikatakan Atiqah itu ada benarnya juga. Apa yang dikatakan Mia pun ada betulnya juga. Tapi taklah sampai lepas mengandung sekali. Aniaya suami namanya tu.
Memandang Faizal yang masih berada disebelah dari ekor matanya, Kira menarik bibir melakar senyum yang lebar. Idea nakal bermain difikirannya.
“Okaylah, Kira mengalah. Abang boleh angkatkan bakul tu untuk Kira.”
“Macam tulah sayang. Buat apa kalau abang ada dekat sini kalau tak tolong sayang.”
Faizal memegang tangan Kira bila mereka bergerak untuk ke ruang tamu dimana semua sedang berkumpul. Bila mata Kira dan Opah Su berlaga, wanita berumur itu hanya mampu sembunyikan tawa, dapat meneka apa yang sedang dilakukan Kira.
“Betul tu. Terlanjur abang ada dekat sini, tolong buatkan Kira jus tembikai please.”pinta Kira sebaik saja duduk disofa berdekatan.
“Okhe sayang nanti abang belikan.”
Berkerut dahi Kira bila mendengar jawapan Faizal. “Apanya beli? Kira nak abang buatkanlah. Tadi dekat dapur Kira nampak ada buah tembikai. Besar pula tu.”
Mengiur dibuatnya bila membayangkan jus tembikai yang dinginkannya. Tetapi riak muka Faizal yang terperanjat tidak terkata membuat dia geli hati. Maintain sikitlah terperanjat tu cik abang oi.
“Sayang nak abang buatkan? Belikan senang sayang.”
Kira memuncung sambil memeluk tubuh.
“Abang juga yang cakap tadi 'buat apa kalau abang ada dekat sini kalau tak tolong sayang.'”
Kira mengulang kembali kata-kata suaminya tadi membuat Faizal menyesal mengatakannya pula. Nampaknya dia terjatuh dalam permainan isterinya sendiri. Tak boleh jadi ni. Bisik hati kecilnya. Dia harus mencari akal untuk keluar dari permainan isterinya yang satu ni.
“Alah sayang, tembikai dekat luar lagi sedap. Lagi cepat. Abang tinggal beli bayar lepas tu balik.”
Pujuknya dengan penuh harapan yang Kira akan mengalah dan seutju dengan sarannya itu. Tetapi bila melihat isterinya itu masih berwatak Daisy, dia tahu dia akan kalah juga akhirnya.
“Tak apalah kalau abang tak nak buatkan. Biar Kira buat sendiri.” Kira mula bangkit dari sofa tetapi pantas dihalang Faizal.
“Okay-okay. Abang buatkan tapi Kira kena janji akan duduk sini diam-diam. Jangan buat kerja yang berat-berat sampai abang datang balik.”pesan Faizal, sedikit berat hati untuk meninggalkan isterinya walaupun dia tahu ahli keluarganya yang lain dapat perhatikan Kira untuk sementara.
“Janji!”
Sebaik saja melepaskan keluhan dengan telatah isterinya itu dia berlalu ke dapur. Sempat dia mencuit pipi gebunya Kira. Geram!
“Abang buat lebih untuk yang lain sekali.”suara Kira.
“Iya!”
“Kira punya lebih air batu!”
“Iya!”laungnya kembali sambil mengggeleng kepala. Sayang isteri dan anak yang bakal dilahirkan punya pasal, dia sanggup lakukan ini semua. Hanya untuk Kira.
**
Haih! Nikmat! Lega sekali!
Gelas air yang sudah kosong dikembalikan kepada Faizal yang perhatikannya sejak tadi.
“Terima kasih abang. Lain kali buat lagi okay.”
Baru saja Faizal ingin membuka mulut, telefon bimbit milik Anaqi menjerit minta diangkat. Lelaki itu pantas bangkit dari duduknya diatas lantai dan beredar keluar.
“Banyak lagi ke nak kena buat Umi?”
Umi Fida menggeleng.
“Tak. Nasib baiklah semua orang lain buatkan. Kalau zaman kita dulukan Su, semua kita buat sendiri. Kamu semua sekarang, tinggal pilih apa yang kamu mahu, sign lepas tu bayar. Betul tak?” Opah Su mengiakan kata-kata Umi Fida itu.
“Tapi kalau bab mereka ni Umi, si Mia ni yang pilih, Fi ni tukang sign dan bayar.” perli Anami sambil tangan meletak kotak berkat yang sudah berisi ke dalam kotak besar pula.
“Apa Fi yang bayar? Mia pun ada bayar okay.”ujar Mia tidak puas hati dengan kata-kata bakal abang iparnya itu.
Kira dan Faizal memandang satu sama lain dengan gelak kecil. Nampaknya, bukan Mia dan Anafi seperti anjing dan kucing saja, tetapi Mia dan Anami juga. Sejak Kira mengenali mereka, kalau ada peluang Anami pasti akan mengusik Mia sehingga anak dara itu melenting. Tapi kalau dengan Rina, tunangnya Anaqi ada juga diusik dan bergurau tetapi tidak seteruk Mia. Ini pun mungkin sebab Mia ni pantang kalau dicabar. Seperti sekarang.
“Bayar pakai kad Fi adalah tu. Swipe saja.”
Kira melihat mata Mia membulat mulut buka mahu membalas tetapi bila Anafi disebelah membisik sesuatu ke telinga wanita itu menutupnya kembali. Anak dara itu kelihatan menarik nafas yang dalam sebelum angguk, akur dengan apa yang dikatakan Anafi.
“Nasib baik Fi punya, kalau abang Mi punya bagus juga tu. Bukan Mia yang swipe kad abang sampai cair, tapi Fi pun join sekali. Iyalah, bila lagikan nak merasa abang Mi Khil ni belanjakan Mia?”
“Betul tu. Maklumlah, Anami Bin Bakhil.”sambung Mia, menarik perhatian Anami.
Tetapi sebelum Anami dapat membalas, Umi Fida yang sedari tadi hanya menggeleng kepala bersuara.
“Dah-dah. Kamu berdua ni dari dulu asyik bertekak saja. Kalau jumpa, bertekak. Kalau tak jumpa, cari. Lepas tu bercakar. Kamu Mi paling tua tetapi perangai kalahkan budak kecil.”
“Hah! Budak kecik!”
Mia menjelir lidahnya persis budak kecil sementara Anami meluruskan tangan untuk mendapatkan Mia tetapi menariknya kembali bila Umi Fida menepuknya dengan pembaris yang berada didalam tangannya. Anami mengusap tangannya membuat Mia menggelakkannya. Dalam sesaat saja giliran Mia pula merasa pembaris bila ia mendarat dilengannya.
“Ni lagi satu. Pantang kena kacau. Cuba bawa bersabar sedikit, semakin kamu berang, semakin menjadi Mi kacau kamu. Nasib baiklah Fi tu penyabar. Kalau tidak, habis roboh satu rumah ni.”
Mia menayang muka kasihannya.
“Kalau kamu nak tahu Kira, macam nilah perangai mereka semua.” Kira hanya mampu ketawa. Tak kering gusi dibuatnya bila berada bersama mereka semua.
Sedang mereka semua masih sibuk menggelakkan telatah Anami dan Mia, Anaqi muncul kembali dengan riak wajah muka yang serius menarik perhatian semua.
“Kenapa Qi? Siapa yang telefon tadi?”Umi Fida bertanya kepada anak muda itu.
“Rauf.”
Mendengar nama lelaki itu bukan saja Anami yang bangkit tetapi Faizal dan Anafi juga.
“Rauf? Apa yang dia nak?”
 Sedang mereka semua masih sibuk menggelakkan telatah Anami dan Mia, Anaqi muncul kembali dengan riak wajah muka yang serius menarik perhatian semua.
“Kenapa Qi? Siapa yang telefon tadi?”Umi Fida bertanya kepada anak muda itu.
“Rauf.”
Mendengar nama lelaki itu bukan saja Anami yang bangkit tetapi Faizal dan Anafi juga.
“Rauf? Apa yang dia nak?”
Seperti sedar akan apa yang baru dikatakannya, Anaqi menggeleng kepala.
“Bukan Rauf. Tapi uncle Deen telefon. Tentang Rauf.”jelas Anaqi membuat kening Anaqi dan yang lain berkerut ketat. Sebelum salah satu daripada dapat bertanya apa yang bermain difikiran mereka, Anaqi menyambung kata-katanya.
“Rauf dah meninggal.”
“Innalillahiwainnalillahirojiun.”
Kira menekup mulut bila ayat itu keluar dari mulut abangnya. Rauf sudah meninggal. Lelaki yang membuat kehidupan mereka menjadi huru-hara dan merana sudah tiada.
Faizal akan sedar keadaan Kira pantas mendapatkan isterinya. Tubuh Kira ditarik ke dalam dakapan dan belakang isterinya itu diusap berulang kali.
“What happened?”
Anaqi meraup mukanya sebelum bercekak pinggang. “Tak pasti. Uncle Deen dalam perjalanan ke sana. He wants to meet us there. Isha tolong beritahu Hisham.”
Isha angguk akur dan pantas menelefon Hisham yang berada ditempat kerja. Semua berlaku dengan pantas sekali. Satu saat mereka sedang bersenang hati sebelum ia berubah menjadi duka dalam sekelip mata.

Kira memeluk erat tubuhnya Faizal. Semua perasaannya bercampur-aduk. Ada segelintir akan mengatakan bahawa dia sepatutnya berasa lega lelaki itu sudah mati, tetapi sekeping hatinya itu merasa sebaliknya. Sedih, dan tanpa dia sedari, air mata menitis keluar dari tubir mata membasahi baju yang dipakai Faizal.

1 comment:

  1. Lambat lg nak abeh crita nie.. hehehe,, tasyabar nak tau ending dia..

    ReplyDelete