Thursday, 5 November 2015

Jangan Dustai Cinta Bab 77

Salam semua, JDC akan tamat, tinggal tiga bab lagi. TQ kepada semua yang sanggup menunggu:B
Bab 77
Degupan jantung yang kuat mengisi ruang kecil itu. Setiap degupan membuat Kira menarik bibir melebarkan senyuman. Air mata yang menitis diseka Faizal yang berada disebelahnya sejak tadi. Pancaran mata Faizal mencermin apa yang dirasai Kira sekarang.

Friday, 23 October 2015

Jangan Dustai Cinta Bab 76

Bab 76
Mereka selalu kata, kasih sayang seorang ibu tidak sama sekali dapat dibandingi. Penat lelah mereka melahirkan kita, menatang kita bagai minyak yang penuh dari kecil hingga besar jasa mereka tidak akan dapat kita balas kembali.
Melihat Norlia terlantar dengan mata yang tertutup, membuat Kira dan adik-beradiknya resah. Mereka takut akan kehilangan ibu mereka. Anak mana yang tidak takut kehilangan orang tua mereka. Bila ayah mereka telah pergi kembali ke sang Pencipta, mereka masih ada ibu untuk bermanja. Ibu bukan sahaja pikul tatah seorang ibu tetapi telah mengambil alih tanggungjawab seorang ayah juga.

Sunday, 11 October 2015

Jangan Dustai Cinta Bab 75

Bab 75
“Sekarang giliran aku.”
Mata Kira membulat melihat Lisa maju menghampirinya. Tetapi apa yang menjadi tumpuan Kira adalah sebelah pisau yang berada dalam genggaman perempuan itu. Tangan yang menggenggam sebelah pisau itu diangkat Lisa pada masa yang sama dia mendekati Kira.

Jangan Dustai Cinta Bab 74

Bab 74
Mendengar suara itu membuat bulu roma Kira naik. Hatinya yang sudah berdegup kencang kini semakin melaju. Suara Hisham sudah tidak dapat didengarinya bila suara itu semakin kuat didengarinya diikuti oleh bunyi barang yang pecah.
“Kira lari cepat, ikut pintu belakang.” Arah Norlia kepada Kira.

Thursday, 30 July 2015

Jangan Dustai Cinta Bab 73

Bab 73
Nafas lega dilepaskan Kira sebaik saja menghenyak tubuhnya ke sofa diruang tamu. Kaki yang rasa letih itu diangkatnya ke atas kopi meja didepannya. Penat sungguh hari pertama kedai bunga Lia beroperasi. Ramai juga pelanggan yang datang untuk membeli bunga. Itu pun sebab promosi yang dilakukan oleh ahli keluarga dan sahabat handai mereka. Hampir tidak ditangani mereka dibuatnya. Nasib baiklah Mim, Mummy, Mia ada datang turun. Abang-abangnya dan suaminya sendiri juga datang. Tetapi dihalau oleh Isha ke kafe Faryal bila hanya berdiri berborak sesama sendiri.